Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Tuesday, February 22, 2011

Ujian ???


Assalamualaikum. Alhamdulillah ahha hari ni baru dapat tulis post baru .Huh nak buat camner sibuk lar sekarang nih .Namun di kesempatan yang ada ni apat lar berkongsi sesuatu untuk pembaca blog aku ni.

Apa yang aku ingin aku kongsi pada hari ini adalah berkenaan ujian yang melanda diri kita. Memang betul setiap hari kita mesti ada masalah. Sebenarnya masalah itu adalah salah satu ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita. Beberapa hari lagi mungkin keputusan peperiksaan SPM 2010 akan diumumkan dan menjadi debaran kepada semua calon2 SPM pada tahun tersebut termasuklah diri ini. Tahukan kita semua , pada pendapat aku kejayaan dan kegagalan adalah semuanya ujian daripada Allah.

Begini, sekiranya kita gagal dalam melakukan sesuatu perkara contohnya peperiksaan , kebanyakan orang mesti akan berkata kepada diri mereka 'ahhh bodohnya aku ni xam fail' , ' huh nak buat aper result camni nak jual nasi boleh lah ' . Mungkin ada yang berkata sedemikian termasuklah diriku ini . namun jarang sekali orang yang mendapat result rendah berkata macam ni ' Alhamdulillah sekurang-kurang nya ada jugak keputusuan xam ' dan macam ni ' Alhamdulillah mungkin result aku rendah namun aku tahu apa yang sebaiknya Allah rencanakan kepada aku ' .

Sekiranya ada orang yang berkata sedemikian maka dia itu adalah golongan2 orang yang meyakini takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya jika kita berfikir secara positif dengan kegagalan itu dapat mendidik kita untuk lebih dekat dengan Allah kerana sudah semestinya orang yang menghadapi kegagalan ini akan kembali kepada Allah untuk mengadu masalah dirinya (jika dia itu Islam ). Tapi ini adalah bagi orang yang sentiasa mengharap kepada Allah dan bagi orang yang yakin bahawa segala-galanya ditentukan ALLAH. Jika kita yakin segalanya ditentukan ALLAH kita juga mesti yakin kenapa ALLAH tidak memberikan kejayaan sebaliknya memberikan kegagalan. Kita harus yakin dengan rencana yang ditentukan olehNya kerana hanya dia yang tahu apa yang akan berlaku.

Seterusnya jika kita berjaya ALLAH juga menguji kita kerana jika kita berfikiran waras, ALLAH memberi kita kejayaan kerana ALLAH ingin melihat kita bersyukur atau tidak diatas kejayaan kita. Kebanyakan kita pada hari ini dimasa susah sahaja kita ingatkan ALLAH namun setelah kita mendapat kejayaan kita menjadi orang yang tidak mengenal tuhan . Kita bersikap takabbur dan lupa akan tuhan yang telah memberi kita kejayaan. Sebab itu kejayaan adalah ujian. Allah ingin menguji kita dan ingin melihat samada kita bersyukur atau tidak dan ingin melihat bagaimana kita setelah mendapat kejayaan .Oleh itu kita seharusnya setelah mendapat kejayaan kita akan lebih menjadi bertakwa dan pandai mengawal hati kita daripada riak dan takabbur.

Di akhir kata walaupun kita gagal atau berjaya kita seharusnya bersyukur dan menerima dengan hati terbuka segala rencanaNya kepada kita agar kita menjadi lebih bertakwa.

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” Surah Ibrahim : ayat 7

Aku pun sedang cuba menjadi orang yang lebih bersyukur walaupun aku pun masih tidak boleh menerima kegagalan dan sering menyalahkan diri. Namun begitu berpandukan firman Allah dibawah ini aku ingin berkongsi kepada pembaca blog aku agar kita semua mendapat manfaat darinya. Assalamualaikum.

"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman."Surah Az Zariat : Ayat 55

0 comments:

Post a Comment

Jika ada kekurangan dalam penulisan ini sila tinggalkan pesanan disini :)