Assalamualaikum . Semalam banyak betul perkara yang terjadi .Betul2 best sebab setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya dan aku mungkin akan mendapat pengalaman.
Pengalaman pertama yang berlaku ialah ummi aku suruh aku dan abang aku pergi membayar sama.Mana taknya nanti kena blacklist nahaslah jawabnya. Jadi aku dan abang aku pergi ke Pejabat Pos di Tesco . Nasib baik semua berjalan lancar. Segala saman abang aku bayar dan lepas tu kami pergi makan nasi ayam.On the way nak balik tu abang aku pergi tengok promosi Astro Byond dekat Tesco. Agent dia cakap sekarang ni tengah promosi astro byond free untuk 300k pengguna astro segalanya free. Sebelumnya dia cakap nk pasang astro Byond ni kna byr 300 untuk dekoder dan piring tu. So sekarang ni untuk 300k pelanggan dia bg free so apa lagi abang aku terus daftar dan dia mungki akan pasang dalam dua minggu ni. Ha9 takper la tv bkn HD pon tp asal benda yang dapat tu free .Ha9
Jadi oleh kerana itu aku pun pergi hantar barang ummi aku kt asrama kerana malam tu dia kena jaga asrama (warden). Semasa lepak lepas solat magrib tu aku mengacau adik aku di MRSM PC dengan call dia. Aku sengaja la nk kacau sebab no tu abang aku baru beli. Aku cakap2 punya cakap adik aku tak kenal suara aku.Ha9 kelako2. Aku cakap yang aku ni kawan lama dia dan sekarang ni belajar di SASER. Pecah perut ummi aku abang aku dengar sebab time cakap tu aku buat loudspeaker.Last2 setelah puas mengacau aku bagi ummi aku cakap dengan dia. Herannya suara mak aku pom dia xkenal. Last secreat is revealed dan adik aku kena bang2 boom. Marah dia dekat aku haha.
Aku dan abang aku pun lepak kat rumah warden yang ummi aku tinggal sampai lah isyak. So aku decide nak tido kat situ semalam. Abang aku awal2 lagi dah tido .Tiba2 sedara aku call yang panggil ummi aku. Semalam hujan leba so sejuk gila lar. Bila mak aku pergi jumpa dia dekat pintu pagar asrama, dia datang dengan sedara dia .Dia cakap anak sedara dia yang bersekolah di sekolah ummi aku tu hilang kerana lari dari rumah. Dia datang sebab nak jumpa kawan rapat anak perempuan dia tu sebab nak tanya pasal benda ni.Semalam memang pening kepala keluarga dia mencari dia. Tanya situ, tanya sini cari orang tu cari orang ni . Ada yang cakap dia pergi Johor la pergi Machang la . So keluarga dia pergi cari pakwe budak tu. Dalam kesejukan hujan semalam aku pun turut serat lar mencari. Pengalaman ni. Keluarga dia pergi kedai bapak pakwe budak perempuan tu di PCB. Bapak dia pon memanng ada bau2 bacang dengan keluarga aku n keluarga sedara aku ni. Banyak lar perkara terjadi.
Aku tinggal abang aku yang tidur dekat rumah warden yang satu blok dengan Aspuri dan Musalla asrama.Tiba2 dalam kol 1230 pagi abang aku call yang ada student pompuan histeria. So mak aku dan aku bergegas balik ke asrama. Abang aku tak berani nak naik tingkat atas yang ada dorm perempuan. Malam yang sejuk dengan huajn yang lebat tu boleh jugak jadi Histeria. Setelah tu mak aku angkat budak tu kerumah warden yang terdapat di tingkat 2 blok aspuri . Aku dan abang aku tunggu di luar je la sambil mak aku , mok we n kak da (tukang masak di DM) tengok-tengokkan budak tu dalam rumah warden.
tu lah peristiwa yang terjadi kepada aku kelmarin.
0 comments:
Post a Comment
Jika ada kekurangan dalam penulisan ini sila tinggalkan pesanan disini :)