Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Saturday, February 05, 2011

Kasihmu Abadi Selamanya..Al Fatihah Buat Nenda

Al Fatihah

Tanggal 5.2.2011 aku menghadapi lagi satu kematian iaitu nenda yang tersayang. Tidak sampai seminggu sahabat aku meninggal.Namun inilah yang dinamakan takdir.Mereka terpaksa pergi menghadap yang Esa. Kita juga pasti menyususul suatu hari nanti.Kerana Allah juga ada menyebut setiap yang hidup pasti akan mati.

Sebenarnya aku telah pulang ke kampung pada rabu lalu setelah mendapat berita bahawa dia tenat. Namun aku dan keluarga telah pulang pada tengah hari kelmarin kerana abang dan kakakku perlu mengemaskan barang2 mereka kerana mereka akan kembali ke universiti mereka pada hari ni. Namun pada tengah hari tadi aku mendapat berita bahawa nenda ku telah pergi meninggalkan kami pada pukul 12.40 tengah hari . Aku dan keluarga ku yang lain terus ke kampung aku iaitu Pulau Suri. Nasib baik ada bot. Aku bernasib baik kerana aku sampai disana sebelum dia dimandikan. Alhamdulillah Allah memberi kesempatan kepada aku abangku kakakku dan adikku untuk memberi penghormatan terakhir kepada dia dengan membaca surah Yasin dan beberapa surah lain .

Namun aku bersyukur sebelum aku pulang kelmarin aku sempat bersalam dan meminta maaf kepadanya dan bagaikan hendak ku curah air mata apabila aku tengok keadaanya aku mencium tangannya sebelum pulang. Maklumlah dia adalah orang yang paling tua di kampung aku kerana umornya mencecah seratus lebih. Alhamdulillah aku sangat bersyukur kerana pengurusan jenazah dia berjalan lancar . Hari ni aku lewat solat asar kerana lewat pulang dari tanah perkuburan. Aku kira dalam pukul 6.30 petang rasanya pengebumian selesai. Aku pun x mahu cerita banyak2 sebab takut ia akan menyiksa dia yang berada di alam lain. Apa yang aku harapkan agar rohnya diterima Allah dan dosanya diampunkan dan ditempatkan dalam golongan yang beriman. Apa yang ku harapkan agar semua anak cucu dia selalu menyedekahkan apa2 amalan soleh kepadanya agar dia diterima Allah.

Ya Allah ampunkanlah nendaku sekiranya dia lalai semasa hayatnya dari megingati Mu,
Ya Allah ampunkanlah nenda ku sekiranya dia membuat kesilapan kepada Mu,
Ya Allah jauhilah nenda ku dari azab kubur dan azab api neraka mu yang maha pedih,
Ya Allah dekatilah dia dengan syurga Mu.
Jauhilah dia daripada tergolong dalam kalangan orang yang mendustai Mu,
Masukkanlah roh nya bersama roh orang yang soleh,
Roh orang yang patuh pada perintahMu,
Sesungguhnya ya Allah benar Engkau yang menciptakan aku
Tapi Allah jika tidak kerananya juga tiada aku di sini
Ya Allah janganlah lah kau luputkan fikiran aku tentangnya
Kerana aku tidak mahu melupai seseorang yang boleh dianggap berjasa dalam hidupku,
Ya Allah ya Rahim
Berikanlah rahmat mu ke atas rohnya
Kerana ku tahu hanya rahmat Mu yang diperlukan olehnya bagi memasuki syurga Mu
Perkenankan doaku ini ya Allah
Kerana inilah perkara yang aku bisa lakukan untuk berbakti kepadanya
Perkenankanlah ya Allah x3
Sesungguhnya kau Maha Bijaksana dan Maha Penyayang
Wednesday, February 02, 2011

ADAKAH DOSA DAN PAHALA DALAM MENGUNDI PILIHANRAYA?


Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Sebagai seorang muslim kita wajar prihatin terhadap perkara-perkara yang seperti ini. Apatahlagi, persoalan seperti undian dalam pilihanraya yang walaupun kelihatan sangat ringkas prosesnya, tetapi mempunyai kesan yang besar terhadap pembentukan sesebuah negara. Sekalipun kadang-kala ada perkara dalam sistem pilihanraya itu tidak memenuhi kehendak syarak, namun kepentingannya terhadap masa depan sesebuah negara itu tidak dapat dinafikan. Bahkan, jika diperhatikan sistem demokrasi jauh lebih baik dari segala sistem lain yang sedang diamalkan oleh kerajaan-kerajaan di dunia hari ini.

Melalui demokrasi, rakyat dapat bersuara dan memilih orang yang mereka redha sebagai pemimpin. Pemimpin pula tidak begitu berani melakukan kezaliman dan penyelewengan disebabkan mereka tahu rakyat mempunyai hak dalam menentukan kedudukan mereka. Ini lebih baik dari sistem autocracy. Bahkan demokrasi yang adil akan lebih baik dari pentadbiran sesetengah para pemerintah dalam sejarah umat Islam pada zaman Umawiyyah, ‘Abbasiyyah dan selain mereka yang bersifat kuku besi dan bertindak tanpa menghormati hak rakyat. Untuk menjawab persoalan saudara tentang dosa dan pahala undian dalam pilihanraya, maka saya sebut perkara-perkara berikut;

1. Pada asasnya dalam Islam, setiap amalan kebaikan atau yang membawa kebaikan maka pengamalnya memperolehi pahala. Begitu juga, setiap amalan buruk atau yang membawa keburukan maka pengamalnya memperolehi dosa. Besar atau kecil pahala dan dosa itu, bergantung kepada besar atau kecil kesan kebaikan atau keburukan sesuatu amalan. Maka, mengundi dalam pilihanraya boleh membawa kesan baik dan buruk kepada sesebuah masyarakat dan negara. Jika kesannya baik dan pengundi itu pula memang inginkan kebaikan tersebut, maka itu adalah amalan soleh. Jika kesan buruk dan pengundi tersebut memang inginkan kesan yang buruk itu, atau boleh menjangkanya, atau dia tidak peduli dengan buruk atau baik kesan undiannya itu, maka dia memperolehi dosa.

2. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:

“Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah”. (Riwayat Malik dan al-Tirmizi).

Kata tokoh ulama salaf yang besar Sufyan bin ‘Uyainah (meninggal 198H)

“Hadis ini bermaksud kalimah di hadapan pemerintah, kalimat yang pertama (yang direhai Allah) ialah yang menghalang kezalimannya. Kalimat yang kedua (yang dimurkai Allah) ialah yang mendorong pemerintah melakukan kezaliman” (Al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwadhi, 7/21, Beirut: Dar al-Fikr).

Ya, berdasarkan hadis ini, sekalipun pengucapnya tidak menyangka sebegitu besar kesan ucapannya, atau menganggapnya kecil, namun disebabkan kesan baik dan buruk dari ucapannya itu, maka dia mungkin mendapat pahala, ataupun dosa. Hal ini samalah seperti undian dalam pilihanraya.

3. Maka undi juga bagaikan satu kalimat, bahkan mungkin lebih, yang mana ia boleh memberikan kuasa kepada seorang pemimpin yang baik atau kuasa untuk pemimpin yang jahat atau zalim atau tidak bertanggungjawab. Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut:

“Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia tergelincir ke dalam Neraka yang jaraknya dalamnya antara timur dan barat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kalimat itu konteks demokrasi adalah undi dalam pilihanraya. Seseorang hendaklah berfikir kesan undi yang diberikan kepada seseorang calon terhadap negara dan rakyat.

4. Kita hendaklah sedar bahawa undian itu membawa maksud bersetuju memberikan mandat kepada seseorang bagi sesuatu kepimpinan. Maka, sebelum mandat tersebut hendak diberikan, wajib kita memastikan samada dia berkelayakan atau tidak. Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Memberikan undi kepada yang tidak berkelayakan adalah mengkhianati amanah.

