Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Wednesday, February 16, 2011

Stadium Sultan Muhammad IV Gempar!!


Sebagaimana yang kita tahu setiap tahun kita pasti akan meraikan hari kelahiran manusia agung yang diciptakan Allah kepada hambanya di akhir zaman iaitu hari keputeraan baginda Nabi Muhammad s.a.w iaitu pada 12 Rabiulawal. Sesunggguhnya sebagaimana yang kita tahu bahawa Nabi Muhammad merupakan contoh ikutan yang paling baik untuk sekalian manusia kerana akhlaknya yang tiada taranya jika dibandingkan dengan kita semua. Hal ini diceritakan dalam firman Allah

"Dan sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti yang agung"
(Al Qalam 4)

Hal ini kerana ada hadis yang menyatakan bahawa akhlak nabi adalah akhlak al quran. Hal ini bermakna segala perkara yang dinyatakan di dalam kalam suci itu menjadi akhlak insan mulia ini. Oleph itu sebagai umat Islam yang kita seharusnya mencontohi akhlak Nabi Muhammad kerana ia dapat membentuk diri kita menjadi seorang insan yang lebih baik dan dengan akhlak yang baik itu ia dapat menjamin darjat kita di hadapan Allah .

Semalam saya dan abang telah pergi ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bolasepak antara Kelantan dan KL. Yang istimewa pada perlawanan pada malam ini adalah ia dimulakan dengan Selawat kepada Nabi Muhammad. Apa yang saya kagumi ialah semua pihak memberi kerjasama yang cukup baik dan semua penonton berselawat dengan penuh penghayatan . Selain itu selepas berselawat ada beberapa penonton yang melaungkan TAKBIR!!! Lalu disambut dengan ALLAHUAKBAR.Ini lah kali pertama saya melihat dan perkara yang begitu menarik kerana sambil tengok bola pun kita dapat berselawat. Selain itu perlawanan pada juga di mulakan dengan bacaan Al Fatihah yang disedekahkan kepada bekas pemain bolasepak kelantan yang meninggal. Alhamdulillah penonton yang bersorak pun senyap kerana menghormati dan turut sama menyedekahkan Al Fatihah kepada pemain bekas pemain kelantan iaitu Sairozi Daud. Moga dia diampunkan Allah s.w.t . Al Fatihah
Monday, February 14, 2011

Kejatuhan Hosni Mubarak : Campur Tangan Allah SWT


by Nik Abdul Aziz Nik Mat on Monday, February 14, 2011 at 3:46pm

Saya pernah belajar di Mesir. Empat tahun saya peruntukkan dari usia muda saya untuk menimba ilmu di bumi ambiya tersebut. Orang-orang Mesir saya lihat begitu ramah dan mesra terutama dengan tetamu asing. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang saya timba di sana untuk dibawa pulang ke tanah air.

Hari ini, rejim Hosni Mubarak jatuh tersungkur. Pandangan saya, ia benar-benar merupakan kuasa Allah SWT. Nampak sangat berlakunya campur tangan Allah SWT di dalam menjatuhkan rejim ini. Siapa yang menyangka Dataran Tahrir boleh memuatkan tiga juta manusia untuk mendesak Hosni Mubarak berundur? Jika di Padang Arafah, musim haji terakhir baru-baru ini mencatat kehadiran jemaah yang wukuf seramai 2.7 juta orang (angka rasmi), di Dataran Tahrir rupa-rupanya lebih ramai daripada itu. Siapakah yang mengerah mereka jika tidak naluri mereka sendiri yang digerakkan oleh Allah SWT? Mereka berkampung selama 18 hari tanpa terjamin urusan makan minum dan pengurusan seharian semata-mata untuk memastikan matlamat mereka tercapai. Pastinya ia terhasil ekoran perasaan tidak puas hati yang telah sekian lama terpendam. Tanpa peluru dan tanpa senjata, mereka akhirnya berhasil menjatuhkan Mubarak.

