Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulilllah sangat-sangat bersyukur kerana masih lagi kita diberi kesempatan untuk melangkahkan kaki kita pada tahun 2012. Ya mungkin ramai yang diluar sana masih sibuk dengan persiapan persekolahan,dengan bajunya, begnya dan pelbagai lagi. Untuk mahasiswa pula, ada yang sedang mengahabiskan cuti sem dan pelbagai lagi ragam manusia yang dapat kita lihat apabila masunya tahun baru.
Kita seharusnya bersyukur kerana kita masih lagi dihidupkan pada hari ini. Kerana apa ? Yup kerana Dia masih lagi beri peluang untuk kita ubah diri kita dari kegelapan kearah cahaya yang apabila kita menemuinya hati kita mendapat ketenangan yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata. Mungkin tahun yang mendatang ini kita akan lebih banyak diuji oleh Dia. Ya mungkin.Tetapi untuk apa?? Untuk apa lagi melainkan untuk mendapatkan cahaya yang menerangi hati itu.
Jadi apa yang kita perlu lakukan apabila ujian melanda adalah , SABAR. Selain itu dalam kita berusaha untuk berubah , kita tidak harus berputus asa kerana rahmat ALLAH itu luas. Jika kita gagal hari ini, kita tidak tahu hari esok bagaimana hasilnya. Tak gitu?
Marilah kita semua mengambil peluang pada tahun baru ini untuk kita mempertingakatkan lagi iman kita. Ya mungkin saya disini bukan orang yang terbaik untuk menasihati para pembaca semua kerana saya juga sedang mencari ' cahaya ' itu, namun saya sedar lagi manis jika kita bersama-sama mencari 'cahaya' itu dan bersama-sama menikmati manisnya kejayaan yang sebenar. Saya teringat satu kata-kata dari Dr Muhaya yang berbunyi ' Kejayaan orang islam itu adalah dengan bersama-sama , bukan berseorangan'. Lebih kurang begitulah.
Saya teringat akan ucapan khutbah yang diceritakan oleh rakan saya, " apabila masuk tahun baru orang akan berazam itu dan ini, namun jarang sekali orang berazam agar tahun baru yang mendatang agar menjadi orang yang lebih bertaqwa' .
Akhir kata, marilah kita tambah satu lagi azam untuk tahun baru ini iaitu, menjadi orang yang lebih bertaqwa , InsyaALLAH . Jom bersama-sama mencari cahaya !!

selamat tahun baru ammar, moga dapat mencari cahaya tu :)
ReplyDeleteselamat thun baru ammar~
ReplyDeleteinsyaALLAH..namun masih mencari
ReplyDelete