Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Sunday, May 08, 2011

Sahabat Lama

Assalamualaikum.. Cerita saya pada hari ini adalah berkenaan dengan perkara yang telah saya lakukan semalam. Setelah sekian lama berpisah, akhirnya pada hari jumaar, iaitu kelmarin saya mendapat kunjungan daripada sahabat lama saya Alif dan Syamim. Memang sudah lama tidak bertemu mereka. Mana taknya masing2 membawa haluan masing semasa di tingkatan 4. Mereka datang ke rumah saya untuk menginap selama dua hari. Pada petang jumaat tersebut saya membawa berjalan2 di PCB. Memang ramai orang di PCB ketika itu. Namun apa lah yang membuatkan PCB begitu terkenal..hurm.. Namun setelah itu agak lewat juga kami balik kerumah.

Tujuan mereka datang sebenarnya untuk pergi ke kampung saya Kg Pulau Suri. Kami pergi ke kampung saya keesokkannya pada pukul 2 petang. Setelah sampai kami mengambil keputusan untuk relax2 sambil tengok Dilwale Dulhaniya Le jaynge. Setelah itu oleh kerana sepupu saya terpaksa pergi bermain bola kami pergi jalan mengelilingi kampung.




Keesokkannya kami (hari ini) sekali lagi pergi berjalan2 mengelilingi kampung. Nasib rakan saya memang malang kerana mereka tidak mempunyai peluang untuk berjalan2 di pantai di pulau tersebut huhu. Bagaimana pun terima kasih buat Alif dan Syamin kerana datang melawat.

1 comments:

Jika ada kekurangan dalam penulisan ini sila tinggalkan pesanan disini :)