Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Thursday, January 10, 2013

Ratapan Hati



Bilakah agaknya tembok besar itu dapat ku daki? Bila? Itu sering dalam fikiranku tapi , ya Allah aku lupa aku hanya sering bermimpi disiang hari.Aku ingin itu, aku ingin ini, tapi usahaku? Usahaku hanya dipahat diatas pasir pantai, bila datang sedikit kegoyahan iman , habis usaha itu musnah dek kerana ombak. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk memahat usaha itu diatas batu-batu agar aku tidak mudah padam dengan ujian Mu.

Aku ingin menjadi tunjang kepada agamaMu, aku tidak ingin menjadi ranting tetapi aku ingin menjadi akar agar hidup aku ini berjasa, agar hidup aku ini mendapat redhaMu.Bantulah aku.Kuatkanlah aku.Aku kekurangan 'will power'. Disaat ujian datang aku terus rebah. Bagaimana aku dapat membantu agamaMu dengan keaadaan sebegini?Aku terlalu lemah.Memang benar mulut bisa berkata, tapi melaksanakannya cukup berat.

Tetapi aku tetap bersyukur ya Allah, kau beri aku ujian.Itu bermakna kau masih menyangi diri aku walaupun diri ini banyak dosa kepada Mu.Insya Allah, aku yakin ujian ini akan mematangkan aku pada suatu hari nanti. Itu pasti!


Wednesday, September 19, 2012

Cinta Kerana Allah


       Cinta Kerana Allah. Begitulah tajuk buku yang baru ambo beli . Sekali tengok ada yang mengatakan buku ini sebuah novel tapi hakikatnya sangatlah bukan. Setelah lama hasrat dihati ini disimpan, akhirnya beberapa hari lepas tercapai juga hasrat untuk memiliki buku ini.

      Sebenarnya buku ini hasil coretan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dan buku ini sebenarnya sebuah buku motivasi cinta dan bukannya tentang cinta murahan yang diperjuangkan muda mudi zaman sekarang. Kata cinta kerana Allah, tapi pegang tangan dan macam - macam  perkara lagi yang mereka lakukan yang tidak menunjukkan cinta mereka kepada Allah.

Dalam buku ini beliau ada mengupas tentang bagaimana meletakkan ALLAH itu sebagai prioriti dalam cinta dan bagaimana untuk bercinta. Hatus diingat bercinta yang bagaimana? Bukan cinta muda mudi zaman sekarang. Tapi cinta antara suami dan isteri, anak dan keluarga serta cinta akan sahabat-sahabat. Konsep cinta ini sangatlah luas tetapi kebanyakan muda mudi mempersempitkan cinta itu dengan  'couple' .

      Baiklah itu saja perkongsia ambo pada hari ini dan sapa-sapa yang berkesempatan bolehlah beli . Kita sangatlah perlu mengambil sedikit iktibar untuk kita lebih gagah mengharungi hidup dan dengan membaca mungkin dapat kita akan dapat sedikit motivasi dan semangat dalam mengharungi hidup yang sangat mencabar ini .
Wednesday, September 12, 2012

Nasi Tomato di Malam Hari

Bismillahirrahmanirrahim



          Sahabat itu, walaupun tidak bersua muka, tapi tautan hati antara mereka tetap ada 


         
                   Pada hari ambo nak berkongsi perkara yang berlaku kepada ambo semalam. Alhamdulillah semalam satu perkara telah terjadi kepada ambo yang membuatkan ambo ingin berkongsi hari ni. Seseorang pernah berpesan kepada ambo supaya kita ni perlulah memudahkan urusan orang lain sebab Allah akan permudahkan urusan kita.
 
             Cerita dia begini, semalam, roomate ambo mengajak ambo bermain badminton. Sukan badminton ni sebenarnya telah menjadi satu sukan  wajib bilik ambo sebab  boleh dikatakan hampir semua ahli bilik ambo ni suka bermain badminton termasuklah ambo sendiri. Ambo sebenarnya semalam ambo berat sikit nak pergi main sebab ada perlawanan bola Malaysia vs Vietnam. Nak dijadikan cerita, ada seorang kawan ambo dari bilik lain dia juga berkeras nak join . Oleh kerana kebanyakan roomate ambo ni ada masalah lain, mereka semua jadi serba salah samada ingin turut bermain atau selesaikan kerja mereka dulu.

           Kawan ambo dari bilik lain tu hantar sms kepada ambo. Ambo jadi serba salah  sebab dia betul-betul    
nak main tapi roomate ambo ni macam malas nak main. Nak dijadikan cerita, internet semalam sangatlah perlahan. Ambo tidak dapat tengok bola semalam(streaming). Tiba-tiba pesanan yang ambo pernah tulis pada perenggan atas tadi tu datang dalam minda dan membuatkan ambo berfikir. Ada baik juga ambo memudahkan urusan rakan ambo tadi, manalah  tahu jika ada urusan yang complicated nanti Allah tolong ambo selesaikan dengan cepat. Jadi ambo mengajak roomate-roomate ambo dan betapa bersyukurnya sebab ramai yang nak join. Nak dipendekkan cerita, ada kebenaran juga pesanan tadi sebab masa ambo bermain badminton di kawasan bangunan SMWP 3 , ada kelas yang sedang membuat jamuan hari raya . Apa yang ambo paling bersykur adalah, ambo dan rakan-rakan ambo yang sedan bermain badminton tadi mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka sebab lecturer kelas tersebut memberi ambo dan rakan-rakan ambo makanan sebab banyak sangat yang lebih.

         Sangat banyak makanan yang lecturer tu bagi dan makanan yang paling enak sekali adalah nasi tomato ^^ . Dapat bersukan dan dapat makan makanan yang enak lagi. Moral of the story, mudahkan urusan orang lain, insyaALLAH , Allah memudahkan urusan kita :0