Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Wednesday, April 20, 2011

Tika Itu



Dan di ketika itu kita
Membina subur nur harapan
Terbina indah mimpiku

Terpatri sebuah ikatan
Hadapi segala rintangan
Indahnya sinar bercahaya

Dan di saat berbicara
Akan tekad yang di jiwa
Berpisah mengejar cita
Yang diimpi sekian lama

Kan ku abadi saat gemilang
Suka duka manisnya kenangan
Bersemadi di ingatan
Mogakan kekal sepanjang zaman

Hanya kuharapkan ketenangan
Melayari hidup sendirian
Dalam mengejar impian
Moga tertakdir rahmat di tuhan

Ku kan tetap bersama menuju impian di cita
Kepuncak kegemilangan yang tiada tara
Saat waktu kitakan pasti bersua akhirnya
Kita kan tetap bersama dalam mengejar cita 


Assalamualaikum. Pada hari ini sambil menunggu rakan aku Aizi, saya sekali lagi ingin berkongsi satu lagi lirik lagu daripada kumpulan yang dahulunya dipanggil UNIC dan kini UNIQUE iaitu Tika Itu. Sebagaimana yang diketahui ramai saya adalah pelajar lepasan SPM pada tahun 2010 dan sekarang tengah menunggu panggilan dari mana-mana universiti. Sesungguhnya lagu ini saya dedikasikan kepada semua rakan-rakan saya yang telah sama-sama berjuang dengan saya sejak dari Sekolah Kebangsaan Redang, S.K Penambang, SMK Kg Chengal dan SESTER. Sesungguhnya bila menghayati bait-bait lagu ini mengingatkan saya kepada mereka dan juga menyebabkan saya sebak mengingati memori bersama-sama sahabat ketika di alam persekolahan dulu.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Mungkin segelintir orang akan mengatakan. 'Apa tujuan kita berkawan??'. 'Huh kawan bila susah memang susah untuk dicari, bila senang ramai yang datang.' Sebenarnya sewaktu mula-mula di SESTER dulu saya juga kerap berfikiran sedemikian. Sehingga saya juga pernah merasakan saya tiada kawan di SESTER. Sebenarnya mungkin juga saya berfikiran kurang matang sebenarnya. Sebenarnya kawan atau saya gelarkan mereka sahabat adalah ramai disekeliling saya. Ya mungkin bila dikatakan 'dia tu time aku susah lari dari aku dan bila aku senang dekat plak dengan aku'. Tetapi apa yang ingin saya utarakan disini, adakah kita ini sendiri bila rakan kita memerlukan bantuan adakah kita menolong dia dengan seikhlas mungkin? Mesti tidak juga bukan. Ya disitulah masalahnya sahabat sekalian. Hidup di dunia ini ada hukumnya sendiri. Adakah kita mengharapkan sahabat kita berbuat baik kepada kita sedangkan kita sendiri tidak menjadi kawan yang baik kepada sahabat kita.

Hidup ini penuh dengan keadilan sahabatku. Jika kita berbuat kejahatan kepada seseorang sebagai contoh, kita lihatlah pada suatu hari nanti mesti ada juga orang yang berbuat sedemikian kepada kita. Jangan kita terlalu ego dengan tidak menerima kenyataan ini kerana setiap kelakuan itu diperhatikan oleh Allah kerana dia Maha Melihat. Sesungguhnya balasan itu juga dari Dia tetapi ianya dilakukan oleh manusia kepada kita.Jadi berbalik kepada cerita kita tadi, dalam hidup ini kita memerlukan ramai rakan, kerana banyak faedahnya kepada kita. Tetapi kita seharusnya mengelakkan diri kita daripada berkawan dengan orang yang boleh merosakkan kita. Saya tidak menyatakan tidak boleh tetapi elakkan. Ya jika contohnya kita berkawan dengan seorang penagih. Kita mungkin akan terjebak dengan kegiatan yang mereka lakukan. Kita boleh berkawan dengan mereka jika kita boleh mengawal diri kita dari terjebak dalam kegiatan mereka. Bagaimana? Dengan iman. Untuk berkawan dengan golongan-golongan ini kita harus persiapkan iman kita. Kerana dengan iman kita akan dapat melakukan sesuatu perkara dengan mengikut syariat Nya. Tetapi yang sebaiknya  adalah mengelakkan dari berkawan dengan golongan yang boleh membawa kita kepada keburukan kerana ia sebagai persediaan buat kita kerana ada hadis yang menyatakan.

"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)

Konklusinya disini, bagi sesiapa yang merasakan bahawa tiada gunanya berkawan dan lebih selesa hidup berseorangan. Bagi pendapat saya anda amat kerugian kerana anda sudah hilang satu nikmat dalam hidup anda iaitu nikmat persahabatan. Janganlah jadi orang yang angkuh yang merasakan mereka ini tidak memerlukan sesiapa dalam hidup kerana itu kesilapan besar buat mereka. Akhir kata jadilah sahabat yang baik dan janganlah kita menyatakan bahawa kawan bila susah kurang , bila senang ramai. Kita perlu belajar untuk mengenal dan menerima kekurangan seseorang dan jangan kerana kekurangan seseorang kita melihat dia sebagai satu keburukan yang ada pada dirinya kerana kita ini manusia seharusnya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain kerana Allah menciptakan kita punyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.


Sila komen yer....

3 comments:

  1. “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)...so hargai kawan selagi mampu..hehe

    ReplyDelete
  2. jika kita brcinta kita pasti akn merasa cydeh walaupown sekali.. tp dalam brkawn, kawan sentiasa buat kita gembira dan trsenyum.. kita brkawn smpai ble2 tp brcinta blom tntu akn kekal.. so brkawn lah ramai2 n hargailah mereka.huhu.. (@_@),(^_^)trsenyum jer..hehe..(fahmi)

    ReplyDelete

Jika ada kekurangan dalam penulisan ini sila tinggalkan pesanan disini :)