Assalamualaikum . Beberapa hari ni ramailah pelajar SPM 2010 berdebar kerana sedang menunggu keputusan merreka . Bagaimana agaknya keputusan masing2. Apa2 pun hari ni bukanlah ingin bercerita tentang perkara berkenaan tetapi pada hari ini ada yang ingin berkongsi dengan para pembaca semua.
Saya amat tertarik dalam lirik lagu Maher Zain iaitu InsyaALLAH . Didalam lirik iktu ada part yang betul menarik hati saya iaitu 'Turn to Allah, His never far away, put ur trust to Him raise ur hand and pray .' Kita sebagai umat Islam seharusnya memperbanyakkan doa kita . Sebagaimana yang kita tahu doa merupakan perhubungan kita dengan Allah. Selain itu, kita juga sering dengar melalui ceramah2 agama bahawa doa itu merupakan senjata bagi orang mukmin.
Sesungguhnya Allah pun menyuruh kita agar selalu berdoa kepadaNya sebagai mana dalam firmaNya dalam Surah Al Ghafir :
(Surah al-Ghafir, ayat 60)
Kembali kepada lirik tadi sesungguhnya jika telah banyak melakukan kesilapan sesungguhnya berdoalah kepadaNya kerana Allah itu Maha Mendengar .Dia pasti mendengar dan akan terus mendengar segala luahan kita. Sebenarnya dengan berdoa ini adalah menunjukkan perhambaan kita kepada Allah. Ini kerana Allah telah mengetahui segalanya kerana Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Halus . Dia telah mengetahu segalanya walaupun kita belum menceritakan masalah kita. Selain itu , mengikut bacaan saya doa menunjukkan perhambaan kerana dengan beroa kita menceritakan masalah kita kepada Allah ini bermakna kita sedang mengharapkan Allah iaitu pencipta kita agar mendengar luahan kita dan kita akan merasa diri kita kerdil kerana kita meminta agar Allah membantu kita menyelasaikan masalah kita.
Namun ada yang sering berputus asa untuk berdoa kerana doanya tidak dimakbulkan.
Mengikut satu riwayat (sila betulkan jika salah) menyatakan bahawa 'Allah berpesan kepada malaikat Jibril bahawa jangan kamu makbulkan lagi doa hambaKu itu kerana Aku amat cinta mendengar suara orang yang berdoa kepada Aku.'
Oleh itu janganlah kita berputus asa dalam berdoa sekiranya kita mempunyai masalah kerana Allah itu sentiasa mendengar . Jika Dia tidak mengabulkan doa kita mungkin ada perhitungan yang lagi baik yang ingin diberikan kepada kita. Yang penting kita haruslah yakin kepadaNya janganlah pula kita menyatakan bahawa Allah menzalimi kita kerana bukannya Allah yang menzalimi kita tetapi kita sendiri yang menzalimi diri kita.
"(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya." al anfal : ayat 51
Moga2 article ni dapat memberi manfaat kepada kita semua dan berdoalah selalu . Banyak lagi yang ingin dikongsi sebenarnya namun mungkin dilain hari pula .
0 comments:
Post a Comment
Jika ada kekurangan dalam penulisan ini sila tinggalkan pesanan disini :)