Copyright © Terus Melangkah
Design by Dzignine
Sunday, March 27, 2011

Kembara Result SPM (Part 2)




Kisah ni adalah kisah sambungan dari cerita yang lepas . Dalam siri kedua nih aku nak ceritakan kisah yang berlaku pada 23.3.2011. Hari ini adalah hari mengambil result SPM untuk calon spm 2010. Pagi2 lepas solat subuh di surau SESTER aku dan amir borak sekejap sambil menunggu usop hairul dan amsyar dan aizi solat kerana mereka bangun agak lewat skit pada hari tersebut. Usop terkejut bila tengok Amir kerana amir telah banyak berubah dari segi penampilannya. Afnas pula tengah melayan perasaannya tidak berapa  jauh dari kami didalam surau tersebut . Biasalah bial hairul join the conversation mesti ahh pecah perut ketawa aku usop amir. aizi dan amsyar pula sedang mengaji. Afnas tu maybe dia berdebar debar kot sebab tu dia diam aja. Setelah borak panjang kami bercadang nak pergi makan pagi kat luar sekolah. Jadi kami pergi mandi cepat2 kerana  Usop perlu ke SMKA Tok Jiring untuk mengambil result kerana dia n Tiqah mendapat straight A+.

Setelah itu kami pergi makan nasi lemak di kedai kopi.Setelah itu kami mengila2 nak tahu baju apa yang nak dipakai.Setelah itu dalam pkul 10 kami berkumpul di dewan nadwah untuk ambik result.amir nasrim berdebar2 tahap deewa dah. Yang membanggakan adalah kesemua pelajar sester mendapat a dlm subjek bm dan bi. Hebat2 tuh. gembira rasanya. Setelah pengetua bagi ucapan cikgu menjemput pelajar agar berjumpa dengan guru kelas masing2 untuk mengambil keputusan SPM. Aku dengan beraninya menyerbu cikgu Fikriah untuk mengambil result. Berdebar2 lah sbb cg kata keputusan aku ada dengan cikgu Jamil.Pelik sungguh dengan berdebar-debarnya aku pergi jumpa cikgu jamil. Ahamdulillah apabila aku yang pertama yang diumukan mendapat sttret A.Lalu semua keluarga aku aku msg . dan banyak yang menelefon aku.

Setelah mengambil keputusan  cikgu bagi ceramah pasal biasiswa pada pukul dua. Setlah segala nya tamat. Aku pergi berterima kasih kepada guru2 yang banyak berjasa kepada aku. TERIMA KASIH UMMI,SIBLINGS,CIKGU2 dan RAKAN yang selalu support aku. Namun apa yang aku seih ialah kawan2 aku yang kurang bernasib baik. Klau boleh aku nak semua kawan2 aku mndpat stret . Setelah segala tamat aku balik ke asrama untuk bersiap2 dan untuk makan2. SAetelah itu Soleh suruh aku menunjukkan SBP excellent aku kepadanya. Sebelum tuh ramai jugak yang mengucapkan tahniah. Apa pa pun Sahabat sumer insyaALLAH rezeki kamu masih banyak diluar sana. Setelah itu aku pun pergi mencari Syafiq Ramli di dewan . On the way nak pergi kesana aku terjumpa junior2 aspuri yang selalu chat ngan aku . antaranya lah  Aimi Farah dan Asfa . Sorrylah kepada mereka kerana xdapat berborak panjang kerana kesibukkan . Setelah itu fitri mengajak aku pergi ke Giant kerana usop nak belanja Pizza. Sekali lagi QKU 5893 menjadi pengankutan yang mengankut dalam 6 orang aku aizi afnas teri amir dan amsyar. Samapai jer disitu makan pizza yang usop belanja.

Setelah itu kami berjalan2 disekitar tanpa arah tujuan. Setelah itu kami sume pergi ke McD. Banayngkan lah dua gelas air refill berpuluh kali. Haha gembira betul ngan gelagat kawan2 nih.Setelah itu kami becadang nak ke ICT.. ikan celup tepung di Teluk ketapang. Payed dan Hairul telah pergi terlebih dahulu kesana dengan motor. yAng menaiki kereta pula perlu hantar amir kerana mak dia nk datnag ambik kat sekolah >MEmang jamme ahh jalan time tu letih2. Setelah solat dan hantar amir kami pergi ke Teluk Ketapang . Sekalii lagi pergi makan jam diatas jalan raya. Haritu sangat lah sejuk kerana hujan x berhenti. Agaknya adalah dekat ngan 30 min ke teluk ketapang bila dicampur sekali dengan jam tuh. Kecian kat payed nherol sbb sejam menunggu. Setelah  tu apa yang lucu nya pergi jauh2 hanya untuk minum segelas air jer aduh pening2.haha. Kami balik ke asrama.





Pada malam tu tcr yus janji nak belanja org2 yang tido asrama makan mcd. Jadi malam tuh kami pergi mcd. Malam tu syeran matdak aliff dan chunk turut join skaki kerana kebetulan mereka jalan berdekatan mcd di giant tuh. tchr spent dalam rm150 belanja kami. setelah pulang dari makan mcd aku terus masuk tido di bili zul dan shahril ramadan. sblum tido aku borak2 ngan zul yer lah sudah lama xborak2 cam dulu ........to be continue


2 comments:

  1. msti syok kn...btw,,,congratez...doakn kjayaan sya lam spm 2011...=)

    ReplyDelete

Jika ada kekurangan dalam penulisan ini sila tinggalkan pesanan disini :)