Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Monday, September 10, 2012

Terus Melangkah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Its a long way to go


Alhamdulillah, lama juga rasanya ambo tidak berkongsi celoteh dalam blog ni. Kalau dulu ada saja perkara yang ingin dikongsikan. Maklumlah dulu selepas tamat peperiksaan SPM banyak masa lapang untuk ambo berkongsi pengalaman dan cerita-cerita yang menarik sebab banyak sangat kenangan manis yang berlaku .

Baiklah, berbalik kepada post malam ini, ambo bersyukur sangat-sangat sebab setelah berbulan-bulan hasrat yang ambo simpan dalam hati tercapai. Bukan perkara hebat sangat , tapi hanyalah bersyukur sebab dapat juga ambo 'reconstruct' blog ni. Sekarang ni bukan lagi Hijau itu Indah tapi Terus Melangkah. Bukan bermakna hijau dibuang begitu saja tapi hijau itu didalam hati ^^. Seperti biasa, dalam blog ni ambo nak kongsikan cerita-cerita dan pengalaman-pengalaman yang ambo lalui dalam hidup ni. 

Walaupun latar belakang nampak ala kebudak-budakan sikit, tapi sebenarnya ambo pilih latar belakang tu atas sebab-sebab tertentu . Lebih-lebih lagi latar belakang tu ambo fikir ada kaitan dengan nama blog ambo ni. Petama sekali, jalan tu bagi ambo membawa makna yang  langkah ambo ni masih lagi jauh dan ambo tidak boleh cepat putus asa. Jalan yang berliku-liku pula memberi makna bahawa dalam langkah itu semestinya ada cabaran dan dugaannya. Tidak logiklah jika rehlah kita itu tiada liku sebab, liku itu yang menjadikan kita lebih matang dalam melangkah. Tak gitu ? 

Rumah kecil tu pula memberi makna bahawa kita dalam perjalanan hidup ni, kita juga perlukan tempat untuk kita rehat dan merancang strategi perjalanan hidup kita. Jangan pula kita redah saja. Takut nanti kita tersilap jalan. Tapi bila ada masalah, jangan pula kita cuba lari, masa itulah kita perlu 'redah' masalah itu. Kita memang perlu merancang dan setelah merancang kita letak pengharapan kita kepada Dia sebab Dialah yang menentukan segalanya.

Awan putih dan awan kelabu itu bagi ambo, membawa erti bahawa hidup kita ni tidak selalu indah dan tidak juga selalu teruk. Kawan ambo nama dia Muhammad al Amin, dia ada kata hidup kita ni macam roda, sekejap diatas dan sekejap dibawah. Bila kita dibawah apa yang perlu kita buat adalah terus tabah. Memang kadang-kadang kita juga persoalkan kenapa kita selalu nasib kurang baik, ambo juga begitu tapi bila difikir-fikir sebenarnya dalam hidup kita ni lagi banyak perkara baik yang terjadi dari perkara kurang baik . Betul tak? 

Akhir sekali matahari. Matahari tu sebenarnya arah tuju kita kerana matahari  tu bagi ambo membawa makna matlamat akhir kita adalah menuju Dia dan Dia adalah sinar kepada diri kita ni.Setakat ini saja ambo rasa perkongsia buat kali ini .  :)

0 comments:

Post a Comment

Jika ada kekurangan dalam penulisan ini sila tinggalkan pesanan disini :)