Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Thursday, April 28, 2011

UTP Interview




Assalamualaikum.. Pada post kali ini saya akan menceritakan tentang pengalaman temuduga UTP. Temuduga saya dijadualkan akan dilakukan pada 26.4 . Tetapi interview ini adalah untuk private student sahaja iaitu bagi sesiapa yang menghadiri Educamp bukan Eduquest. Pendaftaran akan dibuka seawal pukul 8 pagi. Tetapi ramai yang datang awal untuk pendaftaran. Yang pentingnya makan pagi dan tengah hari disediakan oleh pihak UTP ^^. Apabila pendaftaran dibuat pihak jawatankuasa akan membahagi kan kad yang terdapat angka giliran dan sesi temuduga.
Temuduga Educamp ini diadakan mengikut sesi iaitu sesi A B C D E . Sesi A dan B dilakukan pada waktu pagi manakala C D dan E dilakukan pada waktu petang. Dinasihatkan agar para pelajar yang ingin segera pulang atau ingin meronda2 sekitar UTP dengan cepat sila daftar awal kerana pembahagian sesi di beri mengikut first come first serve. Jadi bila orang yang datang paling awal akan mendapat sesi A dan begitulah seterusnya yang lewat akan mendapat sesi B C D dan E. Pelajar akan mendapat kad giliran masing contonya saya yang mendaftar lewat mendapat kad D83 . D itu untuk sesi dan 83 itu untuk angka giliran.
Ok kita akan skip dan saya akan menceritakan tentang temuduga. Sesi Temuduga akn dilakukan mengikut sesi. Masa itu Sesi D dipanggil untuk ke sebuah bilik iaitu bilik Holding Room. Temuduga saya pada hari itu dilakukan di Blok B . Bangunan yang berada betul dihadapan Masjid An Nur iaitu masjid UTP. Sesi saya pada hari itu bermula pada pukul 3 ptg. Dalam holding room itu kebetulan kawan saya ada iaitu dari SESTER dan SEMSAS. Setelah beberapa minit kami dikerahkan untuk pergi ke sebuah bilik iaitu Grouping Room.
Di dalam grouping room itu calon perlu mengesahan kehadiran mereka dengan menulis nama mereka diatas sebuah kertas dan calon akan dibahagikan mengikut group ataupun panel. Saya mendapat Group 21. Setelah di briefing. Kami diberi satu Case Study. Apa yang perlu calon lakukan ialah mereka perlu menganalisa masalah itu. Kami mendapat case yang bertajuk Food And Thought. Setiap case study itu ada 4 iaitu A B C D dan setiap kad yang mempunyai recommendation yang berlainan. Kes yang diberikan sama tetapi recommendation yang diberikan berlainan.Case Study calon pada hari itu menceritakan tentang GM Food ataupun genetically modified food. Didalam setiap kad itu akan terdapat beberapa fakta yang berkaitan dengan recommendation yang diberikan kepada kita. Faham?? Kalau tak macam ni. Saya mendapat kad B
Fakta yang diberikan kepada saya ialan:(secara ringkas)
1. Maize that has been modified its gene can produce its own pesticide so research nowdays show that it can neutralize antibody.
2. Research show that original plant (that not have been modified its gene) have being polluted by GM Plant

Dan recommendation yang diberikan ialah:
There is need to ban of GM Food and need to do immediate research to prevent from original plant pollute by GM plant.

Para calon diberikan masa selama 15 min untuk mencari isi samada mereka setuju atau tidak dengan recommendation yang diberikan dan ketika itu saya bernasib baik kerana mendapat sekumpulan dengan rakan2 saya ^^ dan saya bersyukur kerana didalam group itu semua lelaki dan ia memudahkan saya untuk berkomunikasi dengan mereka. Sedar tidak sedar walaupun hanya 2 orang sahaja rakan saya dalam group itu namun saya cepat berkawan dengan 3 orang lain yang berada didalam group itu. Setelah  masa yang diberikan tamat calon dikerahkan untuk pergi ke Waiting Room.
Didalam waiting room para calon dikerahkan untuk duduk didalam satu barisan mengikut kumpulan masing2. Temuduga dimulakan dengan personal interview ( mengikut group atau panel ) . Saya di dalam group 21 akan di intervew oleh panel 21. Saya orang kedua didalam kumpulan 21 yang dipanggil untuk personal interview. Antara soalan yang ditanyakan kepada saya ialah :
Tell me about yourself dan what u understand about the GM Food.

