Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Sunday, January 01, 2012

2012

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilllah sangat-sangat bersyukur kerana masih lagi kita diberi kesempatan untuk melangkahkan kaki kita pada tahun 2012. Ya mungkin ramai yang diluar sana masih sibuk dengan persiapan persekolahan,dengan bajunya, begnya dan pelbagai lagi. Untuk mahasiswa pula, ada yang sedang mengahabiskan cuti sem dan pelbagai lagi ragam manusia yang dapat kita lihat apabila masunya tahun baru.

Kita seharusnya bersyukur kerana kita masih lagi dihidupkan pada hari ini. Kerana apa ? Yup kerana Dia masih lagi beri peluang untuk kita ubah diri kita dari kegelapan kearah cahaya yang apabila kita menemuinya hati kita mendapat ketenangan yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata. Mungkin tahun yang mendatang ini kita akan lebih banyak diuji oleh Dia. Ya mungkin.Tetapi untuk apa?? Untuk apa lagi melainkan untuk mendapatkan cahaya yang menerangi hati itu.

Jadi apa yang kita perlu lakukan apabila ujian melanda adalah , SABAR. Selain itu dalam kita berusaha untuk berubah , kita tidak harus berputus asa kerana rahmat ALLAH itu luas. Jika kita gagal hari ini, kita tidak tahu hari esok bagaimana hasilnya. Tak gitu?

Marilah kita semua mengambil peluang pada tahun baru ini untuk kita mempertingakatkan lagi iman kita. Ya mungkin saya disini bukan orang yang terbaik untuk menasihati para pembaca semua kerana saya juga sedang mencari ' cahaya ' itu, namun saya sedar  lagi manis jika kita bersama-sama mencari 'cahaya' itu dan bersama-sama menikmati manisnya kejayaan yang sebenar. Saya teringat satu kata-kata dari Dr Muhaya yang berbunyi ' Kejayaan orang islam itu adalah dengan bersama-sama , bukan berseorangan'. Lebih kurang begitulah.

Saya teringat akan ucapan khutbah yang diceritakan oleh rakan saya, " apabila masuk tahun baru orang akan berazam itu dan ini, namun jarang sekali orang berazam agar tahun baru yang mendatang agar menjadi orang yang lebih bertaqwa' .

Akhir kata, marilah kita tambah satu lagi azam untuk  tahun baru ini iaitu, menjadi orang yang lebih bertaqwa , InsyaALLAH . Jom bersama-sama mencari cahaya !!


 

Tuesday, December 20, 2011

Usaha Itu Perlu

Assalamualaikum w.b.t

Agaknya sudah lama tidak berkongsi cerita dalam blog Hijau Itu Indah ni. Dek kerana kesibukan yang melanda, habis semua perkara yang ingin dikongsi tidak tercatai dalam blog ni, namun syukur hari ni dapat mencuri sedikit masa untuk berkongsi cerita.

Usaha itu perlu, mesti lah perlukan? Ya! Usaha itu perlu dalam melakukan apa sahaja perkara diatas muka bumi ALLAH ni. Mendapatkan keimanan pun perlu usaha apatah lagi perkara-perkara yang lain. Sesungguhnya jika kita berbincang soal usaha mendapatkan keimanan, bukan mudah sebenarnya untuk menjadi orang yang betul-betul beriman khususnya pada zaman moden ini tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Ya agak susah kerana banyak dugaan.

Saya tidak ingin bercerita panjang sebenarnya, tapi walau apa apa pun kita harus berusaha sehingga ke saat akhir. Kita tidak boleh menjadi seseorang yang mudah berputus asa. Saya kagum melihat watak utama dalam anime One Piece, Mugiwara Luffy . Ya walaupun hanya anime saya melihat perkara positif dari watak utama anime tersebut. Ya dia memang susah untuk berputus asa. Itu salah satu nilai positif yang ada dalam watak utama anime tersebut.

Akhir sekali apa yang ingin saya ceritakan disini adalah USAHA dan teruskan USAHA dalam apa jua yang kita lakukan!
Monday, October 17, 2011

Cinta Dalam Diam

 Hari ini saya ingin berkongsi satu post yang saya baca. Post ini saya tujukan kepada semua remaja yang mungkin mempunyai masalah dalam soal CINTA. Ya kita ini manusia, dan CINTA ialah satu fitrah, namun bagaimana kita menguruskan fitrah ini itu yang harus kita fikir. Selepas membaca apa yang saya harap kita boleh mengambil ibrah daripadanya dan kita aplikasikan dalam kehidupan kita. wallahua'lam .



Tatkala jatuh cinta pada seseorang, ikatlah hatimu dengan seerat-eratnya. Simpulkanlah ia dengan simpulan mati yang hanya dapat dibuka saat waktunya tiba.

Sebelum mengorak langkah lebih jauh dengannya, cukuplah cintai ia dalam diam.

