Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Wednesday, March 24, 2010

Kinabalu in Memory

kinabalu......
fuhh rin du rasanya bila teringatkan kinabalu...baru-baru ni aku ada sertai xpdc mendaki gunung kinabalu yang sekolah aku anjurkan. xpdc itu disertai oleh 18 orang rakan2 ku yang lain dan disertai oleh 12 orang guru.perjalanan aku ke kota kinabalu bermula pada 9 mac 2010.mula2 perjalanan di rancang akan bertolak dari sekolah pada pukul 5, tapi ada beberapa ralat yang berlaku yang menyebabkan kami bertolak lewat. Memang perasan aq time tu susah nk digambarkan coz ni lah kali pertama aku naik flight ke KK. Dalam perjalanan tu memang boring n aku habiskan masa aku ngan tido jer. Tapi aku tak boleh tido ngan aman coz dalam bas tu sejuk n aku asyik terjaga dari tidur. Bila bas sampai jer dekat R&R Temerloh aku dengan pantasnya berlari mencari tandas. Kami sampai di sebuah masjid dkt dengan KLIA dalam pukul 4,30 pagi. Sampai sahaja dekat masjid tu kami berehat untuk tunggu solat subuh. Aku dan Amir tak boleh tidur coz tak mengantuk n kami ambil peluang tu untuk mandi dekat masjid. Perghh kali pertama aku solat berimam kan imam yang suara dia merdu sangat. Lepas selesai solat dekat masjid tu kami pergi breakfast dekat downtown KLIA. Lepas sahaja breakfast kami terus ke LCCT. Yang paling lucu sekali ialah apabila bas sekolah aku sesat untuk pergi ke LCCT. Aku rasa macam nk tergelak coz bas asyik pusing tempat sama jer. Lepas sesat selama 30 min di bumi orang baru lah driver jumpa jalan yang betul untuk ke LCCT. Kami sampai di LCCt pukul 830 pgi. Oleh kerana kebosanan tahap maksima aku, usop, arif, roy, fikri, herol, mat dak, aiman n amir jalan mudah... kami plan untuk jalan2 dekat KL. Memang bes naik bas pergi KL ngan kawan2 tp dalam perjalanan tu Cg Nurlina call kami dan marah kami coz tak bagitahu dia kami nk meronda2. Lepas bas berhenti dekat KLIA kami terus ambil bas balik ke LCCT. Memang sedih masa tu coz free2 duit rm5 kami melayang.


Untuk hilangkan boring aku dan rakan2 lepak sambil makan dekat food garden tepi LCCT, aku lepak dalam food garden dekat 4 jam.Selain tu satu LCCT aku discover. Nak buat macammana flight lambat lagi.Dalam pukul 4 petang aku dan kawan aku pergi dekat cikgu untuk check in. Lepas semua luggage ditimbang aku ,amir n roy sekali lagi pergi ke food garden untuk isi perut yang kembali berkeroncong. Masa makan nasi ayam dekat food garden kami sempat berkenalan dengan family orang puteh. Dalam pukul 6 aku dan semua peserta masku ke departure hall. Malangnya fligt kami ditangguhkan selama 40 min. Dalam pukul 7 baru bertolak ke KK. Perasan aku berdebar2 coz ni lah kali pertama ke KK. Masa dalam flight tu kwan aku sempat ambil gambar stewardess sebagai cenderamat buat Yo. Perjalanan selama 2 jam 30 min memang memenatkan n akhirnya aku telah berpijak ke bumi dibawah bayu!!!!!

