Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Wednesday, April 13, 2011

Pengalaman Interview JPA


Assalamualaikum..pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit pegalaman tentang interview saya pada hari ni yakni 13.4.2011. Buat saya ini merupakan nightmare buat saya. Mungkin bagi orang lain senang untuk interview mereka, namun bagi saya senang jgak tapi bukan sepenuhnya. Saya bertolak dari rumah seawal 7.15 pagi. Saya pergi kesana bersama ummi . Setelah sampai dekat Fakulti Kesihatan USM sy terpina2 mencari dimanakah tempat interview. Memang sesat lah haha lucu rasanya. Setelah itu Syafiq menelefon saya kerana dia interview selepas saya dan dia pun turut sesat.

Akhirnya ibu aku dan syafiq pergi kebawah di tempat menunggu. Aku,syafiq dan seorang kawan baru aku dari skolah ASIS pergi mendaftarkan diri. Wah memang berdebar lah kami. Memang tak terkata apa brdebarnya. Yang lucunya syafiq masih belum menyusun dengan betul maklumat dia. Haiih pening sungguh kawan saya sorang tuh. Syafiq dan saya akan diinterview oleh panel keempat tapi masa interview kami berlainan. Kami menunggu diluar bilik temuduga. Saya sempat berkenalan dengan rakan sebilik interview saya dan dalam banyak2 itu ada sorang Chinese dan dia memang amat peramah seperti rakan2 lain. Group saya terdiri daripada 3 lelaki dan 2 perempuan.

Sesi bermula. pasal yang apa yang dia tanya saya akan kongsi dilain waktu yer. Tetapi apa yang saya tahu interview dia hanya memakan masa selama 30 mini dan 40 min jer. Tetapi alangkah peningnya bila interview saya dilakukan dari 8.50 pagi hingga 9.50 pagi. Sejam!!..hoah tp yang agak pening bila masalah saya. Saya yakin dalam percakapan saya tapi saya tergagap al maklum lah BI. Tapi dalam interview tuh 4 soalan BI satu jer BM huh. Soalan yang paling susah adalah opinion kita tentang development in malaysia (panjang dan berbelit lagi sebenarnya soalan dia ). Fuh semua tergagap. Tetapi apa yang aku perasan ,oleh kerana aku orang kedua, banyak rakan2 aku yang selepasnya iaitu ketiga keempat dan kelima meniru modal aku . Dan masa aku memperkenalkan diri aku interviewer gelak dengan ayat aq haha.

Aku bersyukur kerana ada jugak soklan dalam BM. Dalam soklan BM tu aku goreng habis. Walaupun sebelum ni ada orang yang ganas dalam speaking  BI namun bila dalam BM haha alhamdulillah aku pulak yang pegang status tu. Mungkin disebabkan jasa Cg Fauzi yang mengajar BM aku tahun lpas ^^.

Di akhir sekali dia bagi peluang kepada kami untuk bertanya soalan. Aku memilih untuk tidak bertanya banyak soalan kerana aku tidak mahu menonjolkan kebodohan aku ketika diinterview. Namun ada sorang rakan aku. Memang boleh menang anugerah penanya soalan terbaik sebab banyak tanya sungguh ha9. Setelah itu setelah habis interview kami yang lelaki bersalaman dengan interviewer yakni ketiga2 lelaki. Ada seorang interviewer yagn bertanya soalan kepada aku ( berpakaian macam orang yang pergi tabligh) :


Interviewer: nama ayah awk cikgu rosli saad ker?
Ammar: yer nama dia lah tu
Interviewer: dia meninggal dekat hospital USM tu kan penyakit demam kuning
Ammar: a'ah dan dia yg pling utama sebab pancreas
Interviewer: a'ah yer..dia asal perlis kan?
Ammar; eh bukan2 dia asal penang, knapa ? cik kenal dia ker?

