Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Wednesday, April 13, 2011

Pengalaman Interview JPA


Assalamualaikum..pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit pegalaman tentang interview saya pada hari ni yakni 13.4.2011. Buat saya ini merupakan nightmare buat saya. Mungkin bagi orang lain senang untuk interview mereka, namun bagi saya senang jgak tapi bukan sepenuhnya. Saya bertolak dari rumah seawal 7.15 pagi. Saya pergi kesana bersama ummi . Setelah sampai dekat Fakulti Kesihatan USM sy terpina2 mencari dimanakah tempat interview. Memang sesat lah haha lucu rasanya. Setelah itu Syafiq menelefon saya kerana dia interview selepas saya dan dia pun turut sesat.

Akhirnya ibu aku dan syafiq pergi kebawah di tempat menunggu. Aku,syafiq dan seorang kawan baru aku dari skolah ASIS pergi mendaftarkan diri. Wah memang berdebar lah kami. Memang tak terkata apa brdebarnya. Yang lucunya syafiq masih belum menyusun dengan betul maklumat dia. Haiih pening sungguh kawan saya sorang tuh. Syafiq dan saya akan diinterview oleh panel keempat tapi masa interview kami berlainan. Kami menunggu diluar bilik temuduga. Saya sempat berkenalan dengan rakan sebilik interview saya dan dalam banyak2 itu ada sorang Chinese dan dia memang amat peramah seperti rakan2 lain. Group saya terdiri daripada 3 lelaki dan 2 perempuan.

Sesi bermula. pasal yang apa yang dia tanya saya akan kongsi dilain waktu yer. Tetapi apa yang saya tahu interview dia hanya memakan masa selama 30 mini dan 40 min jer. Tetapi alangkah peningnya bila interview saya dilakukan dari 8.50 pagi hingga 9.50 pagi. Sejam!!..hoah tp yang agak pening bila masalah saya. Saya yakin dalam percakapan saya tapi saya tergagap al maklum lah BI. Tapi dalam interview tuh 4 soalan BI satu jer BM huh. Soalan yang paling susah adalah opinion kita tentang development in malaysia (panjang dan berbelit lagi sebenarnya soalan dia ). Fuh semua tergagap. Tetapi apa yang aku perasan ,oleh kerana aku orang kedua, banyak rakan2 aku yang selepasnya iaitu ketiga keempat dan kelima meniru modal aku . Dan masa aku memperkenalkan diri aku interviewer gelak dengan ayat aq haha.

Aku bersyukur kerana ada jugak soklan dalam BM. Dalam soklan BM tu aku goreng habis. Walaupun sebelum ni ada orang yang ganas dalam speaking  BI namun bila dalam BM haha alhamdulillah aku pulak yang pegang status tu. Mungkin disebabkan jasa Cg Fauzi yang mengajar BM aku tahun lpas ^^.

Di akhir sekali dia bagi peluang kepada kami untuk bertanya soalan. Aku memilih untuk tidak bertanya banyak soalan kerana aku tidak mahu menonjolkan kebodohan aku ketika diinterview. Namun ada sorang rakan aku. Memang boleh menang anugerah penanya soalan terbaik sebab banyak tanya sungguh ha9. Setelah itu setelah habis interview kami yang lelaki bersalaman dengan interviewer yakni ketiga2 lelaki. Ada seorang interviewer yagn bertanya soalan kepada aku ( berpakaian macam orang yang pergi tabligh) :


Interviewer: nama ayah awk cikgu rosli saad ker?
Ammar: yer nama dia lah tu
Interviewer: dia meninggal dekat hospital USM tu kan penyakit demam kuning
Ammar: a'ah dan dia yg pling utama sebab pancreas
Interviewer: a'ah yer..dia asal perlis kan?
Ammar; eh bukan2 dia asal penang, knapa ? cik kenal dia ker?

Setelah itu dia hnya mengangguk dan senyum2 kepada aku. Mungkin dia mengenali abi aq melalui tabligh kerana di hayat hidup abi aku dulu walaupun dia seorang cikgu tetapi dia sangat aktif dalam tabligh ni. Dan apa yang aku harap itu dapat memberikan kelebihan sedikit kepada aku InsyaALLAH ada rezeki aku .InsyaALLAH dan ALHAMDULILLAH kerana aku telah melepasi satu halangan. Dan au sangat berpuas hati dengan usaha aku menghadapi interview ini. Mana taknya siang malam aku mencari maklumat  pasal interview, pasal aeronautical engineering. Aku bukak website AIRBUS utk mengkaji maklumat2 dia dan aku jugak telah menghafal beberapa fakta sejarah di GERMANY ..whoah walaupun tergagap time interview namun usaha untuk interview aku amat berpuas hati ALHAMDULILLAH ...insyaALLAH jika allah bagi rezeki aq insyaALLAH dapat scholarship tu..

bg sesiapa yang membaca post nih aku harapkan agar  tolong doakan aku mendapat scholarship JPA dan doakan agar aku  berjaya dalam bidang aku pada masa akan datang.



12 comments:

  1. insyaALLAH boleh!!
    tu dah ada kabel scr kebetulan(ALLAH dh ttpkan sbnrnya), sng ckit dpt..

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH..Dia tahu apayang diaturkan..huhu insyaALLAHjika dapat aku harap ALLAH akan bg semangat untuk aq terus berusaha

    ReplyDelete
  3. moga dipermudahkan sgala urusan....Doa lah ye moga kt jupe kat german...heheh amin~

    ReplyDelete
  4. insyaallah kalu doh rezeki dpt punyer

    ReplyDelete
  5. ammar...moga menjadi insan yg d pndg mulia di sisi manusia dan d sisi Allah...InsyaAllah dpt jika itu yg d takdirkan Allah... :)

    ReplyDelete
  6. insyaAllah,you'll get the scholar larh. nice xperience. i wish i was there. ha-ha.

    ReplyDelete
  7. huhu thx all ahha insyaALLAH ada rezeki

    ReplyDelete
  8. ore slalu doakn amar dpt k..tapi ble da succes jgn lupakn ore k..slalu lar contact eo..heheheh

    ReplyDelete
  9. haha insyaALLAH..haha pok2 kito msti brjayo lagi lpah nih...haha

    ReplyDelete
  10. ala, okay lah tu. at least dpt jawab kan semua soalan. sy pun tergagap juga. biasalah tu. mari doa kita sama2 dapat scholarship tu, insyaAllah.

    ReplyDelete
  11. insyaALLAH nad ada rezeki kita sumer dpt pgi haha

    ReplyDelete
  12. kepada syafiq ramli alhamdulillah doa aku spya mg bleh jpa gi jerman termakbul..walaupun aq xleh gi tp cukup jahmg bleh gi..okes good luck bro

    ReplyDelete

Jika ada kekurangan dalam penulisan ini sila tinggalkan pesanan disini :)