perjalanan dari kkia ke kundasang menaiki bas sm sains sabah terhenti di beberapa kilometer terakhir kerana kerosakan yang tidak dijangka. kesejukan di kaki gunung pada larut malam yang hening menyerap sehingga ke tulang rusukku. aku terasa dingin sekali dan aku mulai pening kepala. keesokkan hari, aku akan mendaki. terbayang sudah dalam kepala, tentang ketinggian gunung yang ingin aku tawan. dalam hati, aku tidak henti berdoa agar dipermudahkan segala kesukaran yang bakal aku lalui sepanjang perjalanan itu. bas tidak berfungsi lagi pada malam itu dan kami terpaksa diangkut oleh beberapa buah van menuju ke bayu resort di mana kami menginap selama satu malam. tapi, bagiku, ia bukannya satu malam, tetapi hanya beberapa jam kerana kami sampai pun sudah lewat iaitu dalam pukul 3 atau 4 pagi disana. dan kami bertolak keluar dalam pukul 8 pagi. apa yang menjadi kenangan terindah di situ adalah tentang suhunya yang membuatkan kami menggigil kesejukan. usah kata ingin bersiram, ambil air sembahyang pun menyksakan. kami tidur beberapa jam dengan berbaju sejuk, berstokin, bersarung tangan dan berbungkus selimut kerana terlalu sejuk.
keesokkan harinya, selepas solat subuh, kami makan dahulu, kemudian bertolak ke kinabalu park yang mengambil masa kurang 10 minit dari bayu resort.

dengan berpakaian t-shirt seragam berwarna oren, kami dengan penuh semangat menuju ke kinabalu park . sementara nama kami didaftarkan oleh cg norlina, aku bersama yang lain sempat bergambar. berada di kinabalu park sudah menampakkan kemegahan gunung kinabalu yang tersergam teguh di hadapan yang semakin dilitupi awan pagi yang kedinginan. pendakian tidak bermula di situ. kami perlu ke timpohon gate untuk dilepaskan dan dimulakan pendakian. semangat kami makin membara apabila bendera sester dikibarkan dan dinyanyikan lagu sester gemilang beramai-ramai sambil dirakam sebagai kenangan.
perjalanan daripada kinabalu park ke timpohon gate mengambil masa lebih kurang 10 minit. sepanjang perjalanan yang menggunakan van sabagai pengakutan itu, kami dihidangkan dengan lagu-lagu rakyat negeri sabah sbg hawa telinga sebelum mendaki. sampai di timpohon gate, kami diberikan taklimat oleh guide yang mengiringi kami semasa pendakian. kemudian ID pendakian diberikan kepada setiap pendaki. terkejut juga apabila namaku adalah nama pertama yang dipanggil. bermakna, akulah orang pertama yang memegang ID pendakian. sorokan semangat sester bergema beberapa kali yang diketuai oleh cg fauzi sbg motivasi kepada kami yang membawa nama dan harapan warga sester. pendakian bermula pada pukul 1000 pagi.

