Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Thursday, April 21, 2011

Coretan Cerita Semalam


Wah memang seronok bila memikirkan cerita tentang perkara yang berlaku kelmarin memang agak menyegarkan tubuh badan yang lesu berada dirumah ni. Mana tak letihnya diri ini hanya terperap sahaja dirumah.Fikiran pun boleh bercelaru. Tetapi semalam perkara yang aku rancangkan alhamdulillah Allah permudahkan. Kelmarin aku mengajak rakan-rakan aku yang berada di Tanah Merah dan Tumpat untuk ke Kota Bharu. Aku akan rasa amat bersalah kerana aku belum lagi melaksanakan nazar aku iaitu untuk membelanja rakan aku jika aku mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Sekarang cuma tinggal Saleha dan Aziz sahaja lagi. Bukan tidak mahu laksanakan .tetapi kekangan masa dan ruang untuk aku melakukan sedemikian. Semalam aku telah melaksanakan nazar aku dengan membelanja Pokka Dan Fahmi.

Aizi datang mengambil aku di PCB untuk kami bersama menaiki bas di PC. Semasa didalam perjalanan aku teringatkan Afnas. Yelah kerana sejak kebelakangan ini Afnas senyap jer. Baru2 ini aku dan ummi aku datang melawat dia di rumah dia. Aku dan Aizi terus ke rumah dia untuk menjemput dia sama menjoin aktiviti yang aku plan. Dalam aktiviti tu yang join ialah amin,aizi.pokka,afnas,fahmi dan syafiq md nor. Syafiq Ramli dan Amir N xleh nk join sebab ke kelas memandu. Jadi semasa minum dan borak2 dirumah Afnas ,Aizi kata kat aku,' mar psyco banyok penah biardio pgi'. setelah dipujuk afnas pom bersetuju umtuk join hahah. Dalam menunggu tu aku suruh ajar aku bawak motor.

Dalam menungguh aizi pengaruhi aku. " Sene jah mar bawok muto nih..supo naik basikal ja". Aku ada kisah malang dengan muto nih sbb dulu aku pernah kena langgar dengan muto nih time umor 6 tahun. Jadi aku belajar dalam  5 minit. Alhamdulillah memang senang sungguh 5 minit jer belajar dah boleh bawak . Lepas tuh kami bersiap dan menunggu bas dekat stesen PETRONAS. Tetapi bas yang ditunggu tak datang tetapi kereta sewa yang datang. Baik jgak sebenarnya sebab kami berjanji di KB Mall pukul 11.30 tetapi pada waktu itu sudah pukul 11.45...haha setakat itu sahajalah kalau nak lebih-lebih lagi sila tengok dalam blog Amin dan Afnas .

0 comments:

Post a Comment

Jika ada kekurangan dalam penulisan ini sila tinggalkan pesanan disini :)