Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Wednesday, April 20, 2011

Tika Itu



Dan di ketika itu kita
Membina subur nur harapan
Terbina indah mimpiku

Terpatri sebuah ikatan
Hadapi segala rintangan
Indahnya sinar bercahaya

Dan di saat berbicara
Akan tekad yang di jiwa
Berpisah mengejar cita
Yang diimpi sekian lama

Kan ku abadi saat gemilang
Suka duka manisnya kenangan
Bersemadi di ingatan
Mogakan kekal sepanjang zaman

Hanya kuharapkan ketenangan
Melayari hidup sendirian
Dalam mengejar impian
Moga tertakdir rahmat di tuhan

Ku kan tetap bersama menuju impian di cita
Kepuncak kegemilangan yang tiada tara
Saat waktu kitakan pasti bersua akhirnya
Kita kan tetap bersama dalam mengejar cita 


Assalamualaikum. Pada hari ini sambil menunggu rakan aku Aizi, saya sekali lagi ingin berkongsi satu lagi lirik lagu daripada kumpulan yang dahulunya dipanggil UNIC dan kini UNIQUE iaitu Tika Itu. Sebagaimana yang diketahui ramai saya adalah pelajar lepasan SPM pada tahun 2010 dan sekarang tengah menunggu panggilan dari mana-mana universiti. Sesungguhnya lagu ini saya dedikasikan kepada semua rakan-rakan saya yang telah sama-sama berjuang dengan saya sejak dari Sekolah Kebangsaan Redang, S.K Penambang, SMK Kg Chengal dan SESTER. Sesungguhnya bila menghayati bait-bait lagu ini mengingatkan saya kepada mereka dan juga menyebabkan saya sebak mengingati memori bersama-sama sahabat ketika di alam persekolahan dulu.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Mungkin segelintir orang akan mengatakan. 'Apa tujuan kita berkawan??'. 'Huh kawan bila susah memang susah untuk dicari, bila senang ramai yang datang.' Sebenarnya sewaktu mula-mula di SESTER dulu saya juga kerap berfikiran sedemikian. Sehingga saya juga pernah merasakan saya tiada kawan di SESTER. Sebenarnya mungkin juga saya berfikiran kurang matang sebenarnya. Sebenarnya kawan atau saya gelarkan mereka sahabat adalah ramai disekeliling saya. Ya mungkin bila dikatakan 'dia tu time aku susah lari dari aku dan bila aku senang dekat plak dengan aku'. Tetapi apa yang ingin saya utarakan disini, adakah kita ini sendiri bila rakan kita memerlukan bantuan adakah kita menolong dia dengan seikhlas mungkin? Mesti tidak juga bukan. Ya disitulah masalahnya sahabat sekalian. Hidup di dunia ini ada hukumnya sendiri. Adakah kita mengharapkan sahabat kita berbuat baik kepada kita sedangkan kita sendiri tidak menjadi kawan yang baik kepada sahabat kita.

Hidup ini penuh dengan keadilan sahabatku. Jika kita berbuat kejahatan kepada seseorang sebagai contoh, kita lihatlah pada suatu hari nanti mesti ada juga orang yang berbuat sedemikian kepada kita. Jangan kita terlalu ego dengan tidak menerima kenyataan ini kerana setiap kelakuan itu diperhatikan oleh Allah kerana dia Maha Melihat. Sesungguhnya balasan itu juga dari Dia tetapi ianya dilakukan oleh manusia kepada kita.Jadi berbalik kepada cerita kita tadi, dalam hidup ini kita memerlukan ramai rakan, kerana banyak faedahnya kepada kita. Tetapi kita seharusnya mengelakkan diri kita daripada berkawan dengan orang yang boleh merosakkan kita. Saya tidak menyatakan tidak boleh tetapi elakkan. Ya jika contohnya kita berkawan dengan seorang penagih. Kita mungkin akan terjebak dengan kegiatan yang mereka lakukan. Kita boleh berkawan dengan mereka jika kita boleh mengawal diri kita dari terjebak dalam kegiatan mereka. Bagaimana? Dengan iman. Untuk berkawan dengan golongan-golongan ini kita harus persiapkan iman kita. Kerana dengan iman kita akan dapat melakukan sesuatu perkara dengan mengikut syariat Nya. Tetapi yang sebaiknya  adalah mengelakkan dari berkawan dengan golongan yang boleh membawa kita kepada keburukan kerana ia sebagai persediaan buat kita kerana ada hadis yang menyatakan.