destinasi pendakian gunung kinabalu tentulah di low's speak ataupun puncaknya. tetapi, kami perlu berhenti di laban rata yang menjdi tempat perhentian dan tempat bermalam di sana. laban rata ini terletak pada km 6 pendakian. bermakna, kami perlu mendaki sehingga 6km untuk hari itu sahaja. pada 3 km pertama, perjalanan tdklah begitu mencabar kerana jalannya hanya berbatu, bertangga, dan bertanah merah. tenaga pun masih di tahap yang baik. sepanjang pendakian ke laban rata yang sejauh 6 km itu, pendaki2 tidak perlu risau kerana ada disediakan pondok2 perhentian di setiap satu km dimana ada juga disediakan tandas dan tangki air. tngki air yang terdpt si pondk2 tersebut, adalah air yang tidak dirawat, namun, sbg pendaki yang sentiasa memerlukan bkln air, air tersebut diminum seperti biasa. kami mendaki beramai-ramai sehingga ke pondok pertama. kami berhenti seketika di pondok tersebut dan meneruskan pendakian beberapa minit selepasnya. pada km ke2 , kami sedikit demi sedikit berpecah. aku memasuki kumpulan antara kedua terawal bersama cg azri dan 3 pelajar lain, iaitu, roy, fatin, dan neddy. pada km kedua hingga ke km6, kami harungi bersama. pendakian gunung kinabalu yang berkabus tidaklah terlalu sukar seperti yang dijangka. mungkin kerana latihan yang mencukupi menyebabkan aku rasa sperti tidak terlalu sukar. tetapi, ia sangat meletihkan, terutama apabila memasuki km 3 yang semakin banyak tangga dan semakin curam treknya. apa yang menarik, permandangan yang menghijau di hutan hujan tropika ini menyejukkan mata dan suhu yang agak rendah menyebabkan kurangnya rasa letih. semakin jauh pendakian, semakin hebat permandangannya, semakin sejuk suhunya, tp, semakin letih kaki dibuatnya. setiap pondok yang kami lewati, tidak kami sia-siakan. kami berhenti dan makan makanan yang dibawa sebagai alas perut juga sbg pemberi tenaga. makanan yang manis sangat berguna sebagai pengembali tenaga untuk badan yang semakin lemah. hampir di setiap perhentian juga, kami bergambar bersama-sama. pendakian ini memberi peluang kepada aku untuk bersemuka seterusnya berinteraksi bersama pelbagai manusia daripada pelbagai negara. mereka semuanya ramah dan kuat menyapa. ada juga yang memberikan kata semangat supaya kuatkan usaha untuk sampai ke puncak. ini adalah pengalaman berharga buatku. selain itu, sepanjang pendakian, aku banyak sekali bertemu dengan pembawa2 barang yang membawa barang berkilo-kilo ke laban rata. mereka kelihatan sungguh kuat. mereka membawa sebegitu banyak barang di atas belakang yang diletakkan di dlm bangkul yang disangkut di atas dahi. ada yang membawa beratus-ratus biji telur, makanan,berdozen-dozen minuman tin, beg2, dan ada juga yang membawa tong gas dan heater yang entah berapa kilo beratnya. aku sempat bertanya kepada seorang pembawa brg tersebut, seorang makcik. aku tanya, berat mak cik?? dia jawab, tidak juga.. tetapi, bagiku brg yng sbegitu besar pasti berat sekali. semasa mendaki juga, aku dapat melihat pokok periuk kera buat pertama kalinya. semakin dekat ke laban rata, semakin indah permandangan. pokok2 yang berada di situ seolah-olah melambai mengucapkan selamat datang kepadaku. angin sejuk yang bertiup seakan membisikkan kata-kata semangat buatku. pertama kalinya aku berpeluang berada di dalam awan-awangan, namun tidak pula terbang. aku terpaksa meniggalkan roy, fatin n neddy n cg azri di belakang setelh hampir dengan Laban Rata keran aku perlu mencari tandas untuk membuang air. Aku berlari sekuat mungkin menju ke laban rata pada 100 meter yang terakhir. Setelah sampai di laban rata pada ketinggian 3275 m aku terus masuk ke Sutera Harbour resort untuk mencari rakan ku. Nasib baik ada seorang mat dak memberitahu aku no bilik yang telah disewa. Aku bergegas meletakkan beg ke dlam bilik dan mencari bilik air. Perit dibuatnya apabila air paip tiada namun syukur kerana air yang berada di dalam baldi masih cukup untuk aku gunakan.

malangnya, kami tidak dpt membuka pintu bilik. apa masalahnya aku tidak tahu. dengan rasa yang teramat penat dan mengantuk, aku dengan tiada perasaan malu lagi, tidur di laluan ke bilik tersebut bersama rakanku yang lain. setelah beberapa minit berlalu, cg azri datang dan bertanya knapa kami tidur di sini. aku menjawab bhw bilik tidak dpt dibuka. beberapa minit kemudian, bilik dapat dibuka dan kami menumbangkan badan yang penat itu ke atas kelembutan katil yang penuh kenikmatan. tidur beberapa jam lalu bangkit kembali untuk solat dan makan malam secara buffet. mkn mlm yg enak dan mengenyangkan sekali ditambah pula dengan suhu yang agak menyelesakan di dalam kafe. terkejut juga aku apabila diberitahu barangan yang dijual di laban rata berganda harganya. bayangkan, air mineral yang boleh didpati dengan harga rm1 atau kurang, dijual pada harga rm9.80 sebotol kecil. botol besar pula mencecah rm 14 kalau tak silap. tetapi, aku tak kisah mana, bukannya aku kemaruk sangat nak beli air mineral tu. aku sempat bergambar di verandah laban rata ni. permandangannya tiada tergambar oleh kata-kata. berada pada ketinggian yang mencecah awan memang menyejukkan sehingga bercakap pun keluar asap atau wap air. kemudian aku ke bilik lagi dan menunggu waktu maghrib untuk solat jamak takdim dan tidur lagi selepasnya.

tidur di laban rata tidak seperti di bayu resort. kalau di bayu resort, rasa seperti berada di negara musim sejuk kerana kesejukan yang teramat. tetapi, di laban rata, aku terasa kurang selesa kerana panas sekali. mungkin kerana biliknya dilengkapi sistem pemanas yang menjadikan bilik terasa panas dan bagi aku, ia kurang menyelesakan.

