Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Monday, January 17, 2011

Ya Allah Jauhilah Aku




Ya Allah jauhilah cintaku kepada hamba Mu
Jika ia melalaikan ku.
Ya Allah jauhilah cintaku kepada hamba Mu
Jika ia mmbuatkan ku lari dr rahmat Mu.
Ya Allah jauhilah cintaku kepada hamba Mu
Jika ia belum layak ku miliki.
Ya Allah jauhilah cintaku kepada hamba Mu
Jika cintaku kepadanya melebihi cintaku kepada Mu.
Ya Allah jauhilah cintaku kepada hamba Mu
Jika ia menundukkan aku kepada nafsuku.
Ya Allah jauhilah cintaku kepada hamba Mu
Jika ia mmmbuatkn fikiranku lari dari mngingati Mu.
Ya Allah hadirkanlah cinta itu
Apabila cinta kepada Mu melebihi cinta kepadanya.
Sesungguhnya aku amat lemah dalam menghadapi semua ini
tanpa bantuan Mu ya Allah
aku mungkin tidak dapat membuang perasaan ini
Namun apakan daya ya Allah
Sekiranya cinta itu memang tercipta untukku
Maka kau hadirkanlah ia
Dan batasilah cinta itu dengan syariat Mu
Tanpa Mu ya Allah siapalah aku di bumi Mu ini
Sesungguhnya Engkau Maha Halus dan Maha Mengetahui.
Saturday, January 15, 2011

Nak Buat Aper Ni ??

Hmm jika dibahagi ditolak dicampur di darab ermm sudah sebulan lebih aku duduk di rumah..
hmm msti plik knp skjap sy skjap aku.ermm nak buat macam mana jiwa brkecamuk, tapi bkn gila. Mesti bila msg ngan kwn2 bila ty 'mg dok wat gapo lonih' semua akan jawab aku kerja. Takpom mesti ada yang jawab aku buat lesen. Bila orang ty aku pulak msti kbnyakan soalan dia 'eh mg wat lesen doh ko?'. hahah suma nya sama. Tak tahulah apa nak jd ngan aku nih. Nak kerja xbrapa rajin nk buat lesen tu baru ada niat. Ermmm .Dalam sbulan ni kerja aku hya download movie and watch movie jer. Erm adakah ini akan berterusan? Ermm....
Friday, January 14, 2011

Keajaiban Di Lautan

Salam.. alhamdulillah beberapa minggu yg lalu sy sempat pulang ke kg sy di Kg Pulau Suri. Masa tu keaadaan cuaca tidak beberapa baik sbb pada masa tu mnghampiri musim banjir. Semasa pulang ke kampung pada waktu itu sy brsma abang sy telah diajak untuk joint pergi ke laut mencari ikan biasanya org kelantan pgl 'mengongkot'. Hahaha lucu rasanya bila nak tulis lain jer bunyinya. Alhamdulillah sy tidak mabuk laut dan tidak pening2 lalat.

Apa yang mengagumkan sy ialah apabila sy ternampak satu keajaiban yang berada di lautan. Keajaiban itu ialah apabila air laut itu berlainan warnanya . Ia diibaratkan mmpunyai pemisah antara dua kawasan . Teringat sy akan satu surah yang menceritakan tenteang kejadian tersebut iaitu surah Ar-Rahman .Apabila saya membaca terjemahan surah tersebut sy amat kagum dgn kejadian itu dan ingin skli melihat nya dan alhamdulillah keajaiban Allah tu dapat sy lihat juga. Selain itu mengikut sepupu sy dia juga mengatakan buih buih yang ada di sempadan antara dua kawasan laut itu tidak akan melalui antara kawasan yang berlainan.
Bold Italic



" Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu,
antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing."
Ar Rahman (19-20)