Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Sunday, March 24, 2013

Dari Batu Rakit ke Regensburg

       
                                                

       Syukur sebab ada juga kesempatan untuk mencoret tentang pengalaman semalam. Alhamdulillah, sebenarnya apa yang ingin dicoretkan hari ini adalah tentang sahabat ambo yang telah melanjutkan pelajaran ke Germany. Nama dia adalah Syami Ilman. Dia merupakan salah seorang sahabat ambo semasa belajar di SESTER dulu.

           Syukur setelah hampir dua tahun penat jerih yang dia lalui semasa melanjutkan pelajaran A-Level di GMI terbalas dengan tawaran untuk menyambung pelajaran untuk belajar di Deutschland dan lebih tepat lagi di Regensburg.

          Kalau diikutkan memang banyak kenangan bersama dia ketika di SESTER dahulu. Kenangannya pula adalah kenangan perkara pelik-pelik yang dilakukan bersamanya. Kalau difikirkan balik boleh pecah perut ketawa. Dia bertolak ke German pada 23/3/2013 yakni kelmarin pada pukul 7 pm dengan menaiki Airbus A380 Thai Airways ke Bangkok dan transit dari Bangkok ke Frankfurt.

         Pada pagi itu dia sempat mengajak ambo untuk berjumpa di Midvalley sebelum dia berangkat ke German. Dahulunya dia pernah berjanji untuk belanja ambo Kenny Rodger's Roasters kalau-kalau dia dapat sambung pelajaran ke German dan dia sudah pun menunaikan janjinya semalam. Ambo dengan seorang lagi sahabat ambo iaitu Amir Nasrin sempat berjumpa dia di Midvalley. Banyak juga ketawa bila berada dengan mereka.Ketawa bila percikan memori waktu dulu keluar dalam perbicaraan.

     Sebak juga rasa sebab ambo tidak dapat untuk pergi ke KLIA untuk tengok dia berlepas oleh sebab kekangan peperiksaan pertengahan tahun yang ambo hadapi. Namun secebis doa buatnya ambo harap mencukupi.

         Viel Glück Fruenden!



Before depature at Kenny Rodger's Roasters 

                                                        Ni ore paling hensem Amir Nasrin


Wednesday, March 13, 2013

Dua Tahun Berlalu

Bismillahirahmanirrahim;

    Syukur , kerana masih lagi diberi umur olehNya. Sedar tak sedar, 2 tahun di CFS hampir berlalu. Cepat masa berlalu. Alhamdulillah sepanjang kehidupan di CFS, banyak juga perkara yang dapat dipelajari dan perkara itulah yang mematangkan diri ini.

     Sudah lama niat di hati ingin mencoret tentang kehidupan sepanjang perjalanan hidup di pusat asasi, tapi apakan daya, ada - ada sahaja masalah menjengah. Namun peluang kali ini tak akan dilepaskan! Apa yang ingin dikongsi pada hari ini adalah beberapa keping gambar kelas.Walaupun boleh dikatakan setiap semester kelas dan rakan sekelas bertukar ganti, namun pada semester ini sahaja dapat peluang untuk bergambar dengan rakan sekelas.

     Walaupun hanya beberapa bulan baru mengenali mereka, namun tautan hati atas dasar persahabatan itu kuat. Jadi tiada apa masalah yang berlaku antara satu sama lain :) . Diharap agar semua insan yang aku kenali semasa di pusat asasi ini mereka akan senantiasa dilimpahi rahmat dariNYA. Amin

                                   kebanyakannya classmate baru ^^ . .berkawan biar beribu tak gitu?