Setelah itu dia hnya mengangguk dan senyum2 kepada aku. Mungkin dia mengenali abi aq melalui tabligh kerana di hayat hidup abi aku dulu walaupun dia seorang cikgu tetapi dia sangat aktif dalam tabligh ni. Dan apa yang aku harap itu dapat memberikan kelebihan sedikit kepada aku InsyaALLAH ada rezeki aku .InsyaALLAH dan ALHAMDULILLAH kerana aku telah melepasi satu halangan. Dan au sangat berpuas hati dengan usaha aku menghadapi interview ini. Mana taknya siang malam aku mencari maklumat  pasal interview, pasal aeronautical engineering. Aku bukak website AIRBUS utk mengkaji maklumat2 dia dan aku jugak telah menghafal beberapa fakta sejarah di GERMANY ..whoah walaupun tergagap time interview namun usaha untuk interview aku amat berpuas hati ALHAMDULILLAH ...insyaALLAH jika allah bagi rezeki aq insyaALLAH dapat scholarship tu..

bg sesiapa yang membaca post nih aku harapkan agar  tolong doakan aku mendapat scholarship JPA dan doakan agar aku  berjaya dalam bidang aku pada masa akan datang.



Sunday, April 03, 2011

Sebuah Pertemuan

 

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman 

Assalamualaikum. Pada post ni saya ingin berkongsi satu lirik lagu nasyid dari kumulan UNIC. Sebenarnya apa yang mempengaruhi saya untuk menulis tentang post ini adalah setelah sahabat saya bertanyakan tentang lagu ini. Kerana lagu ini ada makna kepadanya. Oleh kerana saya ni memang peminat nasyid jadi saya tahulah tantang lagu ni. Sebenarnya lagu ini di ambil dari satu hadis
“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Riwayat Bukhari

Jika kita lihat pada masa kini. ramai yang menyalah tafsir erti cinta yang sebenarnya. Kebanyakan remaja pada zaman sekarang ni sering menafsirkan CINTA= Kapel. mungkin ini adalah disebabkan pengaruh dari media pada zaman sekarang. Namun jika kita lihat melalui skop yang luas  cinta ini pelbagai. Jika kita lihat pada hadis diatas contohnya , jika seseorang mengasihi saudaranya. Bagi saya (sila betulkan jika saya salah) hadis ini menyatakan bahawa kita sebagai umat islam seharusnya mengasihi saudara kita yakni umat islam kerana umat islam itukan bersaudara. Banyak cara kita boleh mengasihi saudara kita, dengan membantu mereka sudah menunjukkan bahawa kita sudah mengasihi mereka. Namun perlu diingatkan , pada zaman sekarang banyak remaja yang menyalah tafsir erti CINTA itu.

Ada juga remaja yang sudah terlanjur bersama pasangan mereka. Bila ditanya mengapakah mereka berbuat sedemikian. Ada yang yang menyatakan bahawa kerana mereka mencintai pasangan mereka. Adakah mereka sudah hilang akal? Betapa ceteknya pemikiran mereka sanggup menggadai maruah demi 'CINTA' murahan mereka. Baru2 ini saya ada melihat video di laman web langitilahi.com , jika benar lah mereka itu cinta kenapa sanggup merosakkan sesama sendiri. Sudah tentu pembaca semua pelik apa yang rosaknya. Ya rosak ,rosak akhlak, rosak maruah ,rosak diri mereka sendiri dan mungkin merosakkan masa depan mereka sendiri . Mana taknya , contohnya jika lah si wanita itu sarat mengandung anak luar nikah, sudah tentu jika diketahui ramai , sudah tentu ada yang berpandangan buruk kepada mereka.

Namun begitu kita sebagai seorang manusia jika membuat kesilapan janganlah menjadi jahidan jangan lah kita ego. Setelah membuat kesilapan bertaubatlah sebenat benar taubat. Jangan lah kita ego dan berfikiran cetek dengan berfikiran bahawa kesalahan itu tidak ada makna bagi kita. Ya mungkin sekarang tidak ada makna namun bagaimana disana kelak. Adakah kita ingin  disiksa di sana nanti? sudah tentu tidak bukan.

