Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Monday, April 09, 2012

Indahnya Dirimu Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum w.b.t,


      Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, sudah agak lama saya tidak berceloteh di laman blog Hijau Itu Indah. Nak kata sibuk , saya tidaklah sesibuk mana pun, tetapi tidak banyak perkara yang bermain di minda untuk saya lakarkan di blog ini.

      Alhamdulillah baru-baru saya berpeluang melihat salah seorang daripada Ahlul Bait iaitu al Habib Ali al Jufri. Pertama kali melihat wajah beliau hati saya cukup senang. Mana taknya bibirnya selalu menantun senyuman kepada hadirin yang menghadiri 'Talknya" di Masjid SHAS UIA Gombak. Setelah melihat wajah beliau terdetik satu persoalan di minda saya. Sekiranya wajah Ahlul Bait sudah begitu indah, bagaimana pula wajah Rasul kita Sayyiduna Muhammad s.a.w? Subhanallah sudah tentu berganda-ganda indahnya. Hanya insan terpilih yang pernah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w sahaja yang tahu betapa indahnya wajah penghulu kita itu.

      Pada hari yang sama, saya menyertai daurah kitab. Ustaz Hazri Hashim Al Bindany menerangkan kitab Habibullah terjemahan daripada Kitab Syamail Muhammadiah karangan Imam  Tarmizi. Kitab tersebut menerangkan tentang Nabi Muhammad s.a.w . Dari segi berpakaiannya, dari segi kehidupannya, dari segi cara makannya dan boleh dikatakan segala perkara tentang Nabi Muhammad di terangkan dalam kitab tersebut.

    Sungguh, dihati ini sebak dan saya rasa bersyukur dilahirkan sebagai Islam dan mempunyai penghulu seorang insan yang tiada  bandingnya dengan semua manusia di dunia ini. Begitu indah sekali Sayyiduna Muhammad s.a.w. Oleh kerana itulah, sahabat-sahabat Baginda sanggup bermati-matian mempertahankan Baginda dari di sakiti. Indah-indah bulan purnama , indah lagi wajah Nabi Muhammad s.a.w. Kita sebagai umat islam seharusnya memupuk rasa cinta terhadap Baginda kerana tanpa Baginda tidaklah kita hari ini mengenal Islam, tidaklah kita hari ini mengenal ALLAH.


Allahumma Shalli ‘ala Muhammad Wa’ala Ali Saiyidina Muhammad
      
Friday, February 24, 2012

Perkongsian Dari Hati..


Assalamualaikum w.b.t, sebenarnya pada perkongsian kali ini saya ingin berkongsi satu artikel yang saya baca di lawan web Kak Wardina dan mudah mudahan artikel berguna untuk semua :)

Bismillahirahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha penyayang lagi Maha pengampun. Assalamualiakum pembaca sekalian. Anggaplah luahan hati ini rintihan jiwa seorang hamba yang bermusafir yang terlalu ingin lebih dekat dengan TuhanNya. Moga kita semua diberi kesempatan untuk berkongsi lebih banyak kebaikan bersama.
Kata seorang rakan pada saya, “Hidayah perlu dicari, macam juga jodoh dan rezeki konsepnya Dina" .Benar sekali, hidayah tidak datang bergolek. Akan tetapi ramai yang cuma menanti hati mereka ‘dibuka’ tanpa sebarang usaha. Ramai yang menanti ‘seru’ hadir tanpa berbuat apa-apa. Seperti yang berkata “Aku nak kaya” namun duduk saja goyang kaki, tanpa usaha, maka mana mungkin harta turun dari langit begitu saja. Samada kita sedar atau tidak, setiap hari kita memohon hidayahNya. Setiap hari kita memohon Allah menunjukkan kita kepada jalan yang lurus. Berapa kali kita sebut, baca dan ulang dalam Surah Al-Fatihah. (ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ - Tunjukilah kami jalan yang LURUS) Berapa ramai yang benar-benar fahami dan bersungguh tatkala membacanya. Ini peringatan untuk diri juga!
Perkara yang paling menakutkan saya adalah apabila menyedari hakikat bahawa hidayah ini hak milik mutlak Allah SWT, Al-IIah, Ar-Rab, yang dianugerahkan kepada sesiapa yang Allah Al-Wahab mahukan. Allah Al-Hakim lebih tahu siapa yang berhak mendapat hidayahNya. Allah Maha Mengetahui kerana Allah itu Al-A’leem, Al-A’alim, siapa yang tidak patut memilikinya. Seperti bagaimana Rasulullah SAW sendiri memohon dan berdoa untuk bapa saudaranya, Rasulullah SAW merayu dan memujuk Abu Talib yang telah membantu baginda dengan masa dan tenaganya, dengan menjaga dan memeliharanya namun hidayah bukan di tangan kita. Itulah pengajaran yang paling besar. Itulah hakikatnya.
Hidayah kata Mufti Ismail Menk tempoh hari di dalam kuliahnya, perlu dicari dengan kesungguhan dan kepayahan. Struggle. Dengan keringat perjuangan. “Those who struggle in Allah’s way, the doors of Allah will open in their way” Mereka yang berjuang untuk ke jalan Allah, yang cuba dan berusaha akan dibukakan pintu kearahNya” InsyaAllah dengan izinNya, hidayah akan diberi. Apa dia kesan hidayah? Kesan hidayah ini maka kebaikan akan terasa mudah untuk dilakukan.
Saya simpulkan pengajaran yang saya perolehi mengenai bagaimana untuk kita terus Istiqamah setelah mendapat hidayah, ya walaupun sedikit. Semoga Allah yang Maha Pemurah, memberi lebih dan lebih hidayahNya kepada kita. Peringatan ini juga amat berguna untuk diri saya yang serba dhaif lagi jahil ini. Mustaqim dan Istiqamah asalnya dari perkataan yang sama. Untuk memastikan kita terus kekal Istiqamah dengan hidayah yang telah diberi, agar hidayah itu tidak hilang, lenyap dan sepi kata mufti Menk, ada beberapa panduan yang diberikan yang ingin saya kongsikan dengan anda semua:-
1) Pengajaran pertama - Jangan bimbang pandangan orang lain. Abu Talib ‘takut’ pandangan pembesar Qurasyh yang lain, begitu bimbang mengenai apa yang akan ‘diperkatakan’ setelah dia meninggal, sekiranya dia menjadi seorang Muslim, maka kerana ke’risau’an inilah yang menyebabkan Abu Talib tidak mengucap Syahadah.
2) Kedua - Istiqamah mengekalkan hidayah tidak akan berlaku sekiranya kita ‘menyibukkan’ diri menilai orang lain kata Mufti Menk. Bergossip membuatkan kita sibuk dengan hal dan aib orang lain sehingga terlupa menilai diri. Bergossip dan berkata buruk sudah cukup berdosa, apatah lagi mengaibkan dan memfitnah. Sibukkan diri mengenai hal diri, kekurangan diri, keluarga, anak-anak daripada orang lain. InsyaAllah Allah akan beri kita hidayah. Kedua, sibukkan diri dengan hal sendiri bukan orang lain.
3) Ketiga- Hidayah akan kekal sekiranya kita sentiasa i) Beristighfar dan ii) Bertaubat. Beristighfar bererti kita memohon maaf setelah tersedar dan setelah melakukan apa saja dosa dan kesilapan, namun bertaubat bererti kita kembali kepada Allah dengan memalingkan hati dan diri kearahNya. Beristighfar sahaja belum cukup, namun memalingkan diri kembali adalah kunci untuk mendapatkan hidayah, seterusnya mengekalkan hidayah itu. Kita PERLU dan mesti sentiasa beristighfar dan bertaubat, Allah memberi Taubah itu sebagai hadiah kepada hambaNya, bayangkan jika tiada konsep taubah? Oleh itu saya sering ingatkan diri, jangan berputus asa, teruskan perjuangan dan InsyaAllah Allah akan menunjukkan kita jalan yang lebih baik dari sekarang.
4) Keempat - Amalan yang berterusan. Lagi dan lagi. Tambah dan tambah amal. Bagaiamana? Dengan mengikhlaskan hati, mencari dan mencari dan mengikut contoh dari Rasulullah SAW
5) Kelima- Sampaikan kebaikan. Hidayah akan terkesan dan kekal sekiranya kita menjadi agen untuk menyampaikan kebaikan. Konsep Amal ma’ruf nahi mungkar ini dapat mengingatkan diri dan orang lain. Ya, marilah kita sebarkan kebaikan, kasih dan sayang, bukan kebencian, keburukan dan kejahatan! Walaupun sedikit! Sedikit dan sekecil biji sawi sekalipun ianya akan dinilai Allah Al-Hasib.
6) Keenam – Carilah kawan yang soleh. Pilihlah kawan kita, kawan atau rakan yang akan MENGINGATKAN kita sekiranya kita tergelincir. Rakan dan sahabat yang jujur memberi teguran. Seram sejuk apabila mufti memberikan contoh bagaimana nanti, apabila dibangkitkan kembali, sahabat karib kita akan menjadi musuh, bercakaran sesama sendiri, bertanya kepada kita – “kenapa engkau tidak menasihati aku dulu?” “Engkau tahu apa yang aku lakukan salah, kenapa engkau tidak ingatkan?” Na’zubillah. Mari kita ingatkan rakan kita, dengan penuh hikmah dan kasih.
7) Ketujuh – Hidayah akan kekal dengan Ilmu. Kita perlukan ilmu untuk berada di atas jalan yang benar. Terus dan terus dan terus tanpa henti menggali ilmu dari sana dan sini. Dari sumber yang sahih lagi dipercayai. Lebih banyak kita tahu lebih banyaklah kita tahu yang kita ini tidak tahu.
Pesanan mufti yang terakhir benar-benar membuatkan dewan tergamam tanpa suara. Untuk mendapat hidayah, kata mufti “JAGALAH MATA” Jagalah mata, kerana khuatir pandangan itu pandangan syaitan. Tundukkanlah pandangan. Saya sedang cuba mempraktikannya walau saya seorang wanita. Saya yakin para lelaki mempunyai dugaan yang lebih. Menjaga mata dengan tidak melihat dan menilai apa yang orang lain pakai, tidak melihat kereta apa yang mereka bawa, atau melihat kelebihan mahupun kekurangan. Kenapa? Supaya lebih kurang rasa ingin membandingkan diri dan mengata. Supaya lebih kurang iri hati dan dengki hinggap di dalam hati ini. Semuanya bermula dengan mata. Akan saya pegang nasihat ini.
InsyaAllah semoga kita diberi semua diberi hidayah oleh Allah SWT. Kita semua sebenarnya sama saja, sedang berjuang dan berusaha untuk lebih dekat denganNya. Ingatlah Allah, itulah pesanan terakhir Mufti Menk. Ingatlah Allah pada setiap masa dan ketika, bukan hanya apabila bertasbih selepas solat di atas sajadah. Ingatlah Allah tatkala makan, melakukan kerja dan bermesra dengan anak atau isteri dan suami misalnya. InsyaAllah mari kita cuba. Ingatlah Allah dengan sengaja, apabila melakukan apa saja. Jika semua umat Islam dan semua orang memegang konsep Allah melihat apa sahaja kita lakukan, MasyaAllah bayangkan betapa banyaknya kemungkaran dan kejahatan tidak akan berani dilakukan. Kepercayaan bahawa Allah itu Ar-Raqeeb yang Maha Melihat perlu disematkan kembali didalam jiwa kita ini.
Wallahua’lam. Amin.
Perkongsian Dari Hati..
Friday, January 27, 2012
Assalamualaikum w.b.t


