Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Monday, April 09, 2012

Indahnya Dirimu Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum w.b.t,


      Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, sudah agak lama saya tidak berceloteh di laman blog Hijau Itu Indah. Nak kata sibuk , saya tidaklah sesibuk mana pun, tetapi tidak banyak perkara yang bermain di minda untuk saya lakarkan di blog ini.

      Alhamdulillah baru-baru saya berpeluang melihat salah seorang daripada Ahlul Bait iaitu al Habib Ali al Jufri. Pertama kali melihat wajah beliau hati saya cukup senang. Mana taknya bibirnya selalu menantun senyuman kepada hadirin yang menghadiri 'Talknya" di Masjid SHAS UIA Gombak. Setelah melihat wajah beliau terdetik satu persoalan di minda saya. Sekiranya wajah Ahlul Bait sudah begitu indah, bagaimana pula wajah Rasul kita Sayyiduna Muhammad s.a.w? Subhanallah sudah tentu berganda-ganda indahnya. Hanya insan terpilih yang pernah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w sahaja yang tahu betapa indahnya wajah penghulu kita itu.

      Pada hari yang sama, saya menyertai daurah kitab. Ustaz Hazri Hashim Al Bindany menerangkan kitab Habibullah terjemahan daripada Kitab Syamail Muhammadiah karangan Imam  Tarmizi. Kitab tersebut menerangkan tentang Nabi Muhammad s.a.w . Dari segi berpakaiannya, dari segi kehidupannya, dari segi cara makannya dan boleh dikatakan segala perkara tentang Nabi Muhammad di terangkan dalam kitab tersebut.

    Sungguh, dihati ini sebak dan saya rasa bersyukur dilahirkan sebagai Islam dan mempunyai penghulu seorang insan yang tiada  bandingnya dengan semua manusia di dunia ini. Begitu indah sekali Sayyiduna Muhammad s.a.w. Oleh kerana itulah, sahabat-sahabat Baginda sanggup bermati-matian mempertahankan Baginda dari di sakiti. Indah-indah bulan purnama , indah lagi wajah Nabi Muhammad s.a.w. Kita sebagai umat islam seharusnya memupuk rasa cinta terhadap Baginda kerana tanpa Baginda tidaklah kita hari ini mengenal Islam, tidaklah kita hari ini mengenal ALLAH.


Allahumma Shalli ‘ala Muhammad Wa’ala Ali Saiyidina Muhammad