5. Untuk menentukan kelayakan seseorang itu, maka secara umumnya hendaklah dilihat kepada dua ciri yang penting yang disebut oleh al-Quran al-Qawiy (kuat atau mampu) dan al-Amin (amanah atau bertakwa). Firman Allah: (maksudnya)

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

Dua ciri ini hendaklah dilihat dalam kerangka jawatan yang hendak diberikan. Jika jawatan itu membabitkan kewangan umpamanya, maka kemampuan dalam pengurusan kewangan dan digabungkan dengan nilai amanah dalam diri calon yang dilantik. Begitulah juga jawatan dalam bidang-bidang yang lain. Maka dilihat kemampuan calon dalam tanggungjawab yang hendak diberikan dan nilai amanah dalam dirinya.

6. Kata Syeikhul-Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya Al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`iy wa al-Ra`iyyah:

“Hendak dipastikan orang yang terbaik baik setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah (kekuatan/kemampuan) dan al-Amanah…Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kepada kemampuan dalam berbagai jenis peperangan…al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. Dan amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia (sehingga mengabaikan Allah-pent.)”. (m/s 26. Kuwait: Dar al-Arqam)

7. Ertinya, sebelum seseorang itu mengundi, dia hendaklah memastikan individu yang diundi itu berkemampuan melaksanakan tanggungjawab bagi jawatan tersebut dan mempunyai nilai amanah dalam diri yang tinggi. Jika tidak, bererti dia memberikan undinya kepada orang yang zalim yang akan mengkhianati tanggungjawab. Apatahlagi, jika calon itu memang sudah ada rekod buruk dalam tanggungjawabnya. Juga, hendaklah dipastikan kesan undi itu tidak membawa keburukan kepada negara secara umumnya. Allah berfirman: (maksudnya)

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113)

8. Maka, kita tidak boleh mengundi seseorang calon hanya kerana hubungan keluarga, atau sahabat atau parti. Sebaliknya, hendaklah atas kelayakan dan kesan undian itu. Justeru itu Nabi s.a.w tidak memberikan jawatan kepada Abu Zar kerana beliau tidak berkemampuan. Sekalipun Abu Zar seorang sahabat baginda yang soleh dan disayangi oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda:

“Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat Muslim).

9. Maka, undi dalam pilihanraya itu bukan sesuatu yang tiada nilai di sisi Islam. Sebaliknya, undi itu boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala, ataupun mungkin mendapat dosa. Undilah yang berkelayakan dan memberikan kesan yang baik kepada negara dan rakyat.


Di ambik daripada laman web orang lain

Tuesday, February 01, 2011

Moga Allah Merahmati mu


Assalamualaikum. Pada 31.1.2011 saya telah menerima berita daripada kakak saya bahawa sahabat saya telah meninggal dunia. Nama dia adalah Wan Muhammad Al-hakim. Sebenanya da adalh sahabat saya ketiak saya berada di sekolah rendah redang di banggol. Namun apa yang saya sangka ialah pertemuan sebelum saya berpindah ke sekolah penambang semasa kami berada di darjah 5 adalah pertemuan terakhir kami. Baru2 ni saya bersyukur kerana dapat bertemu kembali dengan dia di dalam Facebook. Mana taknya semasa berada di sekolah rendah saya dan rakan saya Bazero selalu kerumah dia yang berada berhampiran dengan sekolah untuk bermain. Oleh kerana ibu saya seorang guru dan dia kadangkala mengambil saya lewat dia sering mengajak saya dan Bazero kerumahnya untuk bermain. Pada waktu itu kami memang mempunyai minat yang sama iaitu alat permainan. Namun mungkin Allah lebih menyayangi dia .

Saya pun kurang pasti apakah penyebab kematian sahabat saya ini. Sudah lama tidak berjumpa dan tidak sangka memang sudah tidak menjumpai dia di dalam dunia ini. Namun apa yang saya harapkan agar Allah sentiasa mengampuninya dan sentiasa merahmati nya .saya juga mengharapkan agar Allah menempatkannya di dalam kalangan orang2 yang dia kasihi . Kepada anda yang membaca post saya ini bersamalah menyedakahkan Al Fatihah kepadanya .
Al Fatihah....