Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Saturday, May 21, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum. Sudah lama agaknya tidak mengepos. Hari ni alhamdulillah saya mendapat sesuatu dari ummi sy. Syukur walaupun sy merasakan bnda itu tidak  pnting buat sy namun dia ttp bg walaupun kegawatan ekonomi berlaku. Namun alhamdulillah untuk segalanya ya Allah
Sunday, May 08, 2011

Sahabat Lama

Assalamualaikum.. Cerita saya pada hari ini adalah berkenaan dengan perkara yang telah saya lakukan semalam. Setelah sekian lama berpisah, akhirnya pada hari jumaar, iaitu kelmarin saya mendapat kunjungan daripada sahabat lama saya Alif dan Syamim. Memang sudah lama tidak bertemu mereka. Mana taknya masing2 membawa haluan masing semasa di tingkatan 4. Mereka datang ke rumah saya untuk menginap selama dua hari. Pada petang jumaat tersebut saya membawa berjalan2 di PCB. Memang ramai orang di PCB ketika itu. Namun apa lah yang membuatkan PCB begitu terkenal..hurm.. Namun setelah itu agak lewat juga kami balik kerumah.

Tujuan mereka datang sebenarnya untuk pergi ke kampung saya Kg Pulau Suri. Kami pergi ke kampung saya keesokkannya pada pukul 2 petang. Setelah sampai kami mengambil keputusan untuk relax2 sambil tengok Dilwale Dulhaniya Le jaynge. Setelah itu oleh kerana sepupu saya terpaksa pergi bermain bola kami pergi jalan mengelilingi kampung.




Keesokkannya kami (hari ini) sekali lagi pergi berjalan2 mengelilingi kampung. Nasib rakan saya memang malang kerana mereka tidak mempunyai peluang untuk berjalan2 di pantai di pulau tersebut huhu. Bagaimana pun terima kasih buat Alif dan Syamin kerana datang melawat.
Friday, May 06, 2011

Ada Hikmahnya



Assalamualaikum. Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah. Walaupun memang lah pada mulanya setelah mengetahui keputusa UPU saya agak sedih, namun saya sedar mungkin itu yang terbaik. InsyaALLAH saya amat sangat berharap ada lagi yang terbaik buat saya selepas ini. Selain itu, tahniah lah buat rakan-rakan seperjuangan. Ayuh sahabat tinggalkan segala kesenangan ayuh kembali berjuang....

Selain itu, memang pada mulanya setelah dapat mengetahui keputusan tersebut saya memang agak sedeh kerana saya amat mengharapkan agar saya dapat melanjutkan pengajian di UTM. Setelah hati ini reda dari keresahan, saya mula sedar bahawa saya tidak perlu sedih tetapi saya perlu melafazkan satu kata-kata hikmah Alhamdulillah. Memang saya dapat merasai bagaimana perasaan apabila tidak mencapai apa yang kita impikan namun


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Surah Al-Baqarah Ayat 216

 Alhamdulillah hati saya makin bersemangat setelah memahami kalimah tersebut. Cukup bersemangat. Selain itu ada juga hikmahnya saya menjadi motivator sewaktu cuti. Bait perkataan yang telah saya ceritakan kepada rakan saya untuk memberi semangat kepada rakan saya terngiang didalam minda saya. Dan itu juga menjadi penguat untuk saya menerima takdir saya dan keluarga juga memainkan peranan dalam membantu saya menerima nasib saya. Alhamdulillah.

Namun begitu saya masih lagi menunggu keputusan biasiswa JPA dan keputusan kemasukkan ke UTP. Apa yang saya harapkan Allah akan memberi khabar gembira buat saya dimana insyaALLAH jika Dia izinkan insyaALLAH saya akan memperolehi biasiswa JPA dan tawaran ke UTP. InsyaALLAH....