Bismillahirrahmanirrahim
Pada hari ambo nak berkongsi perkara yang berlaku kepada ambo semalam. Alhamdulillah semalam satu perkara telah terjadi kepada ambo yang membuatkan ambo ingin berkongsi hari ni. Seseorang pernah berpesan kepada ambo supaya kita ni perlulah memudahkan urusan orang lain sebab Allah akan permudahkan urusan kita.
Cerita dia begini, semalam, roomate ambo mengajak ambo bermain badminton. Sukan badminton ni sebenarnya telah menjadi satu sukan wajib bilik ambo sebab boleh dikatakan hampir semua ahli bilik ambo ni suka bermain badminton termasuklah ambo sendiri. Ambo sebenarnya semalam ambo berat sikit nak pergi main sebab ada perlawanan bola Malaysia vs Vietnam. Nak dijadikan cerita, ada seorang kawan ambo dari bilik lain dia juga berkeras nak join . Oleh kerana kebanyakan roomate ambo ni ada masalah lain, mereka semua jadi serba salah samada ingin turut bermain atau selesaikan kerja mereka dulu.
Kawan ambo dari bilik lain tu hantar sms kepada ambo. Ambo jadi serba salah sebab dia betul-betul
nak main tapi roomate ambo ni macam malas nak main. Nak dijadikan cerita, internet semalam sangatlah perlahan. Ambo tidak dapat tengok bola semalam(streaming). Tiba-tiba pesanan yang ambo pernah tulis pada perenggan atas tadi tu datang dalam minda dan membuatkan ambo berfikir. Ada baik juga ambo memudahkan urusan rakan ambo tadi, manalah tahu jika ada urusan yang complicated nanti Allah tolong ambo selesaikan dengan cepat. Jadi ambo mengajak roomate-roomate ambo dan betapa bersyukurnya sebab ramai yang nak join. Nak dipendekkan cerita, ada kebenaran juga pesanan tadi sebab masa ambo bermain badminton di kawasan bangunan SMWP 3 , ada kelas yang sedang membuat jamuan hari raya . Apa yang ambo paling bersykur adalah, ambo dan rakan-rakan ambo yang sedan bermain badminton tadi mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka sebab lecturer kelas tersebut memberi ambo dan rakan-rakan ambo makanan sebab banyak sangat yang lebih.
Sangat banyak makanan yang lecturer tu bagi dan makanan yang paling enak sekali adalah nasi tomato ^^ . Dapat bersukan dan dapat makan makanan yang enak lagi. Moral of the story, mudahkan urusan orang lain, insyaALLAH , Allah memudahkan urusan kita :0
Sahabat itu, walaupun tidak bersua muka, tapi tautan hati antara mereka tetap ada

best ngt dpt mkn free..haha
ReplyDeleteHAHA sedak sungguh
Delete