Assalamualaikum. Pertama sekali inginku mengucapkan satu kalimah Alhamdulillah. Sesungguhnya Dia masih lagi memberiku kesempatan untuk hidup di atas bumiNya walaupun diri ini sentiasa terasa kurang dalam mengingatiNya. Namun aku tetap syukur kerana Maha Pemurahnya kepada hambanya. Walaupun kita kurang mengitatinya dan sentiasa lalai hidup di dunia yang sementara ini, namun Dia masih menyanngi hambanya dengan memberi pelbagai nikmat. Sebagai Islam sudah tentu nikmat terbesar kita adalah iman dan Islam.
Semenjak SPM tamat 5 bulan yang lalu aku telah banyak mempelajari sesuatu yang bermakna yang mungkin aku sendiri tidak sedar dimana datangnya segala perkara tersebut. Mungkinkah melalui pengalaman yang aku tempuh beberapa bulan ini? Namun segala pengalaman yang aku dapat itu sedikit mematangkan pemikiran aku .
Selain itu, walaupun aku tidak bekerja (pengangur berjaya lah katakan) namun semenjak beberapa minggu ini aku dapat mengenali sesuatu tentang diri aku. Baru aku sedar, yang aku adalah seseorang yang gemar mendengar masalah orang lain (kawan lah) yer mana taknya semenjak beberapa minggu ini ramai yang menceritakan masalah mereka kepada aku. Tetapi bagi aku sendiri , perkara sebegini telah membuatkan gembira. Ya bagi aku mendengar masalah orang lain memang best. Kerana bagi aku apabila kita mendengar masalah orang lain kita dapat mengenali peribadi seseorang itu. Walaupun kadang-kadang aku sendiri mempunyai masalah namun alhamdulillah setakat ini ketenangan membuatkan fikiranku menjadi waras untuk
berfikir dalam menyelesaikan masalah tersebut. Setelah mendengar masalah mereka aku juga gemar untuk menolong mereka. Kenapa ingin aku menolong mereka walhal biasanya aku sendiri mempunyai masalah? Aku ingin menasihati mereka kerana bagi aku mungkin pada waktu lain aku mempunyai masalah yang sama dan aku sudah tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.

0 comments:
Post a Comment
Jika ada kekurangan dalam penulisan ini sila tinggalkan pesanan disini :)