Mesir menyaksikan sejarah penindasan kepada para ulama yang begitu lama. Jauh sebelum itu, musuh Allah SWT yang bernama Firaun sendiri pernah ditenggelamkan oleh Allah SWT. Firaun yang mengaku dirinya tuhan ditenggelamkan di laut setelah Allah SWT membenarkan Nabi Musa bersama pengikutnya melalui laut sama yang telah dibekukan sepanjang lebih kurang 40km. Yakinlah, kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Allah SWT yang pernah membekukan lautan untuk Nabi Musa itulah juga yang telah menjadikan api menjadi sejuk untuk Nabi Ibrahim. Dialah juga yang telah menyelamatkan perjalanan Nabi Muhammad SAW ke Madinah dari dikesan oleh special branch Quraisy. Maka, pelikkah jika Allah SWT boleh menjatuhkan mana-mana kerajaan pada hari ini dengan kuasaNya?

Sayangnya, musuh Allah SWT tidak pernah belajar dari sejarah. Sekali lagi kesilapan Firaun diulangi oleh pemerintah Mesir dengan membunuh para ulama. Almarhum Syeikh Abdul Qadir Audah, Almarhum Syed Qutb dan ramai lagi para ulama terkorban di bumi Mesir hasil kezaliman pemerintah Mesir. Demikian juga ulama yang terpaksa keluar dari Mesir seperti Syeikh Yusuf al-Qaradawi ekoran keselamatan yang sentiasa terancam oleh polisi kerajaan Mesir.

Harapan saya, rakyat Mesir akan mendapat pemimpin yang benar-benar bekerja untuk rakyat serta beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 10 Rabiul Awwal 1432H bersamaan 13 Februari 2011M

Nukilan ini diambil daripada nukilan Tok Guru

Wednesday, February 09, 2011

Pemuda Cacat Hafal Al Quran.


Teringin berkongsi dengan sahabt-sahabat satu video yang benar-benar menyantuh perasan..Video ini menampilkan seorang pemuda yang cacat mental tapi al-Quran dalam dadanya benar-benar mengagumkan.




Sulit untuk mempercayainya... dia adalah seorang pemuda yg cacat mental, bila ditanya sesuatu dia akan jawab yg lain atau mungkin menjawabnya dengan soalan yang asal atau tidak menjawabnya kerana bingung, tidak faham pertanyaan dan sebagainya.

Seperti dalam video ini ketika ditanya kenapa kamu menghafal Qur’an..?

Dia menjawab 23 juz..

Ketika dijelaskan pertanyaan untuk apa kamu menghafal Al-Qur’an..?

Dia bingung dan menjawab 7 juz..

Bagaimana kamu menghafal Al- Qur’an..? Dia agak bingung dan menjawab dengan soalan asal.

Tapi bila ditanya tentang ayat ayat Qur’an, misalnya kalimat ini ayat berapa, surah apa, teruskan kalimat ini dan sebagainya dia dapat menjawab semuanya.

Subhanallah.. seakan akan dia tidak mengetahui apa- apa kecuali Al-Qur’an...

Di akhir video ketika ditanya, kamu tahu hukum tajwid..? Dia jawab ya... hukum tajwid.
Kamu mengetahuinya..? Dia jawab.. aa (ya)
Sebutkan salah satunya.. Dia pun beritahu... aa (iyaa)
Atau kamu hanya mendengar Qur’an dan menghafalnya..? Dia menjawab... AL-Qur’an hafidz (hafal).

Subhanallah... Mashaallah..., Laa Quwwata illa Billaah.

Inilah keajaiban Al-Qur’an...
inilah bukti keagungan dan kebenarannya.

Allah s.w.t berfirman :

“ Sesungguhnya Kamilah yg menurunkan Al Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya”.


( QS Al-Hijr : 9 )


صدق الله العظيم

post ini diambil daripada http://syaeirah.blogspot.com
saya amat minta maaf kepada pemilik blog tersebut kerana mencopy post beliau.