Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Wednesday, August 24, 2011

Indahnya Jika Kita...


Indanya apa? Mesti semua tertanya-tanyakan? Sebenarnya indahnya jika kita ada sifat QANAAH. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu qanaah. Sebenarnya qanaah ialah satu sifat iaitu sifat yang berasa cukup, puas dan bersyukur dengan rezeki ALLAH. Jika kita lihat jarang yang bersyukur dan mengucapkan kalimah "ALHAMDULILLAH" berbanding dengan orang yang selalu merungut tentang apa yang mereka dapat. Hal ini termasuklah saya.Ya saya. Namun setelah saya fahami sifat ini saya amat bersyukur kerana saya dapat menyingkirkan sedikit demi sedikit sifat saya yang jarang bersyukur kepadaNYA walaupun telah banyak rezeki yang Dia berikan kepada saya walaupun saya tidak menyedarinya.

Mesti ada segelintir dari kita yang berpendapat bahawa sifat qanaah ini menjadikan manusia malas berusaha dan hanya menerima sahaja apa yang mereka dapat tanpa mahu berusaha. Wahai sahabat sekalian. Bukan itu sebenarnya tujuan sifat ini dididik dalam diri. Sifat ini sebenarnya melatih diri kita sentiasa bersyukur dengan nikmatnya dan dalam pada itu sifat ini melatih diri kita agar lebih kuat berusaha untuk menggapai apa yang kita ingini. Ramai sahabat saya, walaupun keputusan mereka cemerlang dalam setiap 'test' namun mereka tetap mengatakan "sikitlah" dengan nada yang tidak puas hati. Janganlah kita jadi orang sebegini. Namun kita jadilah orang yang sebegini "ALHAMDULILLAH ". Marilah kita didik jiwa kita dengan sentiasa bersyukur kepada ALLAH dan jika ada rasa tidak berpuas hati, cepat-cepatlah kita singkirkan.Boleh? Sudah tentu kita boleh kerana kita adalah sebaik-baik kejadian di alam semesta ini. Jadi apa lagi, mari kita didik jiwa kita dengan sifat ini!!

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". 14:7

2 comments:

  1. muhammad ammar rosli! happy happy eid's day. happy independant day oso Malaysian Boy! selamat studi jugak budak uia.

    ReplyDelete
  2. np...selamat raya dan juga selamat merdeka tira

    ReplyDelete

Jika ada kekurangan dalam penulisan ini sila tinggalkan pesanan disini :)