"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)

Konklusinya disini, bagi sesiapa yang merasakan bahawa tiada gunanya berkawan dan lebih selesa hidup berseorangan. Bagi pendapat saya anda amat kerugian kerana anda sudah hilang satu nikmat dalam hidup anda iaitu nikmat persahabatan. Janganlah jadi orang yang angkuh yang merasakan mereka ini tidak memerlukan sesiapa dalam hidup kerana itu kesilapan besar buat mereka. Akhir kata jadilah sahabat yang baik dan janganlah kita menyatakan bahawa kawan bila susah kurang , bila senang ramai. Kita perlu belajar untuk mengenal dan menerima kekurangan seseorang dan jangan kerana kekurangan seseorang kita melihat dia sebagai satu keburukan yang ada pada dirinya kerana kita ini manusia seharusnya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain kerana Allah menciptakan kita punyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.


Sila komen yer....
Tuesday, April 19, 2011

Mimpi : Adakah Satu Petanda Atau Hanya Mainan Tidur




Assalamualaikum. Pada post hari ini saya ingin menceritakan pengalaman saya pada hari ini dimana saya rasa ianya agak pelik dan mungkin juga ia adalah dari Allah dimana dia ingin menunjukkan kebesarannya kepada kita semua.

Semua ini bermula pada tengah hari tadi iaitu pada pukul 12.00 tadi. Ketika itu saya tengah memikirkan apa yang ingin saya tulis didalam blog pada kali ingin. Almaklumlah tengah hari otak saya pun amatlah jammed. Pada ketika itu saya juga tengah memikirkan tentang hurmm nak kata masalah pun bukan tapi saya tidak tahulah nak describe apa tentang perkara itu.Sebenarnya pada pagi tadi teacer saya (secret nama dia) menyarankan saya agar berbuat sesuatu (adalah ) namun saya berat sangat untuk berbuat perkara itu. Jadi kerana memikirkan dua perkara iaitu memikirkan topik untuk blog dan memikirkan perkara tersebut.

Jadi kerana sudah merasakan satu bebanan saya pun memutuskan untuk tidur. Sebelum tidur saya sempat berdoa kepada Dia agar memberi saya mimpi bagi menyelesaikan masalah itu . Saya berdoa agar Allah menolong saya untuk memutuskan samada saya mengikut apa yang teacer saya suruh dan saya berharap agar Allah memberi saya idea untk saya menulis didalam blog ini. Saya berharap Allah menunjukkan semua itu didalam mimpi ketika saya tidur nanti.

Semasa tidur tadi saya mendapat satu mimpi. Namun perihal mimpi itu biarlah sahaja rahsia. Namun saya bersyukur ( Alhamdulillah ) kerana saya rasa mungkin itu adalah jawapan bagi kedua2 masalah saya tadi dan mungkin Allah memakbulkan doa saya untuk mencari kedua-kedua jawapan bagi masalah itu. Subhanallah betapa hebatnya kuasa Dia mengaturkan segalanya kepada kita yakni hambaNya. Mana taknya jika bukan kerana mimpi itu tidak mungkin saya dapat idea untuk menulis didalam blog ni . Tapi saya masih tidak dapat menafsirkan apa yang terkandung didalam mimpi tadi dan adakah mimpi tadi hanya sekadar mainan tidur ataupun adakah mimpi saya tadi merupakan satu petanda ataupun mempunyai maknanya dan saya perlu mencari apa makna disebaliknya?

Apa-apa pun saya berharap jika mimpi itu satu petanda ataupun mendapat makna disebaliknya saya berharap Allah memudahkan saya untuk merungkai maksud disebalik mimpi tersebut dan jika ia hanya sekadar mainan tidur saya bersyukur kerana bagi saya mimpi tadi adalah satu pengalaman yang menarik. Subhanallah

 -saya berharap agar mendapat komen dari pemabaca. kerana kita mungkin dapat berkongsi maklumat.

Sunday, April 17, 2011

Ketenangan Adalah Kunci Segalanya



Baru-baru ini ada ramai junior saya yang meminta pendapat dan meminta nasihat tentang bagaimana saya belajar untuk menghadapi peperiksaan SPM. Pertama sekali saya amat bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi saya peluang untuk saya mengecapi kejayaan dan saya tahu ini bukan sekadar kejayaan tetapi ini adalah ujian daripada Nya. Ya memang betul kejayaan dan kegagalan semuanya adalah ujian daripada Nya. Allah memberikan semua itu agar kita ini pandai dalam menghadapi situasi-situasi tersebut. Allah ingin menguji kita adakah kita akan bersyukur apabila mendapat kejayaan ataupun adakah kita akan hilang pergantungan kepadaNya apabila kita gagal.

