Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Saturday, August 06, 2011

Ramadhan Tiba Lagi

 

Alhamdulillah akhirnya ada juga peluang untuk saya menjenguk blog ini. Memang sudah agak lama tidak menjenguk dek kerana kesibukan  yang melanda sejak menjejakkan kaki ke alam pra universiti. Lebih-lebih lagi saya juga baru sahaja menjalani mid term exam pada minggu lepas.

Pada kali ini saya ingin berkongsi hasil pembacaan saya didalam sebuah majalah beberapa hari yang lepas berkenaan sebuah bulan yang penuh dengan barakah dan rahmat iaitu Ramadhan Al Mubarak. YA!! Ramadhan. Sebuah bulan yang sangat digemari oleh setiap umat islam diserata dunia termasuklah di Malaysia. Sebuah bulan yang ditangisi oleh para sahabat setelah bulan itu berlalu. Memang inilah bulan yang ramai orang berpusu pusu mengerjakan perkara baik dan meninggalkan segala perkara yang dilarang. Masjid dipenuhi, al Quran dibaca dan ditadabbur, tabung-tabung masjid di isi, dan 1001 lagi perkara baik yang dilakukan. Sungguh rugi, dan tersangat-sangatlah rugi jika ada juga orang yang menggelarkan diri mereka Islam namun tidak menghayati bulan yang penuh dengan keberkatan ini. RUGI. Mengapa saya berkata begitu?? Kerana segala amalan baik digandakan dalam bulan ini. Jadi ambilah peluang ini dan jangan sekali kita lepaskan.

Mengapa perlu tunggu lagi.Adakah kita pasti akan hidup pada Ramadhan tahun depan? Anda boleh jamin dengan saya? Boleh? Jadi tunggu apa lagi. Kita perlu mempersiapkan diri kita untuk 11 bulan yang mendatang. Jadi Ramadhan ialah jalanya. Kita tidak tahu apa yang bakal kita tempuh 11 bulan yang mendatang. Jadi kita persiapkan diri secukup nya untuk kita melawan bisikan-bisikan syaitan yang kini 'diberi cuti' oleh Allah selama sebulan. Selain itu, bukankah Allah sudah menyatakan bahawa hasil yang ingin kita peroleh selepas kita berpuasa  ini adalah TAKWA??
`
"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
(Surah al-Baqarah 2:183)
 
 Tambahan pula banyak event yang berlaku pada bulan ini dan diantaranya ialah Nuzul Al Quran. Selain itu, Allah juga telah berjanji bahawa di sepuluh akhir Ramadhan akan ada satu malam yang jika beribadat kepadaNya ia lebih baik dari seribu bulan iaitu Lailatul Qadar. WOW!! Tengok betapa pemurahnya Dia kepada  kita. Jadi apa kita tunggu lagi? Ya kita bukan hanya saya, bukan hanya anda tapi KITA. Mari kita sama mengejar malam tersebut dan menghidupkan suasana Ramadhan. Sempat ke?? Hish jangan kata begitu baru beberapa hari sahaja baru kita berpuasa masih banyak lagi peluang. JOM kita sama merebut reward dari ALLAH ni. AYUH!!!
 

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.
2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan
4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.
5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).
 

3 comments:

Jika ada kekurangan dalam penulisan ini sila tinggalkan pesanan disini :)