Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Sunday, September 04, 2011

Naik Atau Turun ??

 
Assalamualaikum...
Naik dan turun? Apa tu? Mungkin terdapat pembaca yang tertanya-tanya apakah yang ingin saya kongsi pada perkongisian saya pada hari ini. Sebenarnya kali ini saya ingin kongsikan tentang pasang surutnya kehidupan kita .Ya!! Kehidupan saya, kehidupan anda, dan kehidupan seluruh manusia di atas muka bumi ALLAH ini. Jangan ingat laut juga mempunyai pasang surutnya, namun kita harus ingat bahawa kehidupan kita juga ada pasang surutnya. Hatta iman kita pun ada pasang surutnya. Namun bicara saya pada hari ini, saya ingin mengutarakan tentang pasang surut dalam kehidupan kita.

Sebelum saya mencoret lebih jauh perkongsian saya pada kali ini, saya ingin sekali bertanya kepada semua pembaca, apakah anda fikir hidup anda sentiasa berada berada dipuncak? Apakah anda fikir hidup anda tiada langsung perasaan bahawa anda seorang yang gagal?? Sudah tentu tiada bukan. Setiap manusia dibumi ini pasti akan melalui hidup dikala waktu senang dan juga waktu yang amat perit untuk ditempuhi. Seakan dihati mereka ditikam berkali-kali. Pedih, sangat pedih. Saya juga seorang manusia dan saya juga tidak boleh lari dengan perasaan tersebut.

Dalam hidup kita ada kalanya kita ketawa dan adakalanya kita menangis. Mungkin minda kita berputar mencari jawapan bahawa kenapa hidup ini ada naik dan ada turunnya. Pertama sekali yang ingin saya kemukakan disini ialah, kita harus sedar siapakah yang mengaturkan kehidupan kita, siapakah yang mencipta hari-hari yang kita lalui dan yang paling penting ialah siapakah Yang Maha Berkuasa atas segala yang berlaku kepada kita? Siapa? Siapa lagi jika bukan Khaliq kita, ALLAH ,Raja segala Raja, Penguasa segala Penguasa, Pencipta segala Pencipta dan tiadalah yang memiliki sesuatu selain Dia. Dialah yang menciptakan perasaan gembira, sedih, suka, duka, pahit, manis  dan banyak lagi perasaan yang mewarnai kehidupan manusia.

Namun, kenapa ALLAH menciptakan perasaan ini? Mengapa? Jawapannya adalah untuk menguji kita. Sekiranya kita gembira, contohnya kita mendapat sesuatu nikmat daripadanya, sesungguhnya kita harus sedar bahawa ALLAH sedang menguji kita. ALLAH ingin lihat samada kita bersyukur ataupun tidak. Sekiranya kita bersyukur, sesungguhnya kita amat hebat, sangat hebat. Namun, jika kita  tidak bersyukur sesungguhnya sedarlah kita bahawa kita adalah orang yang sangat rugi, teramat rugi. Selain itu, jika kita sedih dek kerana sesuatu musibah , sedarlah bahawa ALLAH juga sedang menguji kita. ALLAH ingin melihat apakah usaha kita, apakah yang kita lakukan untuk menghadapi dugaan tersebut. 

Janganlah kita menjadi seseorang yang dipengaruhi dengan perasaan suka, gembira ketika kita mendapat nikmat dan jangan pula kita menjadi seseorang insan yang dikawal emosi secara berlebihan dengan perasaan amarah,sedih dan kecewa ketika kita mendapat musibah ataupun dugaan daripada ALLAH, sebaliknya dalam kita menyeimbangkan atau mengawal kehidupan kita yang ada pasang surutnya ini, kita perlulah hidup secara bersederhana. Kerana apa?? Bila kita mendapat nikmat, kita akan sentiasa bersyukur dan apabila kita mendapat dugaan setelah itu, kita tidak akan menjadi seseorang yang dipengaruhi emosi yang menyebabkan kita tidak boleh menerima dengana baik takdir  yang direncanakan ALLAH. Bila kita hidup secara bersederhana, nikmat yang kita peroleh akan kita bersyukur dan kita akan sedar bahawa itu adalah ujian dari ALLAH dan bila kita mendapat musibah, kita akan lebih sedar bahawa ALLAH sedang menguji kita  dan kita akan tenang menghadapi musibah tersebut.InsyaALLAH
Akhir bicara cuba anda semua renungkan kata-kata yang saya ambil dari laman blog rakan saya.  :)


HIDUP INI ADA TURUN DAN NAIK 
SEBAIK-BAIKNYA HIDUP SECARA BERSEDERHANA .



*tq kpd rakan saya, kerana saya mendapat buah fikiran untuk menulis pada hari ini hasil daripada coretan hati beliau didalam blog  beliau.Namun harus diingatkan buah fikiran itu dtg drpd ALLAH namun Dia memberi idea itu melalui rakan saya. :)

4 comments:

Jika ada kekurangan dalam penulisan ini sila tinggalkan pesanan disini :)