Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Thursday, February 24, 2011

Jom Kita Cuci !


Assalamualaikum.

Pada hari ini aku sekali lagi mendapat dugaan. Sungguh malang sekali untuk aku kerana gagal menghadapi dugaan tersebut. Aku begitu sedih kerana aku gagal dalam mengahadapi dugaan tersebut. Mungkin ini disebabkan oleh hati aku yang mungkin dicemari titik hitam oleh hasutan syaitan . Ya kita ini manusia sesekali kita akan tersungkur dalam menempuhi dugaan hidup ini.

"Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya" (Al-Shams : 9-10)

Alhamdulillah Allah masih lagi beri kesempatan kepada aku untuk berfikir dengan waras dengan menggunakan nikmat akal yang diberikan olehnya. Dengan menggunaka teknologi SMS aku telah bertanya kepada rakan2 aku yang aku rasa boleh membantu aku mencari jawapan tentang cara untuk kita menyucikan hati kita dalam kembali semula kepada fitrahNya. 
Beginilah sms daripada aku dan aku akan tulis org yang telah reply sms tu mengikut waktunya:
aku: Assalamualaikum msg ni dihntar kpd rkn2 sy yg yakin dapat mmberi rply pstve...pd cr pndpt rkn2 bgimna cr utk membersihkan hati kt stlah mlkukan byk dosa...lau bleh rply2 lar. mekasih.

  Alhamdulillah maklumbalasnya aku terima dan yang sms2 tertera dibawah ni aku tidak ubah pun walau .

Farah Diana (4.04 pm) : Salam.pbyakkan solat sunat taubt..bc quran slalu,.dlm msa y sma, cba mpbaiki klemahan dri..

Saleha (4.06 pm) : Smyg dgn lebih ikhlas n mntk dhpuskn dosa..cba utk biasa kn dgn solat tahajud..klu bley jgn tnggl p0m..then, akn dpt rasa kn sesuatu yg menenangkn yg x tau nk terngkn mcm mne mlainkn anda mraseknnya smdiri..slamt mncuba..
Mat Yo (4.07 pm) :1)brtaubt kpd Allah s.w.t 2) sntiasa brd0a dan berzikir dgn hati yg ikhls...3)tidak mngulngi d0sa yg dilkukn..4) sntiasa mlkukan prkra2 baik..5)s0lat 5 wktu dan mngamalkn ibdat sunat..as salam

Shima (4.09 pm) :Wslm. Kalau aku, aku bce Quran kot.

Fahmi (4.13 pm) :Wsslm, lau aq ar mar. Lau aq rase resah ke, rasa mcm trbebn sngt ar. Selaluny aq akn wk qiamullai. Sembnyg s0lat sunat tahajjud, s0lat sunat taubat, n s0lat hjat. 2cra aq. Try ar lu mar. Mungkin dngn cra nie leh menengkn atymu i2.

Roy (4.21 pm) : tdknamanye mnsia klu xda dosa..kcuali pra rasul yg tlh dimaksumknNYA..Krn manusia brdosalh, pin2 taubat sntiasa trbuka..tgs kita, masuklh ke sana!!

Amin (4.26 pm) : Salam.maaflah ammar, ilmu masih kurg kalu nk membntu.. Cdgn aku, baca alquran, solat sunat taubat, zikir..

Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )

Alhamdulillah saya amat besyukur kerana mendapat balasan dari anda sekalian dan insyaALLAH saya akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan apa yang dirply oleh anda semua. Saya berharap entri ini bukan sahaja berguna buat saya namun saya juga berharap agar para pembaca juga dapat mengambil  manfaat dari pada perkara diatas insyaALLAH moga kita dapat keredhaan daripadaNya.

Berdoalah



Assalamualaikum  . Beberapa hari ni ramailah pelajar SPM 2010 berdebar kerana sedang menunggu keputusan merreka . Bagaimana agaknya keputusan masing2. Apa2 pun hari ni bukanlah ingin bercerita tentang perkara berkenaan tetapi pada hari ini ada yang ingin berkongsi dengan para pembaca semua. 

 Saya amat tertarik dalam lirik lagu Maher Zain iaitu InsyaALLAH . Didalam lirik iktu ada part yang betul menarik hati saya iaitu 'Turn to Allah, His never far away, put ur trust to Him raise ur hand and pray .' Kita sebagai umat Islam seharusnya memperbanyakkan doa kita . Sebagaimana yang kita tahu doa merupakan perhubungan kita dengan Allah. Selain itu, kita juga sering dengar melalui ceramah2 agama bahawa doa itu merupakan senjata bagi orang mukmin.

Sesungguhnya Allah pun menyuruh kita agar selalu berdoa kepadaNya sebagai mana dalam firmaNya dalam Surah Al Ghafir :

“Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu…”
(Surah al-Ghafir, ayat 60)


Kembali kepada lirik tadi sesungguhnya jika telah banyak melakukan kesilapan sesungguhnya berdoalah kepadaNya kerana Allah itu Maha Mendengar .Dia pasti mendengar dan akan terus mendengar segala luahan kita. Sebenarnya dengan berdoa ini adalah menunjukkan perhambaan kita kepada Allah. Ini kerana Allah telah mengetahui segalanya kerana Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Halus . Dia telah mengetahu segalanya walaupun kita belum menceritakan masalah kita. Selain itu , mengikut bacaan saya doa menunjukkan perhambaan kerana dengan beroa kita menceritakan masalah kita kepada Allah ini bermakna kita sedang mengharapkan Allah iaitu pencipta kita agar mendengar luahan kita dan kita akan merasa diri kita kerdil kerana kita meminta agar Allah membantu kita menyelasaikan masalah kita. 