Syukur sangat sebab dapat juga peluang untuk menulis sepatah dua pada pagi ini. Sebenarnya perkongsian kali ini adalah  untuk memenuhi hajat kawan ambo iaitu Shima  dan Al Amin  untuk tulis review satu buku yang ambo sedang baca sekarang ni. Walaupun buku ni sudah berada di pasaran pada tahun lepas tapi ambo baru berkesempatan untuk beli . RM 29.90 sangat berbaloi keran input yang diberikan oleh penulis memang kena dengan keadaan semasa. Buku ini juga mampu membina spiritual kita kerana banyak motivasi yang kita boleh jadikan sebagai panduan. Hasrat penulis untuk mencuit jiwa pembaca memang tercapai.

Ditambah lagi dengan dialog-dialog yang santai dan mudah untuk di fahami menambahkan lagi rasa untuk terus membaca buku ini. Ada beberapa kisah yang banyak membuka fikiran ambo setelah ambo baca buku ni. Ada satu kisah yang sangat menarik hati ambo adalah kisah ' Belajar Bertawakkal dengan Semut ' . Dan ada satu kisah tentang seekor burung kecil yang ditertawakan  oleh burung besar dengan usahanya. Kisahnya lebih kurang begini, semasa Nabi Ibrahim a.s ingin diletakkan kedalam api oleh Namrud, ada seekor burung kecil mengambil air dengan paruh kecilnya untuk memadamkan api tersebut dan dia ditertawakan oleh burung-burung besar. Kisah selanjutnya silalah baca sendiri ya dalam buku tersebut :D


Oh saya lupa untuk memperkenalkan buku tersebut. Buku tersebut adalah buku Beduk Diketuk. Buku kompilasi daripada edisi asal yang diterbitkan dalam majalah Solusi. Pengarangnya adalah Pahrol Mohd Juoi , editor majalah Solusi dan juga pemilik laman web Genta Rasa