Berbalik kepada cerita saya tadi, bagi saya tips kejayaan saya hanyalah satu sahaja rasanya. Iaitu ' Ketenangan Adalah Kunci Segalanya.'Saya menjumpai tips ini seingat saya 40 hari sebelum peperiksaan bermula. Mengapa saya utarakan "ketenangan". Adakah kita sedar daripada mana datangnya ketenangan itu? Sebenarnya ketenangan itu datangnya dari Dia . Ya datang dari Dia. Cuma apa yang membezakan adalah cara Dia memberikan ketenangan kepada kita.

'Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram'. (al-Ra`d:28)

 Ya , ketenangan itu datang dari Allah dan dengan mengingati Allah jiwa kita akan tenteram. Dan ketenangan ini harus di minta dari Nya. Kebanyakan pemuda sekarang, bagi mereka mungkin ketenangan itu datang dari 'pasangan' mereka. Ayuh wahai pemuda-pemudi sekalian bangkitlah!!! Bukan dia yang memberi ketenangan tetapi Dia. Kenapa saya berkata sedemikian? Kerana saya sudah mempunyai pengalaman dan pengalaman rakan-rakan saya. Ya saya mengaku bahawa dulu saya pernah bercouple sewaktu tingakatan 3. Ketika itu mungkin fikiran saya masih belum matang kerana bagi saya ketika itu dengan mempunyai seseorang yang 'istimewa' didalam hidup mungkin ia akan menjadi booster kepada saya untuk belajar namun sangkaan saya tidak sama sekali ! Malah ia membuatkan saya lebih hanyut dan lebih kurang memikirkan tentang pelajaran saya. Namun setelah break saya kembali sedar bahawa sesungguhnya bukan dia yang memberi saya ketenangan tetapi Dia.

Semasa menghadapi SPM saya lebih menfokuskan ketenangan daripada belajar sehingga lewat malam. Mungkin bagi rakan yang lain belajar lewat malam merupakan cara mereka mereka belajar namun bagi saya malam itu adalah tempat dimana saya merehatkan minda. Kita seharusnya tahu kenapa ketenangan itu penting. Jika kita lihat ada atau tidak orang yang tenang fikiran dan mindanya melakukan sesuatu diluar dugaan?? Susah bukan untuk kita melihat semua itu. Ya kerana dengan tenang fikiran kita menjadi lebih teratur justeru ia mempengaruhi segala perilaku kita. Bila kita tenang perilaku kita ,kerja kita akan dilakukan dengan lebih teratur dan segalanya akan menjadi mudah. Sungguh percayalah. Dahulu saya ini seorang yang panas baran. Pembaca semua mesti faham bukan bagaimana orang yang panas baran? Hati mereka mesti berkecamuk dan mesti mereka akan celaru semasa berfikir dan mereka berkemungkinan besar akan melakukan sesuatu diluar batasan seperti cepat marah, memukul orang dan sebagainya. Namun setelah saya mengetahui betapa hebatnya kuasa ketenangan ini saya menjadi lebih tenang dan alhamdulillah saya kini sudah susah untuk cepat marah atau panas baran. Jika kita lihat dalam sejarah Islam sendiri bagaimana junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w dapat menyebarkan dakwah sehingga Islam itu sendiri masih teguh sehingga kini. Bukankah melalui kesabaran dan ketenangan baginda? Walaupun menghadapi pelbagai ujian, namun baginda masih lagi boleh bertenang dan bersabar. Begitu kagum saya dengan keperibadian rasulullah.

Selain itu, betapa hebatnya kuasa ketenangan ini boleh kita lihat melalui cerita saya. Sehari sebelum saya menghadiri temuduga biasiswa JPA, kad pengenalan saya entah saya letakkan dimana. Memang seingat saya , sebelum ini kad pengenalan itu saya simpan didalam dompet saya, namun pada hari itu saya terpina2 mencari IC saya. Namun alhamdulillah walaupun ummi saya tidak senang duduk mencari IC tersebut (ia lah ibukan sangat risau tentang anak mereka) namun saya bersyukur Allah tetap memberikan ketenangan kepada saya, Saya tetap percaya bahawa Allah ingin melihat samada saya mampu untuk mengawal perasaan saya dan saya yakin bahawa Allah ingin melihat samada saya masih boleh tenang atau tidak sekiranya menghadapi sesuatu yang getir. Beberapa minit kemudian tanpa disangka IC saya berada didalam dompet ummi saya. Alhamdulillah.

Konklusinya, saya harap pembaca semua dapat memahami betapa hebatnya kuasa ketenangan itu. Sesungguhnya dengan ketenangan hati kita jadi riang, dengan ketenangan senyuman dapat dilihat, dengan ketenangan jiwa-jiwa yang gusar menjadi damai, dengan ketenangan timbulnya kedamaian, dengan ketenangan yang susah menjadi indah dan dengan ketenangan indahnya hidup tanpa kesengsaraan.