Namun ada yang sering berputus asa untuk berdoa kerana doanya tidak dimakbulkan.
Mengikut satu riwayat (sila betulkan jika salah) menyatakan bahawa 'Allah berpesan kepada malaikat Jibril bahawa jangan kamu makbulkan lagi doa hambaKu itu kerana Aku amat cinta mendengar suara orang yang berdoa kepada Aku.'

Oleh itu janganlah kita berputus asa dalam berdoa sekiranya kita mempunyai masalah kerana Allah itu sentiasa mendengar . Jika Dia tidak mengabulkan doa kita mungkin ada perhitungan yang lagi baik yang ingin diberikan kepada kita. Yang penting kita haruslah yakin kepadaNya janganlah pula kita menyatakan bahawa Allah menzalimi kita kerana bukannya Allah yang menzalimi kita tetapi kita sendiri yang menzalimi diri kita.

"(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya." al anfal : ayat 51

Moga2 article ni dapat memberi manfaat kepada kita semua dan berdoalah selalu  . Banyak lagi yang ingin dikongsi sebenarnya namun mungkin dilain hari pula .







Tuesday, February 22, 2011

Ujian ???


Assalamualaikum. Alhamdulillah ahha hari ni baru dapat tulis post baru .Huh nak buat camner sibuk lar sekarang nih .Namun di kesempatan yang ada ni apat lar berkongsi sesuatu untuk pembaca blog aku ni.

Apa yang aku ingin aku kongsi pada hari ini adalah berkenaan ujian yang melanda diri kita. Memang betul setiap hari kita mesti ada masalah. Sebenarnya masalah itu adalah salah satu ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita. Beberapa hari lagi mungkin keputusan peperiksaan SPM 2010 akan diumumkan dan menjadi debaran kepada semua calon2 SPM pada tahun tersebut termasuklah diri ini. Tahukan kita semua , pada pendapat aku kejayaan dan kegagalan adalah semuanya ujian daripada Allah.

Begini, sekiranya kita gagal dalam melakukan sesuatu perkara contohnya peperiksaan , kebanyakan orang mesti akan berkata kepada diri mereka 'ahhh bodohnya aku ni xam fail' , ' huh nak buat aper result camni nak jual nasi boleh lah ' . Mungkin ada yang berkata sedemikian termasuklah diriku ini . namun jarang sekali orang yang mendapat result rendah berkata macam ni ' Alhamdulillah sekurang-kurang nya ada jugak keputusuan xam ' dan macam ni ' Alhamdulillah mungkin result aku rendah namun aku tahu apa yang sebaiknya Allah rencanakan kepada aku ' .

Sekiranya ada orang yang berkata sedemikian maka dia itu adalah golongan2 orang yang meyakini takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya jika kita berfikir secara positif dengan kegagalan itu dapat mendidik kita untuk lebih dekat dengan Allah kerana sudah semestinya orang yang menghadapi kegagalan ini akan kembali kepada Allah untuk mengadu masalah dirinya (jika dia itu Islam ). Tapi ini adalah bagi orang yang sentiasa mengharap kepada Allah dan bagi orang yang yakin bahawa segala-galanya ditentukan ALLAH. Jika kita yakin segalanya ditentukan ALLAH kita juga mesti yakin kenapa ALLAH tidak memberikan kejayaan sebaliknya memberikan kegagalan. Kita harus yakin dengan rencana yang ditentukan olehNya kerana hanya dia yang tahu apa yang akan berlaku.

Seterusnya jika kita berjaya ALLAH juga menguji kita kerana jika kita berfikiran waras, ALLAH memberi kita kejayaan kerana ALLAH ingin melihat kita bersyukur atau tidak diatas kejayaan kita. Kebanyakan kita pada hari ini dimasa susah sahaja kita ingatkan ALLAH namun setelah kita mendapat kejayaan kita menjadi orang yang tidak mengenal tuhan . Kita bersikap takabbur dan lupa akan tuhan yang telah memberi kita kejayaan. Sebab itu kejayaan adalah ujian. Allah ingin menguji kita dan ingin melihat samada kita bersyukur atau tidak dan ingin melihat bagaimana kita setelah mendapat kejayaan .Oleh itu kita seharusnya setelah mendapat kejayaan kita akan lebih menjadi bertakwa dan pandai mengawal hati kita daripada riak dan takabbur.

Di akhir kata walaupun kita gagal atau berjaya kita seharusnya bersyukur dan menerima dengan hati terbuka segala rencanaNya kepada kita agar kita menjadi lebih bertakwa.

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” Surah Ibrahim : ayat 7

Aku pun sedang cuba menjadi orang yang lebih bersyukur walaupun aku pun masih tidak boleh menerima kegagalan dan sering menyalahkan diri. Namun begitu berpandukan firman Allah dibawah ini aku ingin berkongsi kepada pembaca blog aku agar kita semua mendapat manfaat darinya. Assalamualaikum.

"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman."Surah Az Zariat : Ayat 55