Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Wednesday, August 17, 2011

Tenangnya!!!

 
ARAFTUKA YA RAB - MUHAMMAD AL-HUSAYYAN & RAIHAN

Allah Allah Allah Allah Allah Allah
Muhammad:
Araftuka Ya Rabbi Qablal Matab
Araftuka Mud Dzaqa Qalbis Si'ab
Nazrey:
Araftuka Fi Kulli Syai'in Bada
Wa Fil Bahri Aw Fi Mururis Sahab
Allah Allah Allah Allah Allah Allah
Wa Fi Nasamatil Asilir Riqaq
Wa Fil Ardhi Aw Fi Jamalil Hidhab
Wa Fi Nafahatil Huda Zuqtuha
Nasitu Biha Tayyibatil Itab
Muhammad:
Faya Rabbi Sun Qalbi 'An Nazghatin
Turihid Dhalala Naqiyath Thiyab
Araftuka Ya Rabbi Qablal Matab
Nazrey:
Lindungilah daku dari kejahatan
Yang menipuku dari kemanisan iman
Bawalah daku ke arah cinta suci-Mu
Berikan daku keredhaan dan syurga-Mu
Muhammad:
Wa Khuz Bi Bihubbika Nahwa 'Ulak
Wa Hab Li Ridhaka Wa Husnal Maab
Araftuka Ya Rabbi Qablal Matab
Nazrey:
Take me out to Your Love
Towards Your Highness
And give me Your pleasant & paradise
---------------------------------------
Allah Allah Allah Allah Allah Allah
Muhammad:
Kutahu Engkau Wahai Tuhan sebelum penyesalan
Kutahu Engkau tika hatiku merasa susah
Nazrey:
Kutahu Engkau dalam setiap yang bermula
Dan di laut atau dalam pergerakan awan
Dan dalam bayu petang yang tipis
Dan di bumi atau pada kecantikan anak bukit
Dan dalam semerbak hidayah kurasakan
Kulupakannya di ambang kebaikan
Muhammad:
Maka Tuhan lindungilah hatiku daripada tertusuk
Perlihatkannya kesesatan sucikan pakaiannya
Kutahu Engkau Wahai Tuhan sebelum penyesalan
Nazrey:
Lindungilah daku dari kejahatan
Yang menipuku dari kemanisan iman
Bawalah daku ke arah cinta suci-Mu
Berikan daku keredhaan dan syurga-Mu
Muhammad:
Dan bawalah daku kepada cinta-Mu setinggi-Mu
Dan kurniakan kepadaku keredhaan dan kepulangan yang baik
Kutahu Engkau Wahai Tuhan sebelum penyesalan
Nazrey:
Take me out to Your Love
Towards Your Highness
And give me your pleasant & paradise\
Allah Allah Allah Allah Allah Allah

         Berdesup hati saya bila saya terjumpa makna lagu ini. Mana tidaknya lagu nasyid ini lagu lama dan saya pula kurang fasih didalam bahasa Arab. Namun mungkin Allah cuba menyedarkan saya pada hari ini dengan lagu ini. Mana taknya ketika diri sedang bertungkus lumus menyiapkan tutorial math yang bakal dihantar dalam beberapa hari lagi, mungkin saya kurang mengingatiNya dan untuk menyedarkan saya, Allah membuka hati dan mata saya dengan lagu ini. 
  
       Pada mulanya, lagu ini bermain-main di telinga saya setelah beberapa kali saya 'playback' lagu tersebut. Tiba-tiba terbit pula rasa dihati ini untuk cuba mencari maksud lirik lagu nasyid bahasa Arab ini dalam bahasa Melayu. Setelah meneroka teknologi maya , akhirnya jumpa juga terjemahan lirik tersebut. Hati ini bagai dirobek-robek dengan rasa yang amat pedih setelah saya membaca terjemahan tersebut.Dirobek dengan rasa kerdilnya diri ini. Cukup memberi makna rupanya lagu ini.

       Lagu ini menceritakan tentang kita sebagai seorang hamba perlu bergantung sepenuh kehidupan kita kepada ALLAH. Pencipta kita, pemilik hati kita, pemilik jiwa kita, pemilik dunia ini, pemilik semesta dan yang paling penting segala yang wujud merupakan milikNya.YA!! Milik Dia,bukan KITA,jadi, tiada siapa lagi yang kita perlu bergantung sepenuh hati kita melainkan Dia? Kerana Dia yang mengatur segala-galanya dan kita manusia hanya merancang. 

        Adakah anda boleh jamin dengan saya tanpa bergantung dengan ALLAH anda boleh melaksanakan segala kerja anda? Boleh? Mungkin ada juga sesetengah orang yang menyangkal kenyataan. YA menyangkal kenyataan ini . Mungkin kerana ego yang terpasak didalam diri yang membutakan fikirannya untuk berfikir.  Sedarlah tanpa pergantungan yang kukuh terhadap ALLAH siapalah kita. Kita hanya seorang hamba yang lemah. YA! hamba yang sangat lemah. Kita manusia tidak tahan dengan ujian, namun jika kita pergantungan kita dengan Sang Khaliq sangat kuat, insyaALLAH , jalan kita menongkah onak yang berliku akan terasa mudah dan kita akan mendapat kekuatan dalaman yang sangat kuat. Sekuat mana?? Hanya Dia sahaja yang tahu.

        Seterusnya, anda mungkin tertanya-tanya apa kaitannya semua ini dengan apa yang saya kongsi dengan anda pada hari ini. Perkara yang ingin saya utarakan disini ialah sesungguhnya dengan bergantung segalanya kepada ALLAH, kita menjadi kuat untuk menjalani kehidupan kita, seakan didalam diri kita terdapat satu 'booster' dan dengan kekuatan itu memberikan kita ketenangan. Dengan kata lainya dengan bergantung dengan ALLAH, kita juga akan mendapatkan ketenangan dalam mengaharungi dugaan yang kita hadapi. Ya ketenangan yang sukar digambarkan. Mungkin ada yang mempersoalkan sebegini 'Betul ke dia ni cakap. Apa buktinya'? Buktinya?? Susah untuk ditunjuk namun ANDA perlu mencubanya. YA !! Namun ini juga nasihat buat saya juga, jadi apa lagi?? Mahu cuba?? Marilah kita cuba kuatkan lagi pergantungan kita dengan ALLAH . Mari!!



1 comments:

Jika ada kekurangan dalam penulisan ini sila tinggalkan pesanan disini :)