babak menyedihkan dan menyeksakan...

pukul 1 lebih kami bangun kerana pendakian dikatakan akan bermula pada pukul 2. dalam hatiku, tidak ada lagi perasaan ingin mendaki kerana aku bimbangkan keselamatan diri. namun aku bertanya kepada alif yang pening kepala pada malam itu. dia berkata ingin meneruskan pendakian. secara tiba2 aku tergerak untuk meneruskan pendakian. kami bersiap dan makan kemudian taklimat dimulakan sebelum pendakian diteruskan.

perjalanan drp laban rata ke puncak hanyalah sejauh 2.7 km shj. tetapi, cabarannya lebih hebat dan kecerunannya lebih tinggi. aku tidak mengalami masalah sepanjang beberapa ratus meter pertama kerana jalannya hanyalah bertangga dan berbatu. seperti biasa, aku berjalan di hadapan kerana aku berbadan besar drp yg lain. semasa melalui kawasan yang berbatu yang menggunakan tali, aku mula merasai bahawa keselamatan aku mula terancam. dalam hatiku, aku ingin shj berpatah balik. aku tidak ingin lagi meneruskan pendakian. aku menyesal teramat sangat mengikuti pendakian ke puncak ini. lebih baik aku menunggu di laban rata sahaja bersama cg md daimin. apa yang ada di fikiranku hanyalah Allah, ibuku dan diriku.

pendakian sejauh 2.7 km ini ternyata berbeza dan di luar jangkaan. hatiku berdebar sentiasa dan doa sentiasa terucap di dada. ya ALLAH, permudahkanlah bagi aku segala kesukaran dan selamatkanlah aku. aku mula teringatkan mati. masya ALLAH, sampai begitu sekali. tiada siapa yang dapat memahami perasaan aku ketika itu. hanya aku dan tuhan yang tahu betapa lemahnya diriku. aku berhenti di sayat-sayat iaitu check point. selepas menunjukkan id mendaki, aku berehat seketika. aku mula merasai kedahagaan yang teramat. amirul, yang ingin menemaniku mendaki, aku menyuruhnya meninggalkanku.selepas itu aku berjalan seorang diri pada saat itu aku dengan tabahnya berjalan seorang diri tanpa rasa takut. perjalanan selepas sayat-sayat itu amat menyiksakan kerana aku tiada bekalan air dan lamu suluh yang dibawa telah kehabisan bateri.pada suatu ketika aku berjalan perlahan-lahan secara solo ,aku rasa mahu mengangis keran teramat mendahagai air. sesekali terlintas difikaranku untuk meminta air dari pendaki lain tapi bermacam macam persoalan timbul di benak fikiran aku. dah la lampu tak ada bateri air pun tak ada nak minum.perit!!!! namun aku kuat kan semangat untk menawan KK walaupun terpaksa berhenti kerana terlalu dahagakan air. pada suatu ketika aku juga berasa gementar kerana pendaki yang berada di depanku berada jauh dihadapan dan aku pula meninggalkan pendaki jau di belakang. pemandangan pada pikul 515 pagi itu sungguh cantik dan pemandangan itulah yang membantu aku semasa mendaki secara solo. aku kembali bersemangat setelah aku sampai ke kilometer kelapan. semasa berada disitu aku melihat dari jarak jauh pndaki2 yang menawan puncak KK lalu aku pun berjalan tanpa henti hingga ke puncak.

aku sampai kepuncak tepat jam 6 pagi. setelah itu aku terus mencari rakn2 ku. aku mengambil gambar bersama mereka untuk dijadikan kenangan. diri aku terkaku seketika setelah aku melihat betapa indahnya alam ciptaan Allah semasa matahari terbit. Selain itu aku juga mahu mengalirkan air mata setelah elihat keindahan bumi Allah dari puncak tertinggi di Asia Tenggara ini.

Aku bersyukur kepada Allah yang membantu aku untuk sampai ke puncak dan kini Ika Allah Keginawaan KU!!!!!!!!

1 comments:

Jika ada kekurangan dalam penulisan ini sila tinggalkan pesanan disini :)