Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Tuesday, May 03, 2011

5 Bulan?? Apa Telahku Lakukan

Assalamualaikum. Pertama sekali inginku mengucapkan satu kalimah Alhamdulillah. Sesungguhnya Dia masih lagi memberiku kesempatan untuk hidup di atas bumiNya walaupun diri ini sentiasa terasa kurang dalam mengingatiNya. Namun aku tetap syukur kerana Maha Pemurahnya kepada hambanya. Walaupun kita kurang mengitatinya dan sentiasa lalai hidup di dunia yang sementara ini, namun Dia masih menyanngi hambanya dengan memberi pelbagai nikmat. Sebagai Islam sudah tentu nikmat terbesar kita adalah iman dan Islam.

Semenjak SPM tamat 5 bulan yang lalu aku telah banyak mempelajari sesuatu yang bermakna yang mungkin aku sendiri tidak sedar dimana datangnya segala perkara tersebut. Mungkinkah melalui pengalaman yang aku tempuh beberapa bulan ini? Namun segala pengalaman yang aku dapat itu sedikit mematangkan pemikiran aku .

Selain itu, walaupun aku tidak bekerja (pengangur berjaya lah katakan) namun semenjak beberapa minggu ini aku dapat mengenali sesuatu tentang diri aku. Baru aku sedar, yang aku adalah seseorang yang gemar mendengar masalah orang lain (kawan lah) yer mana taknya semenjak beberapa minggu ini ramai yang menceritakan masalah mereka kepada aku. Tetapi bagi aku sendiri , perkara sebegini telah membuatkan gembira. Ya bagi aku mendengar masalah orang lain memang best. Kerana bagi aku apabila kita mendengar masalah orang lain kita dapat mengenali peribadi seseorang itu. Walaupun kadang-kadang aku sendiri mempunyai masalah namun alhamdulillah setakat ini  ketenangan membuatkan fikiranku menjadi waras untuk
berfikir dalam menyelesaikan masalah tersebut. Setelah mendengar masalah mereka aku juga gemar untuk menolong mereka. Kenapa ingin aku menolong mereka walhal biasanya aku sendiri mempunyai masalah? Aku ingin menasihati mereka kerana bagi aku mungkin pada waktu lain aku mempunyai masalah yang sama dan aku sudah tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Sunday, May 01, 2011

1 Mei

Bila hati menjadi gusar...tatkala itu syaitan mula datang dari segenap pelusuk untuk cuba mengawal hati yang gusar...ya ALLAH tutuplah lubang-lubang yang terbuka dihati ini.....
Friday, April 29, 2011

UTP Oh UTP

Pada minggu lepas aku dan syafiq telah ke perak untuk menghadiri iv UTP. Oleh kerana syafiq punya iv 25.4 dan aku 26.4 , kami pergi awal sehari iaitu 24.4 dan merancang untuk pulang 27.4 pada waktu 8 pagi. Pada hari 24.4 iaitu hari ahad kami ke perak menaiki Bas Shamisha Holiday. Seperti biasalah bila didalam bas aku memang tak boleh tidur. Mana taknya sudah lama aku tak pergi ke utara. Dulu selalu pergi kerana kampung arwah abi aku kat sana dan aku pergi ke Perak  ni adalah buat kali kedua. Memang aku tak boleh tidur. Adalah aku tidur dalam dua minit semasa bas melalui kawasan Tasik Banding.
Setelah bas itu menuju ke Ipoh mata aku melilau melihat kawasan sekeliling untuk aku melihat kawasan sekitar dan mengingati jalan2 untuk ke Perak. Dari Gerik (kali pertama kot tengok banda Gerik) kami terus ke Kuala Kangsar. Akhirnya aku sempat jugak melihat sekolah cikgu aku iaitu Cg Rozazat iaitu Sekolah Clifford. Cg aku selalu cerita yang dia sangat kagum bila melihat pelajar MCKK. Dari Kuala Kangsar kami terus ke Ipoh. Wah kali pertama aku tengok bandar Ipoh. Tetapi yang amat menyedihkan pada hari itu banjir kilat di Ipoh ha9. Dan hujan memang amat lebat. Agak lama jugaklah bas berhenti di Stesen Medan Gopeng. Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke Lumut dan akhirnya bas itu berhenti didepan UTP dan setelah 8jam aku berada didalam bas. Akhirnya aku dapat tengok UTP. Oleh kerana menunggu Adib (kawan di utp) datang ambik aku lepak diatas jejantas .Lama lah jugak buat donno camtu. Dalam 30 min kawan aku, Arif yang turut sama iv datang ambik aku dengan kereta sepupu dia Mimi. Arif dan kawan sekampung dia Hafiz datang dan mereka ambik aku dan syafiq .

Aku terus ke V6 tmpat tinggal adib kat UTP. Wah memang letih setelah berehat seketika didalam bilik Adib dan aiman kami terus pergi makan di V5. Jauh lah kafe V5 dalam 20 min jalan kaki. Adib Aiman dan Paid menunjukkan kami kawasan di sekitar UTP. Setelah makan kami terus ke Pocket D sebab kat sana ada surau dan kami solat maghrib. Arif dan kawan dia plak sesatt dalam misi mereka mencari kami. Setelah jumpa mereka kami terus balik ke bilik Adib untuk tido kerana syafiq hafiz dan arif ada iv.

Iv mereka pada sesi petang. Oleh itu setelah ucapan oleh NC UTP kami berserta sorang lagi kawan arif Amirul lepak di sekitar chanselor hall. Bila pergi ke blok iv oleh kerana sesipetang kami makan2 dulu makanan tengahri yang disediakan pihak U. Sedang mereka iv aku pergi lah berjalan2 disekitar UTP dan setelah mereka siap iv kami pergi makan malam di V5. Kami terpaksa cepat kerana arif hafiz dan amirul sudah  nak balik Kt malam tu.






Esoknya aku pulak iv. nasib baik semuanya berjalan lancar. Dan pada malam last di UTP aku dan syafiq belanja geng2 kami di UTP makan. Dan malam tu kami makan sambil tengok bola Kel VS Sel. Dan setelah itu Aiman mengajak kami untuk berjalan kaki dan melihat semua kawasan di UTP. Keesokkannya utk balik ke KB tiket aku dan Syafiq pada kul 8 pg tetapi bas rosak dan kami perlu menungguh hampir 13 jam. Sangat lah boring menunggu bas di Bandar U. Nak pergi ipoh tak tahu cara. Tetapi bersyukur juga kerana malam tu kami naik bas VVIP huhu sangat best!!....