Wednesday, February 16, 2011
Stadium Sultan Muhammad IV Gempar!!
Sebagaimana yang kita tahu setiap tahun kita pasti akan meraikan hari kelahiran manusia agung yang diciptakan Allah kepada hambanya di akhir zaman iaitu hari keputeraan baginda Nabi Muhammad s.a.w iaitu pada 12 Rabiulawal. Sesunggguhnya sebagaimana yang kita tahu bahawa Nabi Muhammad merupakan contoh ikutan yang paling baik untuk sekalian manusia kerana akhlaknya yang tiada taranya jika dibandingkan dengan kita semua. Hal ini diceritakan dalam firman Allah
"Dan sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti yang agung"
(Al Qalam 4)
Hal ini kerana ada hadis yang menyatakan bahawa akhlak nabi adalah akhlak al quran. Hal ini bermakna segala perkara yang dinyatakan di dalam kalam suci itu menjadi akhlak insan mulia ini. Oleph itu sebagai umat Islam yang kita seharusnya mencontohi akhlak Nabi Muhammad kerana ia dapat membentuk diri kita menjadi seorang insan yang lebih baik dan dengan akhlak yang baik itu ia dapat menjamin darjat kita di hadapan Allah .
Semalam saya dan abang telah pergi ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bolasepak antara Kelantan dan KL. Yang istimewa pada perlawanan pada malam ini adalah ia dimulakan dengan Selawat kepada Nabi Muhammad. Apa yang saya kagumi ialah semua pihak memberi kerjasama yang cukup baik dan semua penonton berselawat dengan penuh penghayatan . Selain itu selepas berselawat ada beberapa penonton yang melaungkan TAKBIR!!! Lalu disambut dengan ALLAHUAKBAR.Ini lah kali pertama saya melihat dan perkara yang begitu menarik kerana sambil tengok bola pun kita dapat berselawat. Selain itu perlawanan pada juga di mulakan dengan bacaan Al Fatihah yang disedekahkan kepada bekas pemain bolasepak kelantan yang meninggal. Alhamdulillah penonton yang bersorak pun senyap kerana menghormati dan turut sama menyedekahkan Al Fatihah kepada pemain bekas pemain kelantan iaitu Sairozi Daud. Moga dia diampunkan Allah s.w.t . Al Fatihah
0 comments:
Post a Comment
Jika ada kekurangan dalam penulisan ini sila tinggalkan pesanan disini :)