Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Wednesday, March 30, 2011

Luahan Rasa Hati

 
Salam. Baru2 ni saya ada hadir satu benda yang sering tertanya2 dalam diri saya .Mengapa lah aku dapat sikit saja straight a. Tiba2 beberapa hari lepas saya telah menemukan jawapan bagi pertanyaan itu rupa2nya saya masih kurang bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah. Apa nak jadi lah dengan saya ni. Bab kata orang bagi betis dia nak peha. Memang itulah sifat manusia kan, kurang bersyukur dengan rezeki yang diberikan Allah. Seharusnya kita sebagai manusia seharusnya bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Jangan sesekali kita mengungkit tentang apa yang Allah berikan. Apa yang penting kita kena bersyukur kerana Allah telah menyatakan kepada kita sekiranya kita bersyukur nescaya Allah akan menambah rezeki untuk kita.
Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
   
      Selain itu, mengikut bacaan saya ada ada hadis yang diriwayatkan oleh at Tarmizi (betulkan jika salah). Dalam hadis itu ada menyatakan bahawa kita tperlu bandingkan diri dengan orang yang lebih rendah dari kita dan jangan kita bandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi dari kita. Kenapa? Kerana jika kita bandingkan dengan orang yang lebih rendah dari kita, kita akan menjadi orang  yang lebih dan sangat2 bersyukur dengan nikmat Allah swt.

Selain itu bila saya fikir2kan balik. Memang ada guna jugalah saya berada dirumah ni (walaupun tidak bekerja). Mungkinlah bagi sesetengah orang akan mengatakan saya ini malas kerana saya tidak bekerja bagi mengisi masal selepas SPM (memanglah malas jgak)
tetapi jika say fikir disebaliknya ada untung juga saya dirumah. Kenapa ? Kerana bila berada di rumah banyak benda yang saya pelajari antaranya memasak. Ya satu lagi memanglah saya malas nak basuh baju sendiri dulu2 tetapi bila lepas SPM ni saya sudah belajar untuk basuh baju sendiri dengan mesin manual (asrama mesin auto senang skit). Ye walaupun kadang sajah tetapi saya telah melihat perubahan baik ada dari takda kan? 

Post ini bukan bertujuan untuk saya membanggakan diri saya tetapi apa yang ingin saya nyatakan disini adalah kita mesti bersyukur diatas setiap situasi dan keadaan kita kerana apa , kerana Allah telah menentukan sebaiknya kepada kita . Apa yang perlu kita ucapkan adalah Alhamdulillah dan kita perlu sentiasa berfikiran positif. Akhir sekali saya juga bersyukur dengan perubahan saya walaupun ia lambat macam siput. Kerana bila saya fikirkan balik jika saya jadi orang yang berakhlak teruk bagaimanalah agaknya jodoh saya pada masa akan datang. Ya memang saya tidak layak untuk memikirkan tentang hal jodoh2 ni kerana umur baru sahaja mencecah 18 tahun tetapi bukan kah apa yang kita lakukan pada hari ini menentukan apa,siapa dan bagaimana kita sepuluh tahun akan datang. Jadi saya seharusnya menjadi terbaik untuk mendapatkan yang terbaik kerana apa? Kerana

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." (An Nur : 26)

Ya kerana lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Adakah salah jika saya bersedia dan berusaha agar apa yang akan saya dapati pada masa hadapan itu adalah yang terbaik buat saya . Sebagai yang berfikiran waras kita seharusnya ingin yang terbaik untuk kita . Jadi bermulalah sekarang marilah kita menjadi yang terbaik agar mendapatkan yang terbaik dan jadilah kita orang yang bersyukur diatas rezeki kita, mudah-mudahan Allah menambah rezeki untuk kita.

9 comments:

  1. jika xmampu jadi yang terbaik, cukuplah kita lakukan yg terbaik..

    ReplyDelete
  2. kalau dah usaha setinggi gunung, tapi kita tak dapat, bersyukurlah,paling tidak, apa yang diharap tu dapat jugak..sudah tertulis sebanyak tu je rezeki kita masa tu. mungkin lain kali rezeki kita lebih banyak..insyaallah.

    ReplyDelete
  3. ya2 terima kasih sumer.moga kita mendapat pengjaran dalam setiap apa yang kita lakukan..moga allah sentiasa bagi kita apa yang terbaik dalam kehidupan ini

    ReplyDelete
  4. mungkin Allah beri kita keputusan yg sederhana kerana Allah mengumpulkan smua kebahagiaan dan kejayaan yg lebih besar untuk kite pd masa hadapan ....jd jgn bersedih......DIA hanya mnujukkan kdp kita, yg kejayaan yg sedikit bukan lah untuk seseorang spt kita, kita layak mndpt lebih sbg ganjaran kpd makhluknya yg tabah dan tidak penat berusaha untuk mnjadi hamba-NYA yg terbaik...renung2kan dan slamat beramal!! -.-"

    ReplyDelete
  5. ye ammar, aku stuju. mule2 pn aku rasa mcm xbsyukur lagi dpt stret sbb aku bndingkn dgn orang lebih atas. tapi ammar, aku rasa kau silap taip kot, rasanya laa.
    Kenapa? Kerana jika kita bandingkan dengan orang yang lebih rendah dari kita, kita akan menjadi orang yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat Allah.
    bukan ke patut kita akan jadi orang yg bersykur kalau kita bndingkan dgn org yg rndah dari kita ?

    ReplyDelete
  6. ya2 shima aq silap taip(haha nasib baik ko perasan) thx^^

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...tq mar ...syukur sgt lpas bce post amar nie bru bie sdar slah slap dri bie..ptut nyew bie b'syukut dgn result ai2 laupun xley straight a..ad hikmah d'sbliknyew..nway c0ngrte mar dpt straight a ai2...

    ReplyDelete
  8. sama2 xpa rezeki kita masih banyak diluar sana.segalanya kerana Dia ..yang penting yang dpt baik rslt jgn over sgt sbb nanti boleh jadi ujub dan kalau dpt rendah jgn hilang harapan pada Dia kerana Dia sudah menentukan sebaiknya

    ReplyDelete

Jika ada kekurangan dalam penulisan ini sila tinggalkan pesanan disini :)