Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Sunday, September 25, 2011

Ibrah Dalam Pengembaraan

Assalamualaikum w.b.t..

Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana telah mempermudahkan urusan saya dan sahabat-sahabat saya pada hari ini. Sebenarnya saya baru sahaja pulang dari sebuah pengembaraan. Mungkin pengembaraan ini tidak sehebat pengembaraan-pengembaraan yang pernah saya alami dulu, namun bagi saya pengembaraan ini banyak memberi pengajaran kepada saya.

Sebenarnya saya baru sahaja pulang dari mengahantar sahabat saya Fitri Azizi di KLIA. Dia telah mendapat peluang untuk belajar di Moscow, Russia. Tujuan asal  saya menulis pada 'post' kali ini adalah untuk berkongsi beberapa pengajaran/ibrah yang dapat saya perolehi semasa dalam perjalan ke KLIA.

Sangat Indah Jika Hidup Kita Mempunyai Rakan.

Ya memang sangat indah. Jika saya berada diposisi sahabat saya, sudah tentu hati ini melompat dengan penuh rasa gembira. Mana tidaknya, bila teman-teman seperjuangan sanggup datang walaupun jauh berbatu-batu semata-mata untuk mengucapkan salam terakhir sebelum meninggalkan bumi Malaysia yang permai ini. Ya itulah yang dinamakan rakan atau lebih tepat lagi jika saya katakan SAHABAT. Jika bukan kerana kasih sayang yang terjalin atas dasar persahabatan, mana mungkin kami sanggup melakukan perkara sedemikian. Mana mungkin kami sanggup konvoi beramai-ramai untuk mengucapkan salam terakhir kepada dia. Memang amat malap jika hidup kita tidak diserikan dengan kehadiran seorang SAHABAT. Sangat susah untuk kita mencari kawan yang mampu menangis jika kita didalam kesedihan dan sangatlah senang untuk kita mencari kawan yang meninggalkan ketika kita sedang menghadapi dugaan.

360`

Mungkin ada yang bertanya apa yang saya maksudkan dengan 360`. Apa yang saya ingin maksudkan disini ialah manusia memang mudah berubah bila mereka meningkat usia. Ya mungkin orang kita kenali dulu lain dan bila kita bertemu dengan orang itu mungkin mereka berubah sehingga diluar batasan fikiran kita. Ya mungkin berubah dari segi pemakaian, mungkin dari yang baik ke buruk dan mungkin dari yang buruk ke lebih baik dan banyak lagi sebenarnya contoh perubahan yang lain. Kita mungkin menjangka mereka akan berubah seperti itu. Namun kita tidak tahu hati manusia. Kadangkala mereka mungkin akan tersasar untuk seketika dan bila mereka sedar mereka akan mula melakar langkah untuk meninggalkan perkara buruk dan menuju kearah yang lebih baik.


Bila Kita Bersatu Kita Kuat.

Ya itulah yang dapat saya lihat pada waktu ini. Saya amat bersyukur kerana saya dan sahabat-sahabat saya masih lagi utuh persahabatannya sebagaimana waktu dulu walaupun kami berjauhan. Itu jelas membuktikan memang kesatuan amat penting dalam persahabatan. Ada juga orang yang meninggalkan sahabat lama setelah mereka berjumpa  dengan rakan yang. TIDAK!! Kita jang jadi orang yang seperti ini. Sepatutnya yang lama kita kuatkan dan yang baru kita erat-eratkan. Sangat indah bila kita bersahabat dan kita dapat bersahabat sepangjang usia. Tidak gitu??

Itu saja perkongsian saya pada kali ini. Moga moga jika ada tersalah bicara harap dimaafi diri ini :)



0 comments:

Post a Comment

Jika ada kekurangan dalam penulisan ini sila tinggalkan pesanan disini :)