Kerana diammu adalah bukti cintamu padanya. Kamu ingin memuliakannya, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan terlarang. Kamu enggan mengaibkannya, dengan tidak mengajaknya berdua-duaan. [1]


Kerana diammu meletakkan sifat malunya di tempat yang sebetulnya, kerana malu itu penanda aras keimanan di hatinya.

Kerana diammu menjaga kesucian dan ketenangan hatinya, menghindar dirinya daripada perkara-perkara yang merosakkan izzah dan iffahnya.

Sebelum memulakan sesuatu yang terlarang, cukuplah sekadar mencintai ia dalam diam.

Kerana diammu adalah petanda keikhlasanmu kepadanya. Kamu tidak ingin ia memilihmu lewat rupa parasmu atau manis ayatmu, sebaliknya kerana tulus hatimu.

Kerana diammu adalah keadilanmu. Kamu mana mungkin melanggar hak-hak walinya yang terlebih dahulu mencintai ia tanpa balasan dan alasan.

Kerana diammu adalah kekuatanmu yang menguatkan dia. Kamu tidak akan sekali-kali mencari dan menggali titik-titik kelemahan yang ada di hatinya sehingga ia tersungkur dicedera rindu.
Kerana diammu adalah……. Kekuatannya! [2]

Masih ingatkah kamu akan kisah cinta Fatimah dan Ali? Kedua-dua mereka saling memendam perasaan yang mereka rasakan antara satu sama lain, dan akhirnya, mereka dipertemukan dalam syurga cinta dunia nan suci dan indah.

Boleh jadi orang yang kamu cintai itu juga adalah orang yang telah ditentukan oleh Allah SWT untukmu. Kerana dalam diammu, tersimpannya kekuatan harapan, yang menyalakan keinginanmu, dan memungkinkan Allah SWT memenuhi harapanmu sehingga ianya dapat berbicara di dunia nyata.
Bukankah Allah SWT itu Maha Hidup lagi Maha Mendengar? Sesungguhnya Allah SWT itu malu.

Dia malu apabila seseorang hambaNya mengharap kepadaNya, lalu Dia menghampakannya dan meninggalkannya dalam kerugian. [3]

Tapi kiranya kamu telah berusaha berharap sepenuh hati, namun jika dia memang bukan milikmu, moga Allah SWT, merentasi batas-batas waktu, menghilangkan ‘cinta dalam diammu’ itu dan menggantikannya dengan rasa yang lebih indah, pada orang yang tepat.

Biarkan cinta dalam diammu itu menjadi memori tersendiri di sudut hatimu yang menjadi rahsia antara dirimu dengan Sang Kekasih Agung! [4]

Kerana diammu tanda tunduknya hatimu pada Sang Kekasih Agung. Sedangkan ikatan rumah tangga yang dimulai tanpa rasa tunduk dan patuh pada syariatNya tidak mungkin diredhaiNya. Dan tidak mungkin akan melahirkan generasi umat yang tunduk patuh padaNya.

Kerana diammu adalah bukti cintamu yang agung!
“Wahai Allah, jadikanlah kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan jadikanlah di antara anak-anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya kepadaMu sahaja kami meminta dan bergantung harap. Perkenankanlah harapan kami Ya Allah.”
NOTA SISIPAN
1.   Firman Allah SWT: “Barangkali kamu membenci membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Baqarah (2) ayat 216.

2.   Ianya boleh dianalogikan seperti antibiotik dan tubuh badan manusia. Seseorang yang sering diberikan antibiotik untuk melawan jangkitan akan menyebabkan sistem imunnya lemah dan perlu sentiasa bergantung kepada ubat-ubatan. Akan tetapi seseorang yang dibiarkan melawan jangkitan dengan sendiri tanpa antibiotik, badannya akan secara automatik menghasilkan antibodi yang kuat bagi melawan penyakit. Justeru,sistem imunnya menjadi mantap secara semulajadi dan mengelakkan kebergantungan kepada ubat-ubatan.

Seperti hal ini, apabila kamu mendapati seseorang mulai jatuh hati padamu, jika kamu melayani perasaannya, maka ia akan sentiasa bergantung kepadamu dan hatinya menjadi lemah. Tetapi jika kamu membiarkannya melawan perasaannya sendiri, maka ia akan membentuk satu kekuatan dalam hatinya.

3.   Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Tuhanmu Maha Hidup lagi Maha Mulia. Dia malu melihat hambaNya mengangkat tangan berdoa kepadanya, lalu dia tidak memperkenankan apa-apa kepada hambaNya itu.” – Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah.


4.   Al-Imam Tahtawi r.a. di dalam hasyiyah Muraqi Al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah), menukilkan perkataan daripada Al-Imam Suyuti r.a.: “Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya, maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan syahid di akhirat.”
Wallahua’lam.


Dipetik dari blog- PSIPUM.org