Yang  amat bersyukur sekali kali ini saya mendapatkan ketenangan saya semasa temuduga dan saya dapat speaking agak baiklah walaupun grammar berterabur entah kemana. Setelah 5 minit personal interview saya tamat dan rakan yang satu group dengan saya pula yang diinterview. Setelah tamat personal interview kini tibalah masa yang amat menakutkan iaitu group discussion. Masa group discussion ini calon perlu berbahas sesama sendiri untuk mempertahankan hujah mereka dalam mencari satu jawapan akhir dan panel penemuduga group saya pada hari itu cumalah seorang sahaja . Sangat bernasib baik kerana panel lain dua orang ^^ dan yang paling best penemuduga itu memang sangat cool dan tidak suka untuk mempush calon dengan bagi soalan yang susah. Semasa group discussion itu intrvwr hanya melihat perbahasan kami .Saya amat bersykur kerana saya dapat speaking dengan lancar semasa group discussion.

Setelah tamat group discussion , intrvwr kami yang bernma M.Nazri (nama pada kot) menyuruh kami stay dalam bilik itu kerana dia ingin memberikan sedikit advice. Saya masih ingat apa yang dia katakan bahawa jika kita inginkan sesuatu kita mesti tegas dan jangan sesekali buat endah tak endah dan kita sebagai orang islam perlu bergantung sepenuhnya dengan ALLAH. Selain itu dia juga memberi tips untuk temuduga kerana setiap laku kita semasa temuduga menggambarkan kita ini bagaimana. Soalan akhir sekali yang dia tanyakan kepada kami ialah " bagi korang apa itu anak soleh ". Susah2 kami semua jawab macam buku teks PAI haha. Tetapi dia kata bukan. Kami memang hairan lah. Setelah kami buntu dia memberitahu apa itu anak soleh. Dia kata jika doakan ke buat apa yang baik kepada ibu bapa kita itu hanya dipanggil anak baik bukan lagi soleh. Anak soleh adalah anak yang baik dan sentiasa mencari kejayaan dan berazam untuk mengubah  nasib keluarga. Ini bermakna peningkatan dalam keluarga itu sendiri. Contonya jika bapa seorang petani anak perlu menjadi lebih baik dari ayah. Kata2 nasihat dari dia membuatkan kami insaf dan kami memang sangat bertuah kerana mendapat intrvw sesi terakhir pada hari itu dan ini membuatkan kami lebih semangat untuk maju kehadapan dan insyaALLAH jika ada rezeki ada lah kami di UTP nanti.....

*disini saya ingtkan kpd bakal calon2 intrvw UTP Educamp jangan difikirkan sangat tentang intrvw itu kerana ia akan menggangu ketenangan anda. Saya rasa kelancaran saya speaking mungkin disebabkan oleh ketenangan dan saya tidak pernah memikirkan tentang interview itu sebelum ini.

15 comments:

  1. Pergh! Nanti kalo buleh masuk UTP, cari aku. nak bagi hadiah. Keh keh keh.


    Entri terkini: Joomla! Day Malaysia 2011

    ReplyDelete
  2. dapat tak ? tengah nervous untuk educamp nie

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. thanks bro . aq x pandai bi kot . =.='

    ReplyDelete
  5. dorg ade tnye x pasal course yg kita mintak ? mcm kenape kita nak course tu ke?

    ReplyDelete
  6. bergantung kepada interviewer..sbb lain org lain soalan dia..mgkin jga ditanya..kalau dia tnya jwb sahaja dengan yakin.. :)

    ReplyDelete
  7. dia org ada bg test matematik atau sains x ?

    ReplyDelete
  8. Ade dpt educamp for intake januari..tp pelik sbb dy surh bwk calculator skali..ade exam ke?..cos sy utk intake degree..

    ReplyDelete
  9. mungkin ada.sbb yg intake januari ni dia guna result trial.dia mgkin expect higher skit untuk january intake ni

    ReplyDelete
  10. Boleh x nak tahu ? Kalau yg kelulusan diploma then apply utk degree kt utp ni. Kene interview jgk ke ? Ke interview ni juz utk lepasan spm.

    ReplyDelete

Jika ada kekurangan dalam penulisan ini sila tinggalkan pesanan disini :)