Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Sunday, April 17, 2011

Ketenangan Adalah Kunci Segalanya



Baru-baru ini ada ramai junior saya yang meminta pendapat dan meminta nasihat tentang bagaimana saya belajar untuk menghadapi peperiksaan SPM. Pertama sekali saya amat bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi saya peluang untuk saya mengecapi kejayaan dan saya tahu ini bukan sekadar kejayaan tetapi ini adalah ujian daripada Nya. Ya memang betul kejayaan dan kegagalan semuanya adalah ujian daripada Nya. Allah memberikan semua itu agar kita ini pandai dalam menghadapi situasi-situasi tersebut. Allah ingin menguji kita adakah kita akan bersyukur apabila mendapat kejayaan ataupun adakah kita akan hilang pergantungan kepadaNya apabila kita gagal.

Berbalik kepada cerita saya tadi, bagi saya tips kejayaan saya hanyalah satu sahaja rasanya. Iaitu ' Ketenangan Adalah Kunci Segalanya.'Saya menjumpai tips ini seingat saya 40 hari sebelum peperiksaan bermula. Mengapa saya utarakan "ketenangan". Adakah kita sedar daripada mana datangnya ketenangan itu? Sebenarnya ketenangan itu datangnya dari Dia . Ya datang dari Dia. Cuma apa yang membezakan adalah cara Dia memberikan ketenangan kepada kita.

'Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram'. (al-Ra`d:28)

 Ya , ketenangan itu datang dari Allah dan dengan mengingati Allah jiwa kita akan tenteram. Dan ketenangan ini harus di minta dari Nya. Kebanyakan pemuda sekarang, bagi mereka mungkin ketenangan itu datang dari 'pasangan' mereka. Ayuh wahai pemuda-pemudi sekalian bangkitlah!!! Bukan dia yang memberi ketenangan tetapi Dia. Kenapa saya berkata sedemikian? Kerana saya sudah mempunyai pengalaman dan pengalaman rakan-rakan saya. Ya saya mengaku bahawa dulu saya pernah bercouple sewaktu tingakatan 3. Ketika itu mungkin fikiran saya masih belum matang kerana bagi saya ketika itu dengan mempunyai seseorang yang 'istimewa' didalam hidup mungkin ia akan menjadi booster kepada saya untuk belajar namun sangkaan saya tidak sama sekali ! Malah ia membuatkan saya lebih hanyut dan lebih kurang memikirkan tentang pelajaran saya. Namun setelah break saya kembali sedar bahawa sesungguhnya bukan dia yang memberi saya ketenangan tetapi Dia.

Semasa menghadapi SPM saya lebih menfokuskan ketenangan daripada belajar sehingga lewat malam. Mungkin bagi rakan yang lain belajar lewat malam merupakan cara mereka mereka belajar namun bagi saya malam itu adalah tempat dimana saya merehatkan minda. Kita seharusnya tahu kenapa ketenangan itu penting. Jika kita lihat ada atau tidak orang yang tenang fikiran dan mindanya melakukan sesuatu diluar dugaan?? Susah bukan untuk kita melihat semua itu. Ya kerana dengan tenang fikiran kita menjadi lebih teratur justeru ia mempengaruhi segala perilaku kita. Bila kita tenang perilaku kita ,kerja kita akan dilakukan dengan lebih teratur dan segalanya akan menjadi mudah. Sungguh percayalah. Dahulu saya ini seorang yang panas baran. Pembaca semua mesti faham bukan bagaimana orang yang panas baran? Hati mereka mesti berkecamuk dan mesti mereka akan celaru semasa berfikir dan mereka berkemungkinan besar akan melakukan sesuatu diluar batasan seperti cepat marah, memukul orang dan sebagainya. Namun setelah saya mengetahui betapa hebatnya kuasa ketenangan ini saya menjadi lebih tenang dan alhamdulillah saya kini sudah susah untuk cepat marah atau panas baran. Jika kita lihat dalam sejarah Islam sendiri bagaimana junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w dapat menyebarkan dakwah sehingga Islam itu sendiri masih teguh sehingga kini. Bukankah melalui kesabaran dan ketenangan baginda? Walaupun menghadapi pelbagai ujian, namun baginda masih lagi boleh bertenang dan bersabar. Begitu kagum saya dengan keperibadian rasulullah.

Selain itu, betapa hebatnya kuasa ketenangan ini boleh kita lihat melalui cerita saya. Sehari sebelum saya menghadiri temuduga biasiswa JPA, kad pengenalan saya entah saya letakkan dimana. Memang seingat saya , sebelum ini kad pengenalan itu saya simpan didalam dompet saya, namun pada hari itu saya terpina2 mencari IC saya. Namun alhamdulillah walaupun ummi saya tidak senang duduk mencari IC tersebut (ia lah ibukan sangat risau tentang anak mereka) namun saya bersyukur Allah tetap memberikan ketenangan kepada saya, Saya tetap percaya bahawa Allah ingin melihat samada saya mampu untuk mengawal perasaan saya dan saya yakin bahawa Allah ingin melihat samada saya masih boleh tenang atau tidak sekiranya menghadapi sesuatu yang getir. Beberapa minit kemudian tanpa disangka IC saya berada didalam dompet ummi saya. Alhamdulillah.

Konklusinya, saya harap pembaca semua dapat memahami betapa hebatnya kuasa ketenangan itu. Sesungguhnya dengan ketenangan hati kita jadi riang, dengan ketenangan senyuman dapat dilihat, dengan ketenangan jiwa-jiwa yang gusar menjadi damai, dengan ketenangan timbulnya kedamaian, dengan ketenangan yang susah menjadi indah dan dengan ketenangan indahnya hidup tanpa kesengsaraan.


2 comments:

Jika ada kekurangan dalam penulisan ini sila tinggalkan pesanan disini :)