Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Monday, January 24, 2011

Kesabaran Mengajar Erti Kehidupan






Baru2 ni sy telah pulang ke kampung. Dan sy berpeluang untuk mengikuti bapa sy kelaut.
Baru2 ini baru saya sedar bahawa pekerjaan sebagai nelayan tidaklah semudah yang disangka.
Semasa menjadi nelayan baru sy sedari bahawa kejidupan sebagai nelayan amatlah memerlukan kesabaran. Mana taknya hasilnya tidak menentu kadang2 banyak kadang2 sedikit. Disinilah kesabaran itu perlu sebagai nelayan. Bagi yang biasa yang hidup dalam kemewahan kebiasaanya jika mereka mengalami pengalaman seperti yang saya alami mereka mesti akan merungut.
Berada di lautan luas itu banyak dugaannya, mereka perlu mengharungi ombak yang kadang2 tidak menentu keadaanya. Nasib baik semasa sy pergi kelaut untuk yang kedua kali itu tidak ada ombak yang besar. Jadi pengajaran yang ingin saya ceritakan disini ialah kita seharusnya byk2 bersyukur kepada Allah trhadap apa yang diberikan Nya kepada kita. Jangan lah kita merungut tentang apa yang kita dapat kerana rezeki Allah itu luas. Mgkin hari ni rezeki kita kurang tapi kita tidak tahu rezeki kita pada hari2 yang mendatang.

Selain itu jadilah kita orang2 yang sentiasa melihat kepada kebesaran Allah dan bukannya orang yang ada hati tapi mengingkari ayat2 Allah . Diri ini masih lagi terasa kurang pengetahuan tapi sekadar berkongsi agar kita semua mendapat manfaat sesama kita dalam kita membina dirir kita kearah yang lebih baik untuk menghadapi hari2 yang mendatang.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."( Al A'raf 179 )

2 comments:

Jika ada kekurangan dalam penulisan ini sila tinggalkan pesanan disini :)