Diakhir kata, marilah kita merubah pemikiran kita tentang mengasihi saudara kita. Luaskan pemikiran jangan sempitkan, sesungguhnya jika kita melarang saudara kita dari melakukan keburukan juga adalah tanda kita mengasihi mereka, kerana apa? Ya kerana apabila kita menasihati dan melarang mereka sudah tentu kerana kita tidak inginkan mereka dari menanggung balasan disana kelak. Didalam Islam tiada kejayaan untuk diri kita sendiri namun sebaiknya kejayaan itu adalah kejayaan untuk semua umat islam. Sekian
Wednesday, March 30, 2011

Luahan Rasa Hati

 
Salam. Baru2 ni saya ada hadir satu benda yang sering tertanya2 dalam diri saya .Mengapa lah aku dapat sikit saja straight a. Tiba2 beberapa hari lepas saya telah menemukan jawapan bagi pertanyaan itu rupa2nya saya masih kurang bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah. Apa nak jadi lah dengan saya ni. Bab kata orang bagi betis dia nak peha. Memang itulah sifat manusia kan, kurang bersyukur dengan rezeki yang diberikan Allah. Seharusnya kita sebagai manusia seharusnya bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Jangan sesekali kita mengungkit tentang apa yang Allah berikan. Apa yang penting kita kena bersyukur kerana Allah telah menyatakan kepada kita sekiranya kita bersyukur nescaya Allah akan menambah rezeki untuk kita.
Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
   
      Selain itu, mengikut bacaan saya ada ada hadis yang diriwayatkan oleh at Tarmizi (betulkan jika salah). Dalam hadis itu ada menyatakan bahawa kita tperlu bandingkan diri dengan orang yang lebih rendah dari kita dan jangan kita bandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi dari kita. Kenapa? Kerana jika kita bandingkan dengan orang yang lebih rendah dari kita, kita akan menjadi orang  yang lebih dan sangat2 bersyukur dengan nikmat Allah swt.

Selain itu bila saya fikir2kan balik. Memang ada guna jugalah saya berada dirumah ni (walaupun tidak bekerja). Mungkinlah bagi sesetengah orang akan mengatakan saya ini malas kerana saya tidak bekerja bagi mengisi masal selepas SPM (memanglah malas jgak)
tetapi jika say fikir disebaliknya ada untung juga saya dirumah. Kenapa ? Kerana bila berada di rumah banyak benda yang saya pelajari antaranya memasak. Ya satu lagi memanglah saya malas nak basuh baju sendiri dulu2 tetapi bila lepas SPM ni saya sudah belajar untuk basuh baju sendiri dengan mesin manual (asrama mesin auto senang skit). Ye walaupun kadang sajah tetapi saya telah melihat perubahan baik ada dari takda kan? 

Post ini bukan bertujuan untuk saya membanggakan diri saya tetapi apa yang ingin saya nyatakan disini adalah kita mesti bersyukur diatas setiap situasi dan keadaan kita kerana apa , kerana Allah telah menentukan sebaiknya kepada kita . Apa yang perlu kita ucapkan adalah Alhamdulillah dan kita perlu sentiasa berfikiran positif. Akhir sekali saya juga bersyukur dengan perubahan saya walaupun ia lambat macam siput. Kerana bila saya fikirkan balik jika saya jadi orang yang berakhlak teruk bagaimanalah agaknya jodoh saya pada masa akan datang. Ya memang saya tidak layak untuk memikirkan tentang hal jodoh2 ni kerana umur baru sahaja mencecah 18 tahun tetapi bukan kah apa yang kita lakukan pada hari ini menentukan apa,siapa dan bagaimana kita sepuluh tahun akan datang. Jadi saya seharusnya menjadi terbaik untuk mendapatkan yang terbaik kerana apa? Kerana

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." (An Nur : 26)

Ya kerana lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Adakah salah jika saya bersedia dan berusaha agar apa yang akan saya dapati pada masa hadapan itu adalah yang terbaik buat saya . Sebagai yang berfikiran waras kita seharusnya ingin yang terbaik untuk kita . Jadi bermulalah sekarang marilah kita menjadi yang terbaik agar mendapatkan yang terbaik dan jadilah kita orang yang bersyukur diatas rezeki kita, mudah-mudahan Allah menambah rezeki untuk kita.