Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Saturday, March 26, 2011

Kembara Result SPM (Part 1)

Assalamualaikum. Kisah ini sebenarnya yang berlaku tempoh hari semasa aku, Aizi , Afnas dan Amir merancang untuk pergi mengambil keputusan SPM pada 23.3.2011. Keluarga kami tidak dapat hadir kerana mereka ada kerja yang mereka perlu laksanakan pada hari itu. Jadi kami bertolak ke Terengganu sehari awal iaitu 22.2.2011 kerana kami nak jalan2 sekitar bandar KT kerana sudah lama x jalan2 di KT. Sebenarnya kisah ini ditulis kerana aku tidak mahu merupakan setiap detik ketika aku mengembara bersama rakan2 aku kerana bagi aku inilah pengemaraan mengambil keputusan SPM yang paling seronok yang pernah aku alami.

Kami bertolak dari KB pada pukul 12.15 tengah hari dengan menaiki bas Tranasional. Perjalanan tu mengambil masa selama 3 jam. Memang tidak sedar 3 jam berlalu kerana Amir N menceritakan pengalaman dia di PLKN . Selain tu banyaklah jugak kami bercerita gosip2 nih .Ha9 aku dan Amir memang bila bertemu banyak benda yang nak diceritakan. Memang x disangkalah Amir kerana dulu bila mendapat tahu dia terpilih menyertai PLKN mengamuk sakan dia. Aku hanya gelak saja. Bila sampai di KT aku dan Aizi beli tiket balik ke KB di tempat SP Bumi. Setelah itu Amir yang kelaparan mengajak kami untuk makan2. Aku dan Amir pula setelah sekian lama orang berdebar dengan result SPM kami pula bila sampai di KT pula baru terasa debarannya.

Kami berjalan2 mencari restoran sambil bercerita dan diselangi dengan ketawa. Akhirnya kami makan nasi ayam dekat dataran Syahbandar. Lepas makan afnas menelefon cg Jat untuk kami menumpang tidur di asrama. Rupa2nya Amsyar dan Hairul pun datang ambik result mereka ngan bas dan kami berjumpa di sekolah. Setelah sampai di sekolah kami borak2 dengar junior2  kami. Maklumlah lama xjumpa.

Sudah lama xberkunjung ke SESTER. Malam tu setelah solat isyak kami semua termasuk Hairul dan Amsyar merancang untuk pergi makan kat luar. Ye lah dulu xboleh 'fly' malam2 tetapi kini kami boleh 'fly'!!! sebelum tu kami terjumpa ngan teacher Yus haha borak lagi . Time borak2 tu Syafiq Ramli call aku . Time dia call aq terus bagi phone tu dekat Tc Yus . Syafiq kena bang2 boom dengan Tc haha pecah perut kami dibuatnya.

Hairul dan Amsyar pergi ke Mayang Village. Aku Amir Afnas Aizi xnak berjalan jauh so kami decide makan2 di restoran terdekat saja. Amir paksa aku untuk makan so aku makan jer lah orang nak belanja. Bila balik tu aq borak2 ngan Najmie sebelum aq pergi tido. Afnas mendiamkan diri saja mungkin kerana berdebar kot. Malam tu fitri hantar burger legend kepada kami. Dan malam tu Usop jgak sampai dari Shah Alam . Malam tu kami tambah ngan usop gelak sakan bercerita tentang  nostalgia di asrama di bilik rehat asrama yang juga menjadi bilik study. Budak form 4 jugak gelak sakan mendengar celoteh2 kami agak lama kami borak2 sampai pukul 2.30.

to be continue
Wednesday, March 16, 2011

Bola Bola dan Bola


Assalamualaikum. Semalam aku ,abang aku,spupu aku , syafiq ramli dan adiknya omar pergi ke stadium sultan muhammad IV untuk menyaksikan perlawanan antara pasukan Red Warriors dan KL Felda FC . Semalam kami telah pergi ke stadium seawal pukul tujuh petang lagi. Ingatkan dah awal tapi rupanya telah ramai orang yang datang nak tengok bola .Jadi bila masuk maghrib kbnyakan orang berpusu2 ke surau berdekatan untuk solat. Aku bersyukur lah kerana  walaupun ramai yang datang tengok bola tetapi mereka tetap menjaga solat mereka sehingga penuh di dalam dan di luar surau tersebut. Memang ramai yang datang. Sampai berlapik paper diatas lantai untuk digunakan untuk dibuat sejadah.

Aku amat bersyukur juga kerana satu kejadian telah berlaku.Aku terpaksa solat diatas lantai yang basah so aku ambik surat khabar mula2 aku cuma lapik kaki dan kepala sahaja paper tuh dan surat khabar aku guna tu basah . Di tepi aku ada lah sorang pak cik nih. Paper yang dia guna untuk lapik kepala dia bersih dan xbasah macam paper aku. Tak tahulah macam mana time solat tuh ada angin kuat tiba2 dan paper yang pak cik tu guna untuk lapik kepal dia terbang ke tempat aku. Rezeki2, tapi kecian lah pak cik  tuh sebab paper dia terbang ke tempat aku.

Apa yang aku tidak berapa berpuas hati semalam adalah mutu pngadilan bolasepak .Memang mutu pengadilan semalam berada di tahap yang rendah. Bukan aku bercakap kerana kelantan seri tetapi aku amat kurang berpuas hati dengan mutu pengadilan. Namun apa yang aku harap pada hari sabtu ni Kelantan akan terus mencabar KL Felda di stadium kota bharu. Gomo kelate gomo

Wednesday, March 09, 2011

Macam-Macam


Assalamualaikum . Semalam banyak betul perkara yang terjadi .Betul2 best sebab setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya dan aku mungkin akan mendapat pengalaman.

Pengalaman pertama yang berlaku ialah ummi aku suruh aku dan abang aku pergi membayar sama.Mana taknya nanti kena blacklist nahaslah jawabnya. Jadi aku dan abang aku pergi ke Pejabat Pos di Tesco . Nasib baik semua berjalan lancar. Segala saman abang aku bayar dan lepas tu kami pergi makan nasi ayam.On the way nak balik tu abang aku pergi tengok promosi Astro Byond dekat Tesco. Agent dia cakap sekarang ni tengah promosi astro byond free untuk 300k pengguna astro segalanya free. Sebelumnya dia cakap nk pasang astro Byond  ni kna byr 300 untuk dekoder dan piring tu. So sekarang ni untuk 300k pelanggan dia bg free so apa lagi abang aku terus daftar dan dia mungki akan pasang dalam dua minggu ni. Ha9 takper la tv bkn HD pon tp asal benda yang dapat tu free .Ha9

Jadi oleh kerana itu aku pun pergi hantar barang ummi aku kt asrama kerana malam tu dia kena jaga asrama (warden). Semasa lepak lepas solat magrib tu aku mengacau adik aku di MRSM PC dengan call dia. Aku sengaja la nk kacau sebab no tu abang aku baru beli. Aku cakap2 punya cakap adik aku tak kenal suara aku.Ha9 kelako2. Aku cakap yang aku ni kawan lama dia dan sekarang ni belajar di SASER. Pecah perut ummi aku abang aku dengar sebab time cakap tu aku buat loudspeaker.Last2 setelah puas mengacau aku bagi ummi aku cakap dengan dia. Herannya suara mak aku pom dia xkenal. Last secreat is revealed dan adik aku kena bang2 boom. Marah dia dekat aku haha.

Aku dan abang aku pun lepak kat rumah warden yang ummi aku tinggal sampai lah isyak. So aku decide nak tido kat situ semalam. Abang aku awal2 lagi dah tido .Tiba2 sedara aku call yang panggil ummi aku. Semalam hujan leba so sejuk gila lar. Bila mak aku pergi jumpa dia dekat pintu pagar asrama, dia datang dengan sedara dia .Dia cakap anak sedara dia yang bersekolah di sekolah ummi aku tu hilang kerana lari dari rumah. Dia datang sebab nak jumpa kawan rapat anak perempuan dia tu sebab nak tanya pasal benda ni.Semalam memang pening kepala keluarga dia mencari dia. Tanya situ, tanya sini cari orang tu cari orang ni . Ada yang cakap dia pergi Johor la pergi Machang la . So keluarga dia pergi cari pakwe budak tu. Dalam kesejukan hujan semalam aku pun turut serat lar mencari. Pengalaman ni. Keluarga dia pergi kedai bapak pakwe budak perempuan tu di PCB. Bapak dia pon memanng ada bau2 bacang dengan keluarga aku n keluarga sedara aku ni. Banyak lar perkara terjadi.

Aku tinggal abang aku yang tidur dekat rumah warden yang satu blok dengan Aspuri dan Musalla asrama.Tiba2 dalam kol 1230 pagi abang aku call yang ada student pompuan histeria. So mak aku dan aku bergegas balik ke asrama. Abang aku tak berani nak naik tingkat atas yang ada dorm perempuan. Malam yang sejuk dengan huajn yang lebat tu boleh jugak jadi Histeria. Setelah tu mak aku angkat budak tu kerumah warden yang terdapat di tingkat 2 blok aspuri . Aku dan abang aku tunggu di luar je la sambil mak aku , mok we n kak da (tukang masak di DM) tengok-tengokkan budak tu dalam rumah warden.
tu lah peristiwa yang terjadi